Kau Kedekut Dengan Mak Ayah Hidup Kau Akan Sempit Walaupun Laki Bini Gaji Puluh Ribu Ingat Pesan Aku


“Mereka jaga kita dengan penuh kasih sejak kecil, bila kita sudah besar, kita suruh pula mereka jaga anak-anak kita..Betapa CELAKAnya manusia, inilah tanda kiamat yang nabi telah maklumkan bahawa ibu akan melahirkan tuannya..”
Berapa ramai yang sediakan satu bahagian gaji untuk diberi kepada ibu bapa setiap bulan? Adakah kita kedekut kepada ibu bapa? Pernahkah kita berkira untuk membuat bakti kepada mereka? Persoalan di atas hanya diri sendiri yang boleh jawab.
Barangkali, inilah satu-satunya perkara yang menjadikan gaji kita tak berkat dan tidak pernah cukup. Perasan tak?
Seorang pengguna FB Zakuan Faiz telah menulis satu coretan mengenai perkara ini yang pasti mampu membuka mata kita semua. Baca coretannya di bawah:
SYURGA PALSU UNTUK ORANG BODOH

Aku tidak dapati, doa yang lebih mujarab daripada doa kedua orang tuamu. Khususnya ibu.
Aku dapati begitu ramai orang hebat, khasnya para ulama yang mulia, melainkan mereka didoakan ibu mereka secara khusus.
Ramai yang tak menyedari anugerah yang begitu hebat ini yang mana mereka adalah pintu-pintu syurga, doa mereka umpama doa nabi-nabi, tapi pada kita, mereka hanyalah tempat untuk kita serahkan baby untuk dijaga.
Mereka jaga kita dengan penuh kasih sejak kecil, bila kita sudah besar, kita suruh pula mereka jaga anak-anak kita. Betapa celakanya manusia, inilah tanda kiamat yang nabi telah maklumkan bahawa ibu akan melahirkan tuannya.
Alasan mereka, hidup susah, banyak hutang, semua kena kerja, anak takda siapa jaga.Sebenarnya barakah yang sudah hilang. Hinggakan para wanita terpaksa bekerja, keluar dari rumah, melanggar fitrah mereka, bergaul dengan lelaki ajnabi secara bebas, suami mereka menjadi dayus. Ada juga yang bukan terpaksa tapi kerana suka-suka. Sebab nak ada duit supaya boleh shopping baju kasut beg tangan penuh satu rumah.
Lelaki menjadi lemah, tidak lagi seperti “Rijal” pada zaman Rasulullah. Cukup seorang untuk beri nafkah, kerana mereka Qana’ah dan Allah limpahkan barakah.
Akhirnya ibu dan bapa yang patut kita jaga sebagai pintu syurga, akhirnya menjadi hamba kepada kita.
Bila kita dah mula kaya, anak-anak dah besar, baru terfikir nak balas jasa ibubapa. Tapi waktu itu sudah terlambat, tak ada nikmat dunia lagi yang dapat gembirakan mereka. Bawa melancong, kaki mereka sakit. Bawa makan, mereka perlu berpantang. Bawa ke taman, tak larat berjalan.
Yang mereka mahukan ketika itu hanyalah anak mereka sebagai teman. Tapi demi Allah mereka tak mampu berikan sebab hanya sibuk mengejar kekayaan. Akhirnya syurga mereka pun pergi. Satu-satunya peluang mereka ke syurga secara jalan pintas telah pun tertutup.
Waktu itu tiada lagi guna untuk menyesal. Anak-anak yang membesar “dengan orang lain” juga kurang mesra dengan kita, kerana tak pernah diberi perhatian dan kasih sayang selayaknya. Akhirnya anak-anak muda menjadi sampah raver, hipster dan entah apa kejadah lagi. Yang perempuan hilang dara seawal darjah tiga, yang lelaki melayari web lucah seawal tadika. Ibu bapa tak pernah ajar agama..

Anak-anak membesar menjadi penderhaka. Memaksa ibubapa derhaka tadi menitiskan air mata.
Semuanya dah terlambat.
Sejak awal lagi kau salah kira.
Sejak awal lagi kau terlibat riba.
Sejak awal lagi kau sibuk kejar dunia.
Sejak awal lagi kau makan semua benda.
Sejak awal lagi kau tidak menjadi hamba.
Kepada yang masih ada ibu dan bapa. Khidmatlah kepada mereka sekarang, selagi mereka masih hidup. Bawalah mereka ke mana mereka mahu pergi. Korban kan dunia mu.. sudah-sudah lah kejar dunia yang tak berkesudahan…. Tak kan kau nak biar mak bapak kau mati membawa hati yang kecewa…
Sekurang-kurangnya balas lah jasa mereka, buatlah mereka tersenyum, belanja lah mereka makan, bawak mereka berjalan, khidmat mereka walau terpaksa ambil cuti, mintak doa mereka pada setiap perkara, hubungi mereka walaupun tak ada benda nak kata, cukup mereka dengar suara kita dan kita dengar suara mereka. Jangan sia-siakan syurga itu.
Redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa kita. Waktu khidmat, niatlah untuk sukakan Allah. Saya berani gerenti dengan nama Allah , Allah akan mudahkan semua urusan dunia akhirat kita. Allah akan murahkan rezeki kita. Saya dah alaminya.
Ramai orang kedekut dengan ibubapa sendiri. Tak pernah bawa ibubapa ke restoran mahal walau sekali. Bukan nak tunggu kaya, bukan nak bajet kaya, tapi ia akan buat ibubapa sangat gembira kerana dihargai sangat-sangat. Bawak awek luar nikah ke restoran mahal dia tak rasa apa. Bawak ibubapa, dia kata bazir.
Pengalaman saya sendiri, kalau saya ada masalah kewangan, saya akan belanja mak ayah saya makan tempat mahal, atau saya keluarkan sejumlah wang besar dan terus hadiahkan pada ibu ayah. Kalau ikut logik, harta akan semakin berkurang, dah la tengah gawat.
Tapi tak… Orang munafik yang tak ada iman je akan fikir macam tu. Orang beriman pulak diajar oleh Rasulullah, lagi banyak harta kita keluar untuk Allah, apatah lagi untuk gembirakan ibu bapa, harta kita akan melimpah-limpah digandakan.
Jadi korang rasa, korang sempit kewangan sebab apa?
Sebab korang kedekut. Wallahi korang kedekut. Akui ia. Dan bertaubat kepada Allah. Walaupun korang memang ada keluar sedekah. Tapi akuilah korang memang kedekut. Keluar sedekah sikit pun berkira-kira. Kalau betul korang tak kedekut, pernah tak korang bagi seluruh gaji korang pada mak bapak korang untuk satu bulan? Ekstrim kan?
Mestilah tak pernah! Gila! Nanti nak makan apa!
Ok, kita turun sikit….
Pernah tak masukkan not biru RM 50 dalam tabung masjid?
Not biru memang selalu…. Tapi bukan RM50…
RM1 je….
Tengok tu… Kedekut kan?
Lepas tu mengadu kat Allah, kenapalah aku hidup sempit, ini tak cukup, itu tak cukup . Ni semua mesti salah Najib!

Orang yang berkira-kira dengan Allah , Allah pun akan berkira-kira dengan dia. Ingat ni sampai bila-bila. Kalau nak hidup sempit, berkira-kira lah dengan ibubapa kita . Try it, experience it. Hidup kau konfem akan sempit walaupun laki bini kerja hebat, gaji puluh ribu sebulan tak termasuk OT.
Gembirakanlah ibu bapa mu. Insyaallah Allah pasti akan betulkan segalanya dalam hidupmu. Jangan perhambakan ibubapa mu, diorang dah jaga kau dari kecik, kau jagalah anak kau sendiri. Sampai bila nak hidup menyusahkan mak bapak. Patutnya mudahkan mereka, layan mereka macam raja, permaisuri. Bukan jadikan mereka sebagai bibik.
Yang wanita, jadilah surirumah, didik anakmu sendiri seperti semua srikandi Islam. Tokoh-tokoh agung dunia dalam sejarah Islam semuanya lahir daripada madrasah rumah yang diketuai oleh IBU mereka.
Sekarang rumah hanya jadi panggung wayang, untuk tengok cerita Korea dan raja lawak. Hanya jadi restoran, beli meja mahal dan makan sedap-sedap. Jadi pusat karaoke hari-hari layan lagu dari program realiti.
Maka yang terhasil dari rumah-rumah zaman sekarang hanyalah sampah masyarakat. Pastu bajet Soleh, bajet solehah, tak boleh ditegur, melenting bagai nak rak. Di luar sana, memang ramai orang “kaya”. Tapi majoritinya kaya palsu. Rumah besar, kereta mewah , tapi semuanya hutang. Hutang riba pulak tu. Harta mereka hanya kertas dan nombor dalam skrin, yang tiada nilai aset.
Dan kehidupan itulah yang kau kejar.
Yang penuh tipu daya. Bajet diva, tapi penuh riba. Aku sikit pun tak heran pada mana-mana orang kaya zaman sekarang sebab tahu mereka semua posers, fakers, palsu, cetak rompak.
Kehidupan itu yang kau carik?
Hingga tanggungjawab kau abai?
Mak bapak kau hambakan?
Anak-anak tidak diberi agama?
Allahu…
“Jangan kau terjun ke dalamnya, kerana syurganya dajjal itu hakikatnya adalah neraka.”
Nota: Tulisan ini adalah kata hatiku untuk diriku sendiri. Aku mencela diriku siang dan malam agar aku tidak leka dengan angan-angan dunia yang penuh tipu daya dan menjaga ibubapak ku dengan baik. Merekalah syurgaku. Dan aku rasakan ia mungkin bermanfaat bagi sesetengah orang yang berakal, jadi aku decide untuk share disini. Moga ada manfaatnya.
The post “Kau Kedekut Dengan Mak Ayah, Hidup Kau Akan Sempit Walaupun Laki Bini Gaji Puluh Ribu” – Ingat Pesan Aku appeared first on dePalmaSP.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://depalmasp.com/kau-kedekut-dengan-mak-ayah-hidup-kau-akan-sempit-walaupun-laki-bini-gaji-puluh-ribu-ingat-pesan-aku/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hidup Terus Berubah Lepas Terdetik Bag1 Mak Ayah Sorang Rm100 Sebulan Walaupun Baki Gaji Cukup Makan

Hidup Terus Berubah Lepas Terdetik Bag1 Mak Ayah Sorang Rm100 Sebulan Walaupun Baki Gaji Cukup Makan

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 402 hits
Sebagai seorang anak jangan sesekali rasa terbeban untuk berikan duit gaji kita kepada mak ayah walaupun sedikit Walaupun gaji kita tak besar mana terikat dengan pelbagai hutang dan komitmen paling penting asingkan sedikit duit gaji untuk m...
Bayi 6 Bulan Ke Bawah Berisiko Tinggi Tersedak Susu Doktor Pesan Ibu Ayah Buat 5 Langkah Ini

Bayi 6 Bulan Ke Bawah Berisiko Tinggi Tersedak Susu Doktor Pesan Ibu Ayah Buat 5 Langkah Ini

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 416 hits
Bayi 6 bulan bulan ke bawah mudah tersedak susu Pemilihan puting susu dan teknik memberikan susu penting untuk diperhatikan Ikuti penerangan doktor ini Dr Farhanah Pegawai Perubatan Eva Emily Clinic Klinik Ibu dan Anak telah berkongsi beber...
Duit Mama Abah Bila Tua Sebak Dia Simpan Duit Seringgit Hari Hari Untuk Mak Ayah Dia

Duit Mama Abah Bila Tua Sebak Dia Simpan Duit Seringgit Hari Hari Untuk Mak Ayah Dia

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 476 hits
Duit Mama Abah Bila Tua SEBAK Dia Simpan Duit Seringgit Hari Hari Untuk Mak Ayah Dia Terjumpa dengan beg yang tercicir mungkin perkara yang biasa Namun jika anda buka dan terlihat di dalamnya ada sebuah sampul tertulis duit mama abah bila t...
Mak Ayah Kena Beri Perhatian Pada 3 Kemahiran Penting Ini Dahulu Nak Ajar Anak Menulis Dengan Baik Rileks Media

Mak Ayah Kena Beri Perhatian Pada 3 Kemahiran Penting Ini Dahulu Nak Ajar Anak Menulis Dengan Baik Rileks Media

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 423 hits
Rupanya bila nak anak pandai menulis dengan baik bukan sekadar kena biasakan dengan pensil Mak ayah sebenarnya kena beri perhatian dahulu pada 3 kemahiran penting ini menerusi aktiviti aktiviti yang sesuai Latih dan ajar anak menulis ini bo...
Lelaki Ini Sambut Birthday Sendiri Dengan Belikan Hadiah Untuk Mak Dan Ayah Beliau Terbaik Bosskur

Lelaki Ini Sambut Birthday Sendiri Dengan Belikan Hadiah Untuk Mak Dan Ayah Beliau Terbaik Bosskur

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 623 hits
Assalamualaikum Firdaus Wong Wai Hung atau dikenali sebagai Bro Firdaus Wong yang pada asalnya merupakan penganut agama Buddha mengambil keputusan memeluk Islam walaupun tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk berbuat demikian sebelum...
Semasa Hidup Inilah Zikir Untuk Kami Pujuknya Tidur Sebak Alunan Zikir Ayah Mengiringi Jasad Anak Buat Kali Terakhir

Semasa Hidup Inilah Zikir Untuk Kami Pujuknya Tidur Sebak Alunan Zikir Ayah Mengiringi Jasad Anak Buat Kali Terakhir

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 510 hits
Semasa Hidup Inilah Zikir Untuk Kami Pujuknya Tidur Sebak Alunan Zikir Ayah Mengiringi Jasad Anak Buat Kali Terakhir Ibu bapa mana yang sanggup melihat anak yang dilahir dan ditatang bagai minyak yang penuh pergi secara mengejut dalam sekel...
Panas Pelajar Ditawarkan Kerja Gaji Rm6000 Layan Vip 4 Kali Sebulan

Panas Pelajar Ditawarkan Kerja Gaji Rm6000 Layan Vip 4 Kali Sebulan

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 1177 hits
Kecoh di laman sosial apabila seorang pelajar perempuan yang akan menjalani peperiksaan SPM ditawarkan satu pekerjaan untuk separuh masa oleh seorang lelaki yang menjanjikan akan mendapat pulangan hasil yang banyak dengan melayan golongan V...
Cegah Perdagangan Orang Emil Minta Masyarakat Tak Tergoda Gaji Tinggi

Cegah Perdagangan Orang Emil Minta Masyarakat Tak Tergoda Gaji Tinggi

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 237 hits
Cegah Perdagangan Orang Emil Minta Masyarakat Tak Tergoda Gaji Tinggi Menurut Gubernur Emil kasus human trafficking tersebut terjadi karena faktor ekonomi
Duit Poket Tinggal Rm10 Sebelum Masuk Gaji Inilah Punca Hilangnya Rezeki Kita Tanpa Sedar

Duit Poket Tinggal Rm10 Sebelum Masuk Gaji Inilah Punca Hilangnya Rezeki Kita Tanpa Sedar

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 367 hits
Duit Poket Tinggal RM10 Sebelum Masuk Gaji Inilah Punca Hilangnya Rezeki Kita Tanpa Sedar Mana boleh salahkan orang lain kalau duit poket tak cukup Jangan nak kata duit gaji kecil anda tak mampu bagi nafkah pada anak bini ya Sebab istilah R...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Makan Steamboat Dapat Henna Free


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage