Kaw Hal Kaw Aku Hal Aku Tempat Masing Masing Panas Di Tegur Pu Amin Kak Km Bising Terus
Liana Rosli atau Kak KM, nama ini sering menjadi sebutan netizen sejak kebelakangan ini dengan aksi ‘gedik’ dan menawan yang dikongsi di laman media miliknya.
Setiap gelagat Kak KM berjaya menarik perhatian daripada pelbagai lapisan netizen termasuk Pencetus Ummah Amin.
Setelah PU Amin beberapa kali menegur pengasas produk kosmetik itu, kali ini Kak KM telah hilang sabar dan ‘meletup’ dengan teguran yang berikan.
Dengar klip rakaman suara Kak KM ‘naik angin’ yang telah dimuat naik oleh PU Amin di Instagram miliknya :
Menerusi rakaman suara tersebut, Kak KM merasakan yang PU Amin cuba untuk menutup periuk nasi dirinya.
Tambah anak kepada Normah Damanhuri itu, duit jamu yang diperolehi itulah digunakan untuk menyara anak-anak beliau.
Bukan itu sahaja, Kak KM juga merasakan bahawa PU Amin mempunyai niat tidak baik dan cuba untuk menjatuhkan dirinya.
“Islam ajar kau apa? Islam ajar kau tutup periuk nasi orang?”
PU Amin juga disuruh menjaga diri sendiri dan keluarga sebelum mengambil tahun hal perihal orang lain.
Ini bukanlah pertama kali Kak KM ditegur, malah sudah beberapa kali juga beliau menghiraukan teguran orang dengan membalas:
“Kau hal kau, aku hal aku”
Kak KM seharusnya mengambil segala teguran dengan hati yang terbuka, ini juga untuk kebaikan diri sendiri.
Kepada yang menegur pula, teruskan usaha akan tetapi berhati-hatilah dengan kata-kata agar tidak menjatuhkan dan menyakitkan hati yang ditegur.
KERAP tampil dengan aksi menawan, pengasas produk kecantikan, Liana Rosli atau popular dengan panggilan Kak KM mengakui sudah ‘masak’ dengan perlian netizen.
Bahkan, anak kepada artis veteran, Normah Damanhuri ini lebih selesa untuk tidak mengambil pusing setiap kata-kata yang dilemparkan netizen.
“Saya dah banyak kali kena perli. Jadi, saya memang dah tak ada rasa apa-apa. Saya pun malas nak layan,” katanya pada Sinar Harian.
Terbaru, pemilik produk jamu kecantikan, Sweet Dara ini memuat naik video sedang makan aiskrim bersama pelakon, Iqram Dinzly dalam aksi yang dianggap menggiurkan sehingga diperli netizen.
Video berdurasi 60 saat itu dipercayai dirakamkan ketika mereka mengunjungi majlis malam berinai, Betty Rahmad di Kuala Lumpur.
“Sebenarnya, kita memang tak rancang pun nak buat video macam itu. Tapi, biasalah kalau makan aiskrim memanglah kena begitu,” katanya.
Ditanya mengenai aksinya yang dikatakan sangat menawan, Kak KM terserah kepada pendapat masing-masing.
“Biasalah pandangan orangkan. Lagipun, dah kita nampak menawan nak buat macam mana kan? (ketawa).
“Tapi, saya tak tahulah cara pandangan orang kan, saya rasa ia normal. Kalau saya pakai baju kurung pun, orang tetap kata saya menawan, saya pun tak faham kenapa orang kata nampak menawan sedangkan…
“Nak kata saya cantik? Tak tahulah…tapi kalau kalau orang kata cantik, alhamdulillah,” katanya sambil tertawa.
Pada masa sama, Kak KM turut menolak apabila dikatakan sengaja mencari publisiti murahan.
“Memang tak lah sebab saya bukan siapa-siapa pun. Saya hanya berniaga jamu. Tapi yang sebenarnya saya memang ada jati diri sendiri.
“Waktu awal-awal nak berniaga jamu, saya lock awal-awal dalam otak, nak berniaga. Itu je yang saya pegang.
“Kalau nak kaya, nak berniaga kena camtu. Kalau biasa-biasa tak ada siapa yang akan nampak. Tapi itu terpulanglah dekat individu yang nak buat andaian lain,” katanya.
Malah, katanya, setiap video yang menjadi tular merupakan ‘rupa’ sebenarnya.
“Itulah gaya sebenar saya. Sikap saya memang begitu. Saya seorang yang happy-go-lucky, tak suka nak fikir masalah atau hal orang lain.
“Saya lebih suka buat hal sendiri malah saya saya tak kisahpun orang nak cakap pasal saya. Apa yang penting, saya tau apa yang saya buat,” katanya.
Bagaimanapun, Kak KM mengakui cara dan kaedahnya mempromosikan sesebuah produk dilihat terlalu lebih dan dikatakan.
“Semua video yang saya buat itu bersebab. Lagipun, saya menjual jamu khas untuk penjagaan wanita.
“Jadi, bila nak sampaikan kepada mereka yang mempunyai masalah tersebut ia perlu kena dengan gaya dan kaedah tertentu.
“Walaupun kena perli, alhamdulillah produk saya juga semakin laris,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Kak KM juga bakal melancarkan produk pembersih wanita dalam tempoh sebulan lagi.
Sumber : kb
The post Kaw Hal Kaw, Aku Hal Aku. “Tempat Masing-Masing” Panas Di Tegur Pu Amin, Kak KM Bising Terus appeared first on MFADHLY.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mfadhly.net/2018/11/26/kaw-hal-kaw-aku-hal-aku-tempat-masing-masing-panas-di-tegur-pu-amin-kak-km-bising-terus/