Kau Kerja Sampai Malam Pun Orang Tak Akan Hargai Tapi Sekali Kau Buat Silap Kau Habis
Bila bercakap soal kerja, memang tak akan pernah habis. Hari-hari kerja pasti bertambah dan tak akan sekalipun berkurang
Bagaimanapun, segalanya akan menjadi mudah sekiranya kita pandai dan tahu cara untuk menguruskannya. Tak semestinya anda perlu stay di ofis sehingga lewat malam untuk menyelesaikan segala urusan kerja. Ingat, anda punya keluarga dan kehidupan sosial yang perlu anda luangkan masa bersama juga
Jadi, jom baca perkongsian lelaki ini yang mungkin sedikit demi sedikit membuka mata anda tentang kerja. Sangat bermanfaat
"ORANG TAKKAN HARGAI KERJA KAU"
Duk sembang dengan member. Pasal kerja. Dia kata,
"Memang susah nak dapat kerja sekarang. Bila dapat kerja makan gaji, tak kiralah dengan swasta atau gomen, hadap sajalah segala yang depa tetapkan
Dalam sektor pekerjaan, kau jangan harapkan much appreciation dari orang atasan tau. Contohnya, kau buat kerja sampai malam sekalipun, peluh keringat sebaldi dah, kau jangan expect kau akan dapat penghargaan tinggi dari orang sekeliling
Rakan-rakan kerja kau cuma jadi saksi kau buat kerja rajin. Tapi, mereka tidak akan backup kau atau sampaikan kerajinan kau pada bos, CEO, pentadbiran dan pihak yang bagi kau gaji
Jangan pernah bergantung pada mana-mana kawan kerja untuk jadi bahan bukti, saksi segala kerja yang kau buat untuk tempat kerja kau. Mereka tidak akan masuk campur urusan kau. Mereka juga nak jaga periuk nasi sendiri
Tapi, kalau kau buat silap atau tak hadir kerja sekali dua atau beberapa kali -- tak kiralah apa jua sebabnya termasuk sakit -- orang akan cepat pandang serong kau. Kau takkan lagi tergolong dalam pekerja yang baik walaupun kau memang pekerja yang rajin
Mungkin di sesetengah company yang bagus, swasta misalnya, bila kau rajin, menonjol dan memang penglibatan kau dalam apa-apa projek tu memberangsangkan serta memberikan pulangan yang baik pada syarikat, kau akan dapat promotion. Mungkin. Ada la juga penghargaan
Tapi, kalau kau berada di sektor kerajaan, susah beb. Rajin macam mana pun, gaji kau tetap sama. Kuat berusaha pun, belum tentu kau dapat anugerah pekerja cemerlang. Sebabnya, campur tangan politik, birokrasi dalaman, kabel-kabel, serta benda yang paling biasa sekali dalam line pekerjaan tak kira di mana-mana tempat di negara kita ni adalah --- mulut busuk orang. Rajin pun orang mengata, disampaikan benda-benda tak elok tentang kita pada pihak pengurusan atasan
Last sekali apa dapat, kau yang tak ada kenalan dato datin yang berhormat itu ini, kau tetap di bawah. Hirarki pekerjaan di tampuk sama."
Aku angguk je la. Betul juga apa yang dia kata
"Habis tu, elok kerja kat mana?" Dia jawab,
"Kerja mana-mana pun kau kena sabarlah. Ni kunci utama. Berlambak orang muda yang masuk kerja, dapat tekanan sikit, terus nak berhenti kerja. Tak sabar. Yang kena duga sikit masa kerja, terus naik marah bila dikritik dan ditegur cara prestasi kerja. Melenting tidak akan buat imej kau lebih baik. Malah, lebih buruk. Orang pun tak suka simpan kau lama-lama kalau bikin banyak masalah dengan pentadbiran
Kerja sendiri berniaga pun kena sabar. Tak sabar, kejap tutuplah bisnes. Bisnes kena pandai promoting dan lebarkan networking. Kena pandai rolling modal bukan dapat untung terus bermewah beli kereta baru menunjuk-nunjuk. Lingkuplah niaga
Tips dari aku;
Satu, kerja tu pergi balik on-timelah. Sebab kerja sampai lebih masa pun, tak guna juga. Kerja takkan habis sampai bila-bila
Dua, hubungan dengan Tuhan tu wajiblah jaga. Utamanya solat fardhu lima tu jangan tinggal. Solat tahajjud dan duha tu buatlah selalu biar jadi amalan harian
Ketiga, sabar dan senyum selalu. Jangan banyak cakap benda tak penting di tempat kerja. Jangan cakap pasal pentadbiran bagai. Buat kerja kita je. Sebab, kalau nak bertekak hal ni, baik kau masuk politik ubah sistem terus
Keempat, doa selalu biar Allah lindungi dan limpahi rezeki. Kerja dengan orang, bila-bila boleh kena buang. Kerja sendiri, bulat-bulat bergantung tuah rezeki setelah usaha
Kelima, jangan cakap pasal orang lain. Rajinkan diri improve diri sendiri. Playsafe selalu."Aku senyum je dengar dia nasihat. No wonder ramai suka dia. Kerja memang bagus dan tak cakap banyak
So, aku kongsikan semua ni balik dengan korang. Silakan share kalau bagus utk kerja korang
Sekian
Sumber: Rusydee Halimy via http://bit.ly/33nH8Qx
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sensasi247.blogspot.com/2019/10/kau-kerja-sampai-malam-pun-orang-tak.html