Katakan Tidak Kepada Pancing Data Dan Penipu Dalam Talian Sempena Bulan Kesedaran Keselamatan Siber Ini


Pancing data (phishing) dan penipuan dalam talian semakin meningkat, dan ia tidak terhad kepada satu-satu platform, lokasi atau taktik. Penipu semakin licik dan usaha dalam menangani masalah ini adalah cabaran berterusan yang hanya akan berjaya apabila semua pihak bekerjasama. Ini adalah usaha berterusan Twitter dalam mendidik orang ramai tentang keselamatan dalam talian dan keselamatan akaun. Twitter kerap mengeluarkan panduan untuk mengelakkan penipuan dalam talian melalui Tweet Threads daripada akaun rasmi Twitter, dalam artikel-artikel Help Center, dan juga di blog.
Satu lagi bahagian yang kritikal ialah Peraturan Twitter. Kelakuan seperti menyamar sebagai individu, kumpulan atau organisasi untuk tujuan mengelirukan, memperdaya orang lain, atau menggunakan identiti palsu untuk mengganggu pengalaman orang lain di Twitter adalah bertentangan dengan peraturan yang ada. Twitter juga secara aktif menyingkirkan akaun spam dan mengunci akaun spam yang disyaki tidak dapat melepasi pengesahan manusia seperti captcha atau mengesahkan nombor telefon atau alamat emel.
Demi terus berkhidmat kepada perbualan umum, Twitter percaya betapa pentingnya untuk orang ramai dapat melihat perspektif yang berbeza. Atas tujuan ini, Twitter berusaha untuk mencipta tempat di mana orang ramai boleh mencari maklumat yang tulen dan mempercayai akaun yang mereka pilih untuk berinteraksi atau mengikuti. Sempena Bulan Kesedaran Keselamatan Siber, Twitter kongsikan enam petua tentang bagaimana anda juga boleh membantu dalam memerangi penipuan dalam talian agar anda mempunyai pengalaman yang selamat (dan menyeronokkan) di Twitter.
1. Cipta kata laluan akaun yang kukuh Melindungi akses kepada akaun Twitter adalah penting. Cara mudah untuk melakukan ini adalah dengan memilih kata laluan yang kukuh dan unik untuk akaun Twitter anda (sekurang-kurangnya 10 aksara, sebaiknya dijana secara rawak dan disimpan dalam pengurus kata laluan).
2. Simpan dan jaga butiran akses peribadi sebaik mungkin Jangan sesekali berkongsi nombor telefon, emel, @namapengguna, kata laluan atau kod laluan-sekali (OTP) anda dengan sesiapa sahaja. Tetapi, jika ada sebab untuk mempercayai akaun mungkin telah terjejas, tukar kata laluan anda dengan segera.
3. Aktifkan pengesahan dua faktor (2FA) Pengesahan dua faktor merupakan lapisan keselamatan tambahan. Proses ini memerlukan orang ramai menggunakan kod atau kunci keselamatan dengan kata laluan untuk log masuk dan membantu memastikan hanya pemilik akaun sahaja yang boleh mengakses akaun tersebut. Menggunakan kunci keselamatan ialah cara paling teguh untuk melindungi akaun daripada penipu dan serangan pancingan data.

4. Kawal selia DM anda dengan teliti Jika anda menerima DM yang mencurigakan, jangan muat turun sebarang lampiran atau klik pada mana-mana pautan dan jangan kongsi sebarang maklumat log masuk – buang DM tersebut dengan segera. Kemudian, semak tetapan DM akaun anda; kemas kini butiran untuk menentukan siapa yang boleh DM anda. Ingat, anda boleh mengawal dan memilih untuk tidak menerima DM daripada mereka yang anda tidak ikuti.

5. Laporkan ke Twitter Sama ada anda fikir akaun anda telah terjejas, atau anda telah menerima DM spam, laporkannya segera! Tindakan sedemikian adalah bertentangan dengan Peraturan Twitter. Ambil perhatian bahawa Twitter hanya akan menghubungi anda dalam aplikasi atau melalui emel yang dihantar daripada alamat emel @twitter.com atau @e.twitter.com. Twitter tidak akan pernah meminta anda memberikan kata laluan anda melalui emel, Mesej Langsung (DM) atau balasan.
6. Ikuti perkembangan terkini Pastikan aplikasi Twitter, perisian komputer dan penyemak imbas anda dikemas kini dengan versi terkini – kemaskini dibuat atas sebab tertentu, iaitu melindungi keselamatan anda dalam talian.
Untuk pengalaman Twitter yang selamat dan menyeronokkan, baca amalan terbaik Twitter untuk memastikan akaun anda sentiasa selamat. Baca juga Peraturan Twitter, dan untuk maklumat terkini #WhatsHappening, ikuti @Twitter.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/katakan-tidak-kepada-pancing-data-phishing-dan-penipu-dalam-talian-sempena-bulan-kesedaran-keselamatan-siber-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pusat Respons Scam Kebangsaan Tingkatkan Langkah Keselamatan Siber

Pusat Respons Scam Kebangsaan Tingkatkan Langkah Keselamatan Siber

papar berkaitan - pada 9/10/2022 - jumlah : 165 hits
Pusat respons scam kebangsaan tingkatkan langkah keselamatan siber Dikemas kini 6 jam yang lalu Diterbitkan pada 8 Oct 2022 1
Selamat Mengundi Tapi Jangan Lupa Kisah Mimpi Ngeri Kerajaan Ph 22 Bulan

Selamat Mengundi Tapi Jangan Lupa Kisah Mimpi Ngeri Kerajaan Ph 22 Bulan

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 246 hits
Oleh Adam MalikTidak kiralah bila Parlimen akan dibubar sama ada tahun ini atau tahun hadapan Jika Parlimen dibubar tahun ini atau tahun hadapan apa yang pasti jangan undi parti2 terkait dengan kerajaan 22 bulan pimpinan Tun Mahathir dan PH...
Pkb Gerindra Segera Deklarasi Capres Cawapres Cak Imin Paling Lama Akhir Bulan

Pkb Gerindra Segera Deklarasi Capres Cawapres Cak Imin Paling Lama Akhir Bulan

papar berkaitan - pada 8/10/2022 - jumlah : 175 hits
Ketua Umum Partai Kebangkitan Bangsa Muhaimin Iskandar mengungkapkan koalisi Gerindra PKB dalam waktu dekat ini akan mendeklarasikan capres cawapres 2024 Deklarasi itu paling lama dilakukan akhir Oktober 2022
Saya Akan Kembali Agensi Sahkan Ravi Vixx Bakal Mula Perkhidmatan Tentera Hujung Bulan Ini

Saya Akan Kembali Agensi Sahkan Ravi Vixx Bakal Mula Perkhidmatan Tentera Hujung Bulan Ini

papar berkaitan - pada 8/10/2022 - jumlah : 156 hits
Ravi VIXX kini dikhabarkan bakal melangsungkan perkhidmatan ketenteraannya ARTIKEL BERKAITAN Terbaru agensi Ravi GROOVL1N mengesahkan bahawa Ravi akan melangsungkan khidmat ketenteraannya sebagai pekerja perkhidmatan awam pada 27 Oktober in...
Ya Saya Hamil Anak No 6 Nak Masuk 4 Bulan Shahida Akui Alami Alahan Teruk

Ya Saya Hamil Anak No 6 Nak Masuk 4 Bulan Shahida Akui Alami Alahan Teruk

papar berkaitan - pada 8/10/2022 - jumlah : 169 hits
Isteri kepada usahawan kosmetik Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid mengesahkan dirinya sedang hamil anak keenam dan usia kandungannya kini hampir memasuki trimester kedua Memetik laporan MH Datin Shahida mengalami alahan yang agak teruk pad...
Perghh Alat Sulit Lelaki Bengkak Akibat Cincin Tersekat 4 Bulan

Perghh Alat Sulit Lelaki Bengkak Akibat Cincin Tersekat 4 Bulan

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 416 hits
LELAKI itu memakai cincin logam dalam usaha untuk membesarkan kemaluannya Daily MailAlat sulit lelaki bengkak akibat cincin tersekat 4 bulanBANGKOK Seorang lelaki di Thailand dikejarkan ke hospital gara gara alat sulitnya membengkak akibat ...
Kerajaan Diberi Tempoh Dua Bulan Lagi Untuk Selesai Saman Bekas Hakim

Kerajaan Diberi Tempoh Dua Bulan Lagi Untuk Selesai Saman Bekas Hakim

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 213 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi di sini memberi tempoh dua bulan lagi untuk kerajaan meneliti kemungkinan cadangan penyelesaian dalam saman yang difailkan sekumpulan 35 individu terdiri daripada bekas anggota badan kehakiman dan tujuh balu bek...
Muka Stacy Sangat Ni Dah 2 Bulan Usia Isa Akim Kongsi Gambar Anak Lelakinya

Muka Stacy Sangat Ni Dah 2 Bulan Usia Isa Akim Kongsi Gambar Anak Lelakinya

papar berkaitan - pada 6/10/2022 - jumlah : 212 hits
Setelah dua bulan melahirkan bayi kedua 6 Ogos lalu nampaknya secara terbuka Stacy dan Akim Ahmad berkongsi wajah anak lelaki mereka yang diberikan nama Isa Menerusi perkongsian Akim Ahmad di instagramnya dia memuat naik satu video yang men...
Bayi Masuk 4 Bulan Cuba Aktiviti Tummy Time Ni Bagus Rangsang Sensori Anak

Bayi Masuk 4 Bulan Cuba Aktiviti Tummy Time Ni Bagus Rangsang Sensori Anak

papar berkaitan - pada 6/10/2022 - jumlah : 162 hits
Sensory play adalah sangat penting untuk membantu perkembangan anak anak Sensory play merupakan aktiviti yang boleh membantu merangsang perkembangan deria anak anak seperti contoh deria sentuh bau rasa lihat dan dengar Selain itu aktiviti s...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities