Kata Alu Aluan Yb Menteri Pendidikan Untuk Majalah Sekolah 2023



Kata Alu-Aluan YB Menteri Pendidikan Untuk Majalah Sekolah 2023. 
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera

Warga pendidik, murid-murid, warga sekolah dan ibu bapa yang saya kasihi, Sesungguhnya, tahun 2023 membuka lembaran baharu yang menuntut kita sebagai warga pendidik untuk melakar lebih banyak pencapaian yang signifikan dan mencipta lebih banyak peluang baharu. Yang pasti, seluruh nuansa inipastinya perlu ditempuhi dengan semangat dan merangkul segala kekuatan yang ada

Terdahulu ketika negara ditimpa mehnah pandemik COVID-19, KPM telah memberikan komitmen penuh dengan mengambil pelbagai langkah proaktif termasuk Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi memastikan tiada murid yang ketinggalan dalam silibus pendidikan. Malah KPM cukup komited dalam melaksanakan pelbagai intervensi untuk merapatkan kesenjangan yang sedia ada

Di kesempatan ini, saya juga ingin merakamkan rasa simpati saya kepada warga pendidik serta murid dan keluarga mereka yang terkesan akibat bencana banjir di beberapa negeri. Tidak dilupakan buat keluarga mangsa kejadian tanah runtuh di Batang Kali, saya utuskan ucapan takziah sekudusnya

Landasan sistem pendidikan yang kita warisi pada hari ini telah pun melalui sirisiri pemurnian. Namun kita tidak boleh kompromi dalam memastikan tekad beban guru dikurangkan dan kesejahteraan murid diraih secara menyeluruh. Justeru, pendekatan untuk mengekalkan dasar sedia ada diangkat dan ditambah baik dengan pemantauan di peringkat pelaksanaan

Penerapan nilai dan akhlak merupakan tunjang pembentukan diri seseorang murid secara holistik selaras Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Maka, besar harapan saya agar warga pendidikan terus istiqamah membawa watak pendidik dalam membangunkan serta melahirkan anak bangsa yang tinggi sopan dan susilanya, mulia pekertinya serta halus adab santunnya

Oleh yang demikian, tujuh teras utama yang menjadi tumpuan KPM dalam mengemudi sistem pendidikan negara mendambakan sinergi antara guru, murid, ibu bapa serta komuniti yang merupakan kunci kejayaan pendidikan masa depan negara

Pendidikan adalah pintu gerbang menuju galaksi pengetahuan yang tiada penghujungnya. Makanya, proses pencarian pembinaan serta pengumpulan ilmu wajib dijadikan budaya penerokaan yang bersifat membina otak dan watak

Ekosisten harmoni yang diterjemahkan dalam rangka murid ceria, guru bahagia, sekolah bitra dan negara sejahtera adalah aspirasi yang akan mengangkat darjat kemuliaan (karamah insaniah) seluruh warga pendidikan, warga sekolah dan murid-murid keseluruhannya

Menavigasi sebuah kementerian pasca pandemik dalam keresahan tantangan ekonomi serta kos sara hidup yang menekan memerlukan sarwa pandang yang merentas zaman serta kalis masa hadapan. Semoga kita semua akan terus kuat menempuh cabaran mendatang sebagai satu pasukan warga pendidikan yang kuat, padu dan saling menyokong antara satu sama lain

Akhir kata, tahniah dan syabas kepada semua warga sekolah khususnya sidang redaksi yang telah berusaha merealisasikan penerbitan majalah sekolah ini. Segala jerih payah dan sumbangan dalam penerbitan majalah ini adalah perlambangan kepada rakaman sejarah dan memori dari segenap sudut. Terima kasih seluhurnya kerana majalah ini telah melukiskan citra dan peta memori serta wajah kenangan yang manis. Besar harapan saya agar majalah ini dapat dimanfaatkan oleh seluruh pembacanya

“MURID CERIA, GURU BAHAGIA, SEKOLAH BITARA DAN NEGARA SEJAHTERA”
YB PUAN FADHLINA BINTI SIDEKMenteri Pendidikan Malaysia

Muat turun kata alu-aluan melalui pautan berikut :https://www.moe.gov.my/muat-turun/lain-lain/kata-alu-aluan/5474-kata-alu-aluan-yb-menteri-pendidikan-2023
--- #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace #thecoloursoflife #terbaeekkk ‎#kipidap ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mknaceunlimited.blogspot.com/2023/01/kata-alu-aluan-yb-menteri-pendidikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Spi Kpm Bil 2 Tahun 2023 Garis Panduan Pengurusan Panitia Mata Pelajaran Di Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia

Spi Kpm Bil 2 Tahun 2023 Garis Panduan Pengurusan Panitia Mata Pelajaran Di Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia

papar berkaitan - pada 11/1/2023 - jumlah : 616 hits
SPI KPM Bil 2 Tahun 2023 Garis Panduan Pengurusan Panitia Mata Pelajaran Di Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Muat turun surat pekeliling ikhtisas ini melalui pautan mknaceunlimited mknace thecoloursoflife terbaeekkk kipidap blogger p...
Terap Pemikiran Kritis Dalam Pendidikan Untuk Tangani Fanatik Agama Kata Anwar

Terap Pemikiran Kritis Dalam Pendidikan Untuk Tangani Fanatik Agama Kata Anwar

papar berkaitan - pada 10/1/2023 - jumlah : 136 hits
Anwar Ibrahim berkata unsur seperti ekstremisme fanatik dan keganasan perlu ditangani melalui penerapan pemikiran kritis dalam pendidikan PETALING JAYA Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata pemikiran kritis harus dijadikan tradisi yang dite...
Bagaimana Kalau Pelajar Sekolah Diberi Pilihan Sama Ada Bebas Pakai Tali Leher Atau Sebaliknya Wahai Menteri

Bagaimana Kalau Pelajar Sekolah Diberi Pilihan Sama Ada Bebas Pakai Tali Leher Atau Sebaliknya Wahai Menteri

papar berkaitan - pada 4/1/2023 - jumlah : 194 hits
Sekolah sekolah di Johor Kedah Kelantan dan Terengganu telah pun memulakan sesi persekolahan 2022 2023 bermula 1 Januari lalu nbsp Sekolah sekolah di Melaka Negeri Sembilan Pahang Perak Perlis Pulau Pinang Sabah Sarawak Selango
Fasa 1 Lebuhraya Pan Borneo Capai Kemajuan Lebih 70 Kata Menteri

Fasa 1 Lebuhraya Pan Borneo Capai Kemajuan Lebih 70 Kata Menteri

papar berkaitan - pada 10/1/2023 - jumlah : 225 hits
FASA satu Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah dengan anggaran jarak keseluruhan 706 kilometer nbsp mencapai kemajuan lebih 70 peratus setakat Disember tahun lepas nbsp Menteri Kerja Raya Alexander Nanta Linggi berkata projek itu sebelum ini m...
Apakah Aktiviti Kempen Kembali Ke Sekolah Cerahi Kehidupan Bersama Top Tahun 2023

Apakah Aktiviti Kempen Kembali Ke Sekolah Cerahi Kehidupan Bersama Top Tahun 2023

papar berkaitan - pada 5/1/2023 - jumlah : 318 hits
Apakah Aktiviti Kempen Kembali ke Sekolah Cerahi Kehidupan Bersama TOP Tahun 2023 Kempen Kembali ke Sekolah Cerahi Kehidupan Bersama TOP Menyokong Kehidupan 200 Kanak Kanak Komuniti Program Perumahan Rakyat Sebahagian besar keluarga di Mala...
Umrah Malaysia Arab Saudi Bincang Isu Kenaikan Kos Hotel Kata Menteri

Umrah Malaysia Arab Saudi Bincang Isu Kenaikan Kos Hotel Kata Menteri

papar berkaitan - pada 9/1/2023 - jumlah : 188 hits
Menteri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohd Na im Mokhtar berkata isu kenaikan kos memberi impak kepada jemaah umrah Malaysia dan negara lain PETALING JAYA Isu kenaikan kos umrah akibat peningkatan mendadak kadar penginapan hotel di Mek...
Senarai Cuti Sekolah Sepanjang Tahun 2023

Senarai Cuti Sekolah Sepanjang Tahun 2023

papar berkaitan - pada 28/12/2022 - jumlah : 306 hits
Senarai Cuti Sekolah Sepanjang Tahun 2023 Sedar tak sedar tahun 2022 sudah pun hampir melabuhkan tirai meninggalkan kita 2023 adalah tahun yang tidak lama lagi kita bakal menemuinya Ada yang merasa bahagia apabila tiba tahun baru kerna dia ...
Encouraging Movement From A Young Age Promises A Bright Future

Patut Pun Pn Terkucil Lagi

Ucapan Selamat Hari Tldm Ke 91 Dari Agong Zahir

Pn Tersungkur Analisa Keputusan Prk Ayer Kuning

Deliciious Feat Nakalness Tahan Chord

Ayer Kuning Voters Reject Politics Of Fear And Hatred Says Asyraf

Tribute To 40 Years Of Music What To Look Forward To At Amy Search S Solo Concert This Saturday

Perlukah Tukar Domain Blog Tips Penting Untuk Blogger


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sign Up Money Strategies Turning Bonuses Into Bankable Wins

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

Macam Mana Orang Malaysia Boleh Buat Rm10k Sebulan Guna Hanya Satu Pautan

Seorang Jemaah Islam Maut Ditikam 50 Kali Dalam Masjid

11 Tahun Tergendala Pm Anwar Mahu Pembinaan Sekolah Sukan Perlis Disegerakan

Muhyiddin Yassin Risau Kerjasama Bn Amp Ph Makin Diterima Rakyat Asyraf Wajdi