Kau Yang Bawa Aku Ke Sini Part I



Petang melabuhkan tirainya, azan maghrib mula bergema. Seusai solat, aku keluar dari bilik dan menuju ke ruang tamu. Di ruang tamu, ada akak aku tengah berbaring. Sejak petang tadi dia mula mengadu sakit kepala. Seusai solat maghrib, dia merebahkan badannya dek kerana sakit kepala yang teruk. Tapi sebelum dia baring, dia ada berkata, "aku rasa badan aku berat, sama macam hari tu." Kemudian dia terus baring dan tertidur.

Sedang dia tidur, aku mula merasakan sesuatu yang tidak kena dengan akak aku. Aku bergerak menuju ke bilik dan terus mencapai phone yang terletak diatas meja. Aku scroll ke dalam whatsapp, untuk mencari file pdf ayat manzil yang pernah dikongsikan sebelum ini. Ada kawan yang pernah menceritakan bahawasanya dengan ayat manzil ini mampu mengelakkan daripada gangguan jin dan iblis. Sejurus menemui semula file pdf ayat tersebut, mulutku mula membacakannya.

Kenapa manzil ku baca kan? Aku dapat merasakan sesuatu yang tidak kena dengan akak aku. Aku beranggapan ada sesuatu yang sedang mengganggu dia dan menyebabkan dia sakit kepala. Manzil ku bacakan untuk mengelakkan akak aku daripada diganggu oleh benda-benda lain yang ingin mengganggu dia.

Setelah selesai manzil ku bacakan, ku hembus kan ke air di dalam botol. Lalu aku bergerak keluar rumah. Di luar rumah aku merenjis sedikit demi sedikit air yang telah dibacakan manzil. Aku renjiskan di kawasan luar rumah. Dan aku pun kembali ke ruang tamu dan masih melihat akak aku terbaring.

Dalam keheningan maghrib, tiba tiba terdengar suara tangan membentak lantai. "Parmmm!!" Rumah aku rumah kayu kampung, bunyi hentakan tangan pun sudah cukup bergema ke seluruh rumah. Bergegas semua ke ruang tamu termasuk ibu. Terbeliak mata kami, akak aku duduk merenung sambil melontarkan suara yang keras dan mula berbicara. Ayat yang keluar daripada mulutnya adalah “Siapa yang kacau aku? Aku tidak pun kacau kamu!!!” suaranya dilontarkan kuat.

Aku terus menuju ke tempat akak aku dan memegang tangannya. Sah. Akak aku sudah dirasuk! Azan ku laungkan dan kemudian ayat kursi dibaca kan. Marah nampaknya “makhluk” tersebut yang singgah dibadan akak aku. Tiba tiba akak aku kemudiannya bercakap lagi dengan nada suara yang lembut. “Aku sedar sudah, lepaskanlah tangan aku”.

Sejurus selepas akak aku berkata demikan aku mula rasa lega, benda halus yang singgah telahpun pergi dan aku pun melonggarkan pegangan tanganku terhadap akak aku. Namun, sangakan ku meleset, rupanya benda halus tersebut cuba untuk memperdayakan aku dengan berbicara dengan lembut serupaa dengan akak aku.

Ku pegang erat kembali tangan akak aku dan dia mula melontarkan senyuman yang menyeramkan. Benda halus tersebut masih ada didalam badan aku dan masih tidak mahu keluar. Kemudian aku mula memberanikan diri untuk bertanya dengan benda halus tersebut. “Darimana kau datang dan kenapa kau disini”.

Akak aku diam buat seketika. Kemudian bersuara kembali dan menjawab persoalan yang aku lontarkan tadi. Dia mulakan dengan senyuman sebelum menjawab pertanyaan. “Aku datang dari sana, sambil menunjukkan tangannya ke satu arah”. Arah yang ditunjuknya adalah kawasan tepi jalan tanah perkuburan Kristian yang terletaknya pohon pokok yang besar. Kemudian dia berkata lagi, aku datang ke sini mencari Abang Samad. Siapa Abang Samad? Akan aku ceritakan kemudian.

Setelah itu, aku minta benda halus itu keluar daripada badan akak aku dan kasihankan akak aku yang dalam kesakitan. Namun balasnya, dia tidak mahu keluar dan sayangkan akak aku kemudian dia memberitahu dia ingin membawa akak aku pergi ke tempatnya. Aku pun berkata, pulangkan akak aku dan keluar daripada badannya dengan nada yang keras. Dia masih enggan keluar, kemudian aku terus bertanya kepada dia, siapa yang bawa kau ke sini?

Azan isyak mula berkumandang, akak aku terdiam seketika, terasa macam keadaannya tidak begitu selesa. Mula bergerak dan ingin melonggarkan pegangan tangan ku terhadapnya. Aku mengulang soalan ku kepada benda halus tersebut dan kemudian dia pun menjawab “KAU YANG BAWA AKU KE SINI!!!”.

Ungkapan yang diungkapkan membuatkan aku tergamam. Ungkapannya disusuli dengan renungan matanya yang tepat ke mata ku dengan keningnya yang berkerut seolah-olah ada perasaan tidak puas hati. Bulu roma ku mula naik dan jantung ku berdegup laju. Ku fikirkan semula, kenapa benda halus ini berkata demikian. Suaranya terngiang-ngiang di dalam kepala ku. Ini merupakan pengalaman pertama aku berbicara dengan benda halus dan tidak sangka aku yang bawanya balik..

Teringat aku kembali sehari sebelum kejadian, aku pulang lewat malam dan apabila sampai dirumah, akak aku membukakan pintu dan menyambutku. Mungkin dari situlah benda halus ini mengikut kepulangan aku dirumah dan seterusnya mengganggu akak aku.

Dalam tergamamnya mulut aku ketika itu, dia mula mengeraskan badannya dan cuba untuk melawan. Emosinya berubah sekejap dia senyum, sekejap dia menangis dan sekejap dia marah.

Ku biarkan untuk seketika, mulut tidak berhenti dengan membacakan ayat qursi. Setelah seketika, keadaan mula tenang dan akak aku mula sedarkan diri dan benda halus tersebut keluar daripada badan akak aku. Namun perkara ini hanya tenang untuk seketika.

Bersambung.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.seramshit.com/2021/03/kena-rasuk-part-1.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bertepik Sana Sini Akhirnya Umno Mengaku Tidak Segagah Dulu

Bertepik Sana Sini Akhirnya Umno Mengaku Tidak Segagah Dulu

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 201 hits
Banyak semboyan isyarat dan teriakan perang terbit dari Persidangan Agung Umno 2020 yang berakhir semalam Acara kemuncak tahunan dua hari itu tertangguh akibat pandemik Covid 19 Antara keputusan yang dilaporkan oleh media massa ialah Umno a...
Rutin Saya Sediakan Bekal Anak Suka Bawa Mangkuk Tingkat Boleh Makan Macam Macam

Rutin Saya Sediakan Bekal Anak Suka Bawa Mangkuk Tingkat Boleh Makan Macam Macam

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 510 hits
Awal sesi persekolahan baru baru ini tular sekeping gambar seorang murid perempuan yang begitu berselera menikmati bekal yang disediakan oleh ibunya Apa yang uniknya bekas makanan yang dibawa murid tersebut adalah mangkuk tingkat Jika dilih...
Borak Sini Habis Sini Nabila Razali Terkucil Di Anugerah Juara Lagu 35 Ulasan Pemenang Ajl 35

Borak Sini Habis Sini Nabila Razali Terkucil Di Anugerah Juara Lagu 35 Ulasan Pemenang Ajl 35

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 481 hits
You can also follow me here Portal https www budiey com IG https instagram com budiey Twitter http twitter com budiey Facebook http facebook com BudieyDotCom Youtube http youtube com budieychannel Vlog https www youtube com channel
Rialdoni Sini Sayang Sana Sayang Chord

Rialdoni Sini Sayang Sana Sayang Chord

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 194 hits
AD G A D A D Gsayang ku mulai tak tahan A Dmendengarkan gosip kiri kanan G Dsayang coba jujur kau katakan E Aapa benar cintaku kau duakan D Gsayang ku mulai tak tahan A Dtak sanggup dengarkan omongan orang G Dsayang coba kau buat keputusan ...
Pemuda Men1nggi Di Korea Rupanya Sudah Bawa Kain K4fan Siap Siap Ini Yang Rakan Jumpa Dalam Beg Bagasi

Pemuda Men1nggi Di Korea Rupanya Sudah Bawa Kain K4fan Siap Siap Ini Yang Rakan Jumpa Dalam Beg Bagasi

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 256 hits
Arwh abng saya membawa kain ka fan sndiri dari Tawau sebelum dia bertolak ke Korea dan kain itulah yang digunakan untuk menguruskan jnzahnya Demikian kata Mohd Nasrin Abd Gapal 28 adik kepada Muhammad Khairul Anas yang meninggI dnia di Kore...
Merayau Bawa Janda Dan Dadah Sepasang Kekasih Ditahan Polis

Merayau Bawa Janda Dan Dadah Sepasang Kekasih Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 268 hits
16 total views 16 views today BUTTERWORTH Sepasang kekasih diberkas selepas polis menemui sejumlah dadah ketika mereka ditahan dalam sekatan jalan raya di Jalan Kampung Selamat Tasek Gelugor Pasangan berusia 25 dan 28 tahun itu ditahan keti...
Gigih Bawa Guni Besar Pergi Kedai Eco Akhirnya Berjaya Hias Belakang Rumah

Gigih Bawa Guni Besar Pergi Kedai Eco Akhirnya Berjaya Hias Belakang Rumah

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 569 hits
Pasti ada diantara kita begitu rajin untuk mengubah sebuah halaman dirumah menjadi sesuatu yang baru dan selagi tidak berhasil merubahnya perasaan tidak puas itu akan sentiasa ada Seperti yang dilakukan oleh lelaki ini dia telah berhasrat u...
Miller Khan Bawa Tunang Naik Helikopter

Miller Khan Bawa Tunang Naik Helikopter

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 313 hits
Pelakon kelahiran Malaysia yang menempa nama di Indonesia Miller Khan 33 selamat bertunang dengan pereka fesyen Farina Rebecca 30 di Jakarta semalam Majlis pertunangan itu berlangsung sehari sebelum adiknya Isa Khan mendirikan rumah tangga ...
Anjing Anjing Neraka Versi Rfans Donald

Filem Ngesot

Infinix Memperkenalkan Gt 20 Pro Telefon Pintar Dual Chip Gaming Beast Ke Malaysia

Makan Makan Santai Dengan Kawan Office

Sultan Pahang Mohon Mendoakan Tengku Hassanal Segera Mendirikan Rumah Tangga

Mahalini Dah Peluk Islam

Ibu Meraung Luluh Hati Lihat Kaki Anak Putus Akibat Kemalangan Motorsikal Depan Sekolah

Fiersa Besari April Chord



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3


Fuel Your Competitive Spirit Wallet Bet On Esports Games

Saksi Dengar Dentuman Kemudian Pokok Hempap Kenderaan

Mayat Wanita Dalam Tangki Air Kuarters Universiti

Berita Prk Kkb Terkini Pengundi India Menjadi Penentu

Lelaki Diganggu Oleh Pemandu Selepas Mengekori Kenderaannya

Indonesia Kaji Semula Tadbir Urus Pekerja Asing