Kau Bukan Robot Tekan Suis On Tekan Suis Off Kau Manusia Lengkap Dengan Perasaan
Collect Image = Google
Aku hold jap entry Krabi Part 5 yang sepatutnya aku karang untuk hari ini. Aku shut down diri setengah hari semalam. Tajuk tu aku nak relate dengan satu contoh, kita letak makanan atas meja kalau tak tutup makanan tu dengan penutup atau tudung saji tau dah kan siapa yang merayap dan hurung?
Tak semut, mungkin lalat, tak lalat, mungkin kucing...gitu. Makanan tu dari unsur yang baik, tapi tetaplah akan ada yang suka menghurung untuk mencemarkan supaya kita tak dapat makan balik.
Tapi aku nak relate tajuk diatas ni dengan perumpamaan aku beri lah. Kita jadi manusia ni selain kejar atas dunia dan akhirat apa yang kau rasa paling senang nak buat tapi dapat pahala?
Cuba fikir apa dia, duduk je tak payah buat apa-apa tapi dapat pahala?
Haaa, tak semua pernah fikir kan. Kalau kata kat juju memang juju sendiri kadang kala alpa bab ni, duduk diam dapat pahala.
Hanya duduk membaca dan belajar hormati.
Collect Image = Google
Ya membaca dapat pahala. Kau tak buat pahala tak bergerak, kau buat pahala kau bergerak, si penulis pahala dia memberi dalam bentuk menulis, orang baca, bila baca orang tu kenan cara penulisan kita dan dia buat ikut tips kita, kita dapat pahala, orang yang buat tu dapat pahala, dia pula cerita dekat kawan dia yang penulis tu cerita itu ini dekat orang lain, orang lain buat macam kawan dia cerita, impak baik dia dapat dia cakap betul lah, dia cerita kat keluarga dia pula...sampai ke cicit dia info tu berterusan betul tak?
Si penulis tadi?
Dia meninggal sekalipun, pahala dia tetap bertambah-tambah tanpa sesaat tau...itulah pahala dari amalan 'MEMBACA' sahaja.
Simple, life is easy, DON'T STOP LEARNING!
Yang kita kejar sangat kat dunia ini nak penghargaan orang, nak pujian orang, kalau sehari orang tak puji, tak hargai kau rasa orang tak respect kau, kau rasa orang itu dan ini buat salah.
Padahal punca dari diri sendiri, tak boleh tengok orang buat baik, deliver dalam penulisan jujur...diperlinya, di beri kata-kata berupa hirisan senyap...bahaya tau. Sebab manusia ni dia ada hati dan perasaan, kalau dia ketawa tak bermakna dia merelakan diri untuk dibahan-bahankan...jaga ya kawan, depress kawan sebelah kau tak nampak...dia menelan bulat-bulat.
Sumber gambar - Nakbebel
Apa salahnya kau duduk diam, perhatikan apa yang dia cuba nak beri pada kau. Contoh aku kan blogger, aku suka menulis dari hati ke hati. Aku tak suka share benda yang aku tak suka kat blog, aku rasa itu bukan aku, aku kalau tak suka aku lebih rela diam atau aku tukar kepada tak suka kepada IDEA CADANGAN, lebih kepada kongsi yang baik-baik buat pembaca supaya jaga sempadan kepada perkara yang tak suka tu.
Tapi bila kau sudah memberi dengan baik tetapi di perli-perli, dihiris-hiris perasaan dengan kata-kata down kononnya dia lah bagus, dia lah yang terbaik, maka kau kena hati-hati dengan orang macam ini. Sekejap dia hari ini okey, sekejap hari ini dia bukan orang yang kau kenal dah, ni topeng, bermuka-muka.
Aku senang, bila jumpa orang down, aku dapat tahu aku cuba nak positifkan orang tu sampai dia kembali tersenyum kembali.
Terima kasih sebab selalu ada bila aku perlukan motivasi, sebab aku pun manusia, walaupun berperwatakkan positif tak lepas dari diduga dengan orang yang rasa DIALAH BAGUS, bagi orang lain kau tak setanding aku (ni bahasa badan atau bahasa tulisan dia lah walau hakikatnya dia nak kata tak, please jangan jadi manusia macam ini, rugilah pahala tu jadi dosa pula akhirnya).
Sumber gambar - Nakbebel
Pernah gak rasa nak bersara dari dunia penulisan sebab kerana ini 😞, tapi aku tak boleh tipu diri, sebab aku suka berkongsi untuk orang lain tahu ilmu sepalit yang aku tahu 😏, sebab aku tak tahu pun aku baca dari medium seperti blog, akhbar dan lain-lain medium, aku kupaskan semula setelah aku buat idea yang diberikan, kalau okey aku sharing dan kreditkan empunya idea tu. 💪
Dia dapat pahala...Kita lagi dapat banyak pahala, sebab kita menulis dan membaca.
Itulah pesanan juju dekat Abg Qi...rajin membaca, rajin-rajin buat baik dengan orang tak kira siapa pun mereka hatta OKU atau siapa pun, sebab kita nak hidup kat dunia ini bukan kerana diri rasa nak bagus all time...tapi kita jadilah seorang pemberi yang berguna pada orang lain.
Terima kasih sudi baca. I know, korang tak macam ini, malah korang lebih dari apa aku fikirkan, sebab korang bijak mengeluarkan kata-kata dan tulisan untuk tidak menjatuhkan orang lain.
Belajar memberi...suatu masa pulangan tak disangka dari Maha Esa tak disangka-sangka hadir dari banyak-banyak pemberian kita beri.
Take care!
Nota kaki: Bisik di telinga kita, kalau boleh bisik, belajar menghormati orang ya. Sebab kalau ego mengatasi, habis rugi jadi manusia di muka bumi. Ajar anak sekali, belajar untuk respect orang lain.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.juliajohari.com/2019/09/kau-bukan-robot-tekan-suis-on-tekan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+WithJulia+%28With+Julia...%29