Kata Nama Am Dalam Subjek Bahasa Melayu
Kata Nama Am Dalam Subjek Bahasa Melayu|| Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan. Ianya juga ialah salah satu subjek yang wajib dipelajari dan dikuasai dalam sistem persekolahan nasional dalam Malaysia. Menurut coretan dari Astro Awani, semua pelajar tanpa mengira bangsa wajib mempelajari dan lulus mata pelajaran Bahasa Melayu. Sistem persekolahan nasional telah menetapkan bahawa Bahasa Inggeris wajib dipelajari dan dijadikan mata pelajaran teras. Manakala Bahasa Cina dan Tamil telah dijadikan mata pelajaran elektif yang dipelajari oleh pelajar Cina dan India pada peringkat sekolah menengah. Di dalam subjek Bahasa Melayu, terdapat pelbagai frasa seperti frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan sebagainya. Pada harini, jom fokus kepada frasa kata nama. Kata nama terdiri daripada kata nama am dan kata nama khas. Ini merupakan frasa asas yang perlu diambil berat sebelum mengenali frasa frasa yang lain.
Gambar Dari Geng Sekolah ✅
Maksud Kata Nama AmPerkataan am itu sendiri bermaksud umum. Oleh itu maksud Kata Nama Am ialah satu perkataan yang digunakan bertujuan untuk menjelaskan mengenai sesuatu yang bernyawa dan tidak bernyawa seperti manusia, binatang, tempat, tumbuh-tumbuhan dan benda secara am atau umum. Bagi mudah difahami, perkataan nama am merujuk kepada sesuatu secara am atau umum. Kata nama am dimulai dengan huruf kecil pada pangkal kata itu.
Sumber Gambar Google
Contoh Kata Nama AmBernyawa: ikan, ayam, pokok manggis, dan lalang.
Tidak Bernyawa: dulang, televisyen, rumah, kipas
Dua bahagian Kata Nama Am1. Kata Nama Am Konkrit
2. Kata Nama Am Abstrak
Nota: Kata Nama Am Abstrak dan Kata Nama Am Konkrit terdiri daripada kata asal dan kata terbitan
1. Kata Nama Am Konkrit Kata Nama Am Konkrit adalah nama sesuatu yang dapat dilihat atau dapat dipegang, ataupun dapat dirasakan adanya.
Contoh Kata Nama Am KonkritKata Asal: anyam
Kata Terbitan: anyaman
Kata Asal: himpun
Kata Terbitan: perhimpunan
2. Kata Nama Am AbstrakKata Nama Am Abstrak ialah nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan.
Contoh Kata Nama Am AbstrakKata Asal: Jahat
Kata Terbitan: Kejahatan
Maksud Kata Nama Khas Kata Nama Khas ialah kata nama yang khasnya digunakan merujuk kepada nama sesuatu benda yang bernyawa dan benda yang tidak bernyawa. Semua kata nama khas ditulis dengan huruf besar pada pangkal kata itu.
Benda Bernyawa: Nona, Oyen (Nama Kucing)
Benda Tidak Bernyawa: Johor, Coway
Sumber: Kata Nama Am (pandai.org)
Baiklah, sekarang Jom keluarkan kata nama Am di dalam beberapa ayat di bawah:
Ali membuat pembayaran tunai di Mydin.
Fatima Dan Abu sedang bermain basikal.
Puan Hanis pergi ke rumah Mak Nab untuk mengambil buku anaknya yang tertinggal di sana.
Sumber latihanLatihan Yang Boleh Dilakukan Bagi Memudahkan Pelajar Memahami Penggunaan Kata Nama Am
Membuat latihan dalam bentuk sebaris ayat ringkas Dan meminta pelajar mengeluarkan kata nama am yang terletak dalam ayat tersebut Membuat ulangkaji mengenai perkataan perkataan kata nama am berbentuk seperti kad mini. Menggalakkan pelajar tulis dengan huruf besar kata nama am di whiteboard atau di atas kertas.
Mengaitkan nama nama pelajar Dan perbuatan yang dilakukan di tempat pembelajaran dengan kata nama am tersebut.
Nota: Ini berdasarkan apa yang Nona pernah nampak orang lain buat Dan sendiri pun pernah buat aktiviti seperti di atas.
KesimpulanPara pelajar seharusnya dapat menguasai tentang frasa nama terutamanya kata nama am Dan Akta nama khas bagi memudahkan mereka membina sebuah ayat lengkap Dan bersambung dengan frasa kata yang lain. Semoga entri harini bermanfaat buat semua pembaca.
Terima kasih
Nota Hati: Dulu pernah berhasrat menjadi Cikgu Bahasa Melayu tapi cita cita tersebut tidak kesampaian
SENYUM SAJA
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.nonasani.com/2023/09/kata-nama-am-dalam-subjek-bahasa-melayu.html