Kaum India Lebih Teruk Ketika Ini Berbanding 2017




Kaum India lebih teruk ketika ini berbanding 2017Posted By: Redzuan RF8 Mediaon: July 11, 2022
SharePelan Tindakan India Malaysia (MIB) yang dilancarkan oleh kerajaan BN pada 2017 lalu perlu dikaji semula kerana kedudukan ekonomi masyarakat India lebih buruk ketika pasca pandemik Covid 19.
Hal itu didedahkan oleh beberapa tokoh politik, NGO dan ahli akademik India yang merancang naratif pembangunan dan hala tuju kaum India Malaysia.
Menurut kenyataan Ahli Parlimen Klang Chales Santiago dan Ahli Dewan Negeri Sentosa, Dr Gunaraj George, kaum India Malaysia didapati ketinggalan dari segi ekonomi semakin hari semakin teruk dna hal itu telah memberi kesan mendalam kepada isi rumah mereka.
“Pertumbuhan gaji median India adalah yang paling perlahan berbanding kaum lain, dengan 5.3% setahun dalam tempoh 2017-2019. Kadar pengangguran telah meningkat daripada 4.7% pada 2017 kepada 5.2% pada 2019.
“Pengurangan kemiskinan juga yang terendah dalam kalangan kaum India, dengan hanya pengurangan 0.7% daripada 5.5% pada 2016 kepada 4.8% tahun 2019,” kata mereka.
Menurut kenyataan itu lagi, isi rumah kaum India bandar telah menggantikan kedudukan isi rumah Bumiputera untuk mencatat pendapatan isi rumah terendah di kawasan bandar, iaitu RM100 lebih rendah berbanding pendapatan isi rumah bandar Bumiputera.
Begitu juga ketaksamaan dalam kalangan orang kaya dan miskin India telah berkembang lebih luas dari tempoh MIB hingga sekarang, dengan jurang berkembang pada kadar 2.5% setahun. Kata kenyataan itu, 16% daripada isi rumah India Malaysia memperoleh pendapatan kurang daripada RM 3,000 sebulan dan hanya menyumbang 4.6% daripada jumlah bahagian pendapatan.
“Hanya 14.3% daripada masyarakat India terlibat dalam keusahawanan dan merupakan yang paling rendah antara semua kaum, dengan 91% daripada mereka adalah perniagaan mikro.
“Kekurangan sistem sokongan dan peluang untuk usahawan muda India menjadikannya lebih sukar bagi mereka untuk mengembangkan perniagaan.
“Angka-angka ini jelas menunjukkan inisiatif MIB tidak banyak membantu memartabatkan masyarakat India Malaysia. Keluarga B60 Malaysia lebih teruk selepas wabak dan banjir pada Disember 2021,” kata mereka.
Justeru, hal itu cuba diperbaiki dalam sidang khas oleh kira-kira 100 pemimpin daripada 63 NGO masyarakat India pada 3 Julai lalu dan mengesyorkan cara Kerajaan Persekutuan serta negeri boleh campur tangan dalam menangani isu kaum berkenaan.
Mereka juga menyarankan MIB atau Pelan Tindakan Masyarakat India (PTMI) dikaji semula bagi menyesuaikan pelan perancangan dengan realiti ekonomi semasa.
“PTMI perlu dikaji semula dari segi strategi untuk meningkatkan taraf sosioekonomi kaum India. Satu unit khas yang dimodelkan daripada TERAJU harus dibentuk untuk menyediakan peluang perniagaan yang sama rata kepada kaum India Malaysia.
“PTMI juga harus menekankan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) mulai umur 13 tahun bagi pelajar India B60 yang berprestasi lemah dalam pelajaran. Memandangkan pemilikan rumah oleh keluarga B60 adalah kurang daripada 1.0%, peluang untuk meningkatkan peratusan ini kepada 10% perlu diberikan untuk PPR, Perumahan Transit Belia, skim sewa-milik dan Skim Rumah Pertama Saya untuk B60 India,” kata kenyataan itu lagi.
Kenyataan itu juga menuntut skim pembiayaan mandiri yang dimodelkan selepas SINDA dengan pembiayaan permulaan sebanyak 100 juta harus diperkenalkan dalam Belanjawan 2023; menekankan pembiayaan penuh untuk sekolah Tamil di Malaysia; sebuah pusat sehenti dan jawatankuasa yang cekap, bertanggungjawab dan telus harus dibentuk untuk membolehkan manfaat dan peluang kritikal kepada masyarakat India juga satu rancangan konkrit oleh PTMI bersama-sama matlamat Sustainable Development Goals (SDG) mesti dirangka bagi meningkatkan pendapatan isi rumah kaum India
Justeru mereka menegaskan formula matlamat SDG mesti menjadi asas campur tangan kerajaan dan amat penting untuk memartabatkan masyarakat India.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/07/kaum-india-lebih-teruk-ketika-ini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Daniel Kaluuya Beri Hint Filem Barney Akan Lebih Dark Berbanding Rancangan Tv Asal

Daniel Kaluuya Beri Hint Filem Barney Akan Lebih Dark Berbanding Rancangan Tv Asal

papar berkaitan - pada 15/7/2022 - jumlah : 158 hits
Pelakon Daniel Kaluuya memberi bayangan kepada peminat tentang filem terbarunya Barney Bercakap kepada The Hollywood Reporter bintang NOPE itu memberitahu bahawa filem Barney akan jauh lebih gelap berbanding rancangan televisyen asal Dia me...
Lebih Teruk Dari Jangkaan Pasaran Komputer Global Terus Menjunam Suku Ke 2 Tahun Ini Idc

Lebih Teruk Dari Jangkaan Pasaran Komputer Global Terus Menjunam Suku Ke 2 Tahun Ini Idc

papar berkaitan - pada 18/7/2022 - jumlah : 211 hits
Berdasarkan keapda laporan oleh International Data Corporation pasaran komputer di seluruh dunia terus menunjukkan penurunan dalam suku ke 2 tahun 2022 6 Pengeluar komputer terbesar dunia ketika ini iaitu Lenovo HP Inc Dell Technologies Ace...
Zahid Hamidi Lebih Berat Berbanding Najib Sediakah Pengundi Pru15 Menangkan Bn

Zahid Hamidi Lebih Berat Berbanding Najib Sediakah Pengundi Pru15 Menangkan Bn

papar berkaitan - pada 3/7/2022 - jumlah : 187 hits
Ketika BN kalah pada PRU14 lalu Presiden UMNO waktu itu Najib Razak sedang terhimpit rapat dengan skandal 1MDB yang menggegarkan dunia Mahu tidak mahu harus diakui penolakan rakyat terhadap UMNO dan BN pada waktu itu adalah bererti penolaka...
Nazri Dedah Salahuddin Lebih Disenangi Di Pulai Berbanding Pemimpin Umno

Nazri Dedah Salahuddin Lebih Disenangi Di Pulai Berbanding Pemimpin Umno

papar berkaitan - pada 1/7/2022 - jumlah : 137 hits
July 1 2022 Ahli Parlimen Pulai Datuk Seri Salahuddin Ayub lebih disenangi pengundi di parlimen tersebut berbanding Datuk Nur Jazlan Mohamed kata Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz Mohamed Nazri berkata kemenang...
Top Gun Maverick Terbang Tinggi Kumpul Kutipan Lebih As 1 Billion

Top Gun Maverick Terbang Tinggi Kumpul Kutipan Lebih As 1 Billion

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 169 hits
Top Gun Maverick kini menjadi filem paling sukses buat bintang filem aksi Tom Cruise apabila berjaya mengumpul kutipan lebih AS 1 billion dolar sejak ia dilancarkan pada 27 Mei yang lalu Di pasaran domestik AS filem sekuel The post appeared...
Bitcoin Lebih Banyak Penurunan Harga Di Bawah 19 743

Bitcoin Lebih Banyak Penurunan Harga Di Bawah 19 743

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 181 hits
Bitcoin menjunam dalam jangka pendek selepas gagal mengeluarkan rintangan yang diwakili oleh 21 708 Kini ia didagangkan pada tahap 20 052 pada masa penulisan Cryptocurrency berada betul betul di atas halangan penurunan harga yang kuat BTC U...
Infrastruktur Lebih 1 000 Penduduk Rayu Jalan Dinaik Taraf

Infrastruktur Lebih 1 000 Penduduk Rayu Jalan Dinaik Taraf

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 230 hits
Lebih 1 000 penduduk Orang Asli di 13 buah kampung di Pos Balar Gua Musang Kelantan berharap kerajaan menaik taraf jalan perhubungan kampung mereka Sejak lebih 50 tahun lalu mereka tiada pilihan selain menggunakan jalan balak yang rosak ter...
Operasi Sar Diperluaskan Lebih 150 Batu Nautika

Operasi Sar Diperluaskan Lebih 150 Batu Nautika

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 184 hits
Operasi mencari dan mengesan seorang pemuda yang dilaporkan hilang selepas terjatuh daripada bot pukat jerut pada Sabtu lalu diperluaskan lebih 150 batu nautika persegi sehingga ke perairan Pulau Redang Operas hari keempat menyaksikan lebih...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Boy Cipta Kejutan Sambar Emas Di Acara Keirin

Resipi Mudah Dan Sedap Masak Pucuk Paku Lemak Tempoyak Dengan Udang

Pemimpin Pemuda Umno Sokong Hak Rakyat Berhimpun Sabtu Ini

Rekod Tiga Kerajaan Lalu Jaga Kebebasan Kehakiman Lebih Baik

Mondy Diarah Bayar Rm20 000 Kepada Ebit Lew

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor