Kasut Sekolah Tertukar Bertukar Hilang
assalamualaikum 😊pagi isnin nan indah. tghari dah pun mendekat..
cuaca di luar mendung sejak dari pagi. matahari masih belum gah bersinar
masih diselindungi awan yg agak-agak menebal di serata langit
namun... masih tiada tanda utk hujan la. angin kuat! awan bergerak perlahan-lahan
mungkin ptg skit nanti baru hujan kot kot kan..
dgn tiada masalah, pagi pertama di minggu kedua persekolahan, Izzat ke skola 😊. alhamdulillah
semlm ada sekali dia terlepas ckp, "best la skola, bu"
saya tak bertanya lanjut, just respon, "alhamdulillah..."
dah di cerita kan skit di SINI, bahawa last week Izzat bermasalah balik tanpa kasut 😆
sememangnya sejak dari awal, kasut Izzat dah pun bernama 👇👇👇
saya tuliskan namanya di bahagian dlm, tidak ketara lah dari luar
tapi da pesan dgn Izzat, "bila pakai kasut, tgk dulu nama tau.takde nama Izzat, jgn pakai! tu kawan punyer ye..."
petang selasa, 1.1.2019, Izzat balik dgn kasut kawan
ni saya perasan pun the next morning. nama Izzat takde di kasut!!! aduhai hi hi hi hi..
rasanya, anak-anak semua main pakai aje kan kasut yg agak-agak serupa dgn kasut diorang 😆
hari pertama skola la katakan
petang rabu, 2.1.2019, waktu nak balik, Izzat tak jumpa kasut dia! Muallim & Muallimah cuba juga cari kasut Izzat tapi tidak berjumpa
maka, Muallimah nyer pun berjanji, esok pagi akan cari kan semula kasutnya. mungkin ada anak lain yg dah terpakai bwk balik sekali lagi
alahai... sian anak ibu 😅
balik la berselipar saje. time ni saya dah mula risau lah kan. takkan perkara ni da berterusan
balik tu memang dah pesan dgn Izzat. "cari kasut dan kenal kasut. letak di satu tempat yg mudah Izzat amik"
pagi khamis, 3.1.2019, sewaktu mr.asben menghantar Izzat di pagar skola, kebetulan terjumpa anak yg sedang memakai kasut Izzat
berasa lega lah di situ... kasut Izzat masih wujud
namun, sekali lagi, jam 5.10 ptg, saya amik Izzat, dia masih tak berjumpa kasut nya 😕
aduhai...
and time ni saya berasa kuat dlm hati, Izzat tak kenal dah kot kasut dia yg mana. dan saya berasa bahawa agak sukar utk dia cek kasut nyer satu persatu mencari nama sendiri
aduhai..
sekali lagi Izzat balik rumah berselipar
dgn hati saya yg tak puas, risau, cemas... "mana lah kasut anak aku ni???!"minta tolong mr.asben ke skola pada jam 6.15 ptg tu jugak. tak nak lengah-lengah..
kerana time ni semua anak-anak dah balik
mungkin masih ada lagi Muallim & Muallimah yg belum balik kan. proses tutup skola
nak cek ada atau tidak kasut Izzat tertinggal
alhamdulillah... ada 3 pasang kasut hitam anak-anak yg masih tinggal. dan salah satunya kasut Izzat 😅
memang lega la hati mr.asben ketika tu
sampai je rumah, tak lengah lagi terus saya perah otak mencari idea how to solve this problem
👇👇👇
ikan reben kecil di bahagian belakang kasut Izzat
ini adalah usaha utk Izzat tahu itu adalah kasutnya
itu yg penting, kan 😀
alhamdulillah. petang jumaat, 4.1.2019, Izzat dgn mudah kenal kasut dan balik rumah lengkap berkasut
problem solved
until when reben kuning itu di situ
ntah la. forever kot 😂😂😂
korang ada tak alami perkara gini? asyik la anak balik dgn kasut org lain atau tanpa kasut?
ni la pengalaman pertama saya.
dulu hingga sekarang, kak Nurin & Syuhada tiada masala sebegini tau. itu yg bila time Izzat, agak berserabut memikirkannya...
serabut... tapi kelakar! ha ha ha ha ha...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.adianiez.com/2019/01/kasut-sekolah-tertukar-bertukar-hilang.html