Kasut Kulit Jenama Lucca Vudor Menampilkan Gaya Kasut Yang Elegan Ianya Sangat Selesa Dipakai
Salam to all my readers,
| Kasut Kulit Jenama Lucca Vudor Menampilkan Gaya Kasut yang Elegan & Ianya Sangat Selesa dipakai! | Kasut? Bila cerita perihal kasut mesti kita dah terbayang pelbagai jenis kasut untuk digayakan, tak kiralah kasut sport, sandal, heels, boots, kasut pergi toilet dan macam-macam jenis kasut lagi. Kasut dalam rumah lain, kasut nak keluar pun lain. Pendek cerita, kaki kita memang dah terbiasa disarung dengan kasut bilamana nak keluar ke mana-mana, dan kasut yang disarung pastilah kena sesuai dengan tempat yang kita nak tuju. Jangan pula pergi London, pakai sandal sahaja.
Kasut pun ada pelbagai jenis bentuk dan size di pasaran. Ada yang runcing dibahagian muncung kasut, had ini sesuai yang kaki runcing. Ada juga patern yang jenis kembang dihadapan, ini sesuai untuk mereka yang kaki besar-besar macam aku. Aku punya kaki size abang-abang sangat. Punyalah susah nak cari kasut yang sesuai dengan kaki. Ada yang berkenan, tak ada size, ada size tak sesuai pula dengan kaki aku. Begitulah kitaran hidup, tak semua kita nak kita boleh dapat. Ada kena mengena ke dengan content aku ini? Macam tak kena pula.
Dulu aku biasa juga pakai heels, lama-lama sakit kaki, terus aku pakai sport shoe, tak pun sneakers. For sure, kaki aku tak sakit. Heels kalau nak pakai tinggal sahaja dekat office. Dulu masa aku kerja dekat auction company, aku suka tinggal heels aku dekat office, bila ada auction baru aku turun pakai heels. Aku boleh pakai heels, tapi tak boleh terlalu lama. Aku tahan dalam 3 jam, lebih dari tu rasa nak tercabut kaki aku. Rasa nak baling je ke muka orang waktu tu kalau pakai terlalu lama. Kaki aku cepat melecit kalau pakai heels, ditambah lagi tapak kasut heels tersebut tak selesa mostlynya.
Aku bab kasut memang particular, sebab aku taknak sakit-sakit badan. Faktor kita sakit-sakit badan bermula dari tapak kaki kita juga. So, umur masih muda sihat walafiat ni, jagalah diri dan kesihatan.
Nak jadikan cerita, ada orang sponsor aku kasut dari Lucca Vudor. Jenama kasut kulit terkenal dari Singapore. Sebelum aku decide nak ambil ke taknak aku usha dulu website nya, untuk melihat sendiri jenis kasut, feedback, size dia kena ke dengan kaki aku. Lama jugalah aku duk scroll official websitenya, at the end aku decide untuk mencuba design Felina dari brand Lucca Vendor.
Tunggu punya tunggu, akhirnya sampai juga dekat tangan. Cuba teka apa berlaku??? Kasut design Felina ini super comfy weyhh!! Aku pilih design ini senang nak sarung pergi kerja, sekali pandang macam sneakers, dia kasut flat, tapi dalaman dia mempunyai pelapik kaki yang tebal dan empuk, memang sedap bila disarung. Memang betullah orang kata brand Luca Vudor ini sangat mementingkan keselesaan kepada pengguna sekaligus menawarkan pelbagai corak rekaan kasut yang menarik.
Awal tu aku nak ambil heels, tapi takut aku tak pakai lama. Baik aku pilih kasut jenis flat, for sure aku lenjan sampai haus.
Keistimewaan Kasut Kulit yang Selesa dari Jenama Lucca Vudor
Merupakan satu-satunya pembuat kasut yang begitu terperinci dan teliti dan sekaligus menawarkan rekabentuk yang sempurna untuk keselesaan penggunaSetiap jenis kasut termasuklah sandal diperbuat menggunakan kulit kambing yang berkualiti tinggi (Lambskin Support Insoles)Kasut Lucaa Vudor direka khas untuk keselesaan para pemakai sambil mementingkan gaya yang evergreen.
Inilah pilihan kasut aku dari Lucca Vudor iaitu Felina 2022-1
Pelbagai Jenis Pilihan Kasut Cantik & Selesa dari Lucca Vudor
Biasalah perempuan, bila scroll terlalu lama website online shopping ini, dari 1 cart jadi berderet cart nya. Selain jenis kasut yang aku pilih ini, korang boleh juga consider patern lain juga seperti kasut jenis heels, sandals, pumps shoe, termasuklah slippers. Pendek cerita macam-macam jenis kasut ada dekat Lucca Vudor ini. Ada jenis kasut formal dan ada juga rekaan jenis kasut direka khas untuk acara casual. Korang boleh usha sendiri official websitenya
Setiap orang kaki berbeza-beza, ada yang besar, ada yang kecik. So, ada baiknya pilihlah sendiri. Jangan kira kena beli yang mahal baru sedap pakai, tapi pilihlah yang selesa dipakai untuk kegunaan harian kita. Apa guna beli mahal-mahal, kelak menyakitkan kaki. Petua orang dulu-dulu, kalau taknak kasut makan tuan, katanya waktu dah beli tu try gigit sikit kasut tu. Aku tak tahulah mujarab ke tidak. Cuba korang try dulu, jadi nanti bagitau aku semula.
Jenama Luca Vudor ini aku boleh consider lagi untuk pakai sebab dia ada provide pelapik dalam kasut yang sangat tebal dan selesa. aku rasa kaki aku tersarung atas tilam yang empuk weyhh. Tak rugilah aku grab 1 boleh pakai pergi kerja. Biasa aku pakai sport shoes je pergi kerja, ini kali kita pakai kasut dari brand Lucca Vudor pula
Setiap rekaan kasut Lucca Vudor ini direka khas dari buatan tangan sendiri dan ia diperbuat daripada kulit yang bermutu tinggi untuk keselesaan tambahan kepada si pemakai. Mostly rekaan kasut brand Lucca Vudor ini memang kena dengan selera aku, cantik dan banyak pilihan warna yang menarik
Kasut Kulit Felina 2022-1 Lucca Vudor Menjadi Pilihanku
Close up Felina 2022-1
Tambah aku suka, ada mark Lucca Vudor dipermukaan kasut kulit ini.
Kalau diteliti dekat-dekat, jahitan kasut kulit Felina ini sangat kemas, tak ada yang cacat pun. Jahitan luar dah kemas, apatah lagi dalamannya.
Tadaa!! Terimalah OOTD aku yang menggayakan kasut kulit dari Lucca Vudor. Sumpah weyh, kalau korang tanya aku kasut kulit brand apa best, aku syorkan korang consider brand ini. Sebab kaki aku sumpah selesa bila disarung. Pelapik kasut dia tebal betul dekat belah dalam. Aku jarang beli kasut online, sebab aku dah kena scam 2 kali. Bila sampai kecik dari size kaki aku. Teruslah aku sedekahkan pada orang lain
Masa aku decide nak kasut ini tawakal juga masa pilih saiz. Tup-tup bila sampai memang ngam dengan kaki aku. Hujung kasut ini pun tak terlalu muncung. Jadi memang sedaplah dipakai dan digayakan. Aku kalau dah selesa pakai kasut tu, aku akan lenjan sampai haus.
Aku ambil colour black pun sebab senang nak matching dengan semua baju. Karang ambil pink, 1 kerja nak cari baju pink, tudung pink. atas sampai bawah nak pink. Hitam ini semua baju boleh masuk. Make it simple sudah!
So, kalau korang nak tengok patern lain lagi boleh layari Official Website Lucca Vudor.
Penghantaran pun cepat pula tu! Next week pergi kerja bolehlah gayakan kasut kulit Lucca Vudor ini.
Kalau nak pilih sama design macam aku ini, boleh rujuk sini >> FELINA 2022-1
Don’t Choose Between Comfort or Beauty when You Can Have Both with Lucca Vudor
Jadi pilihlah kasut yang memberi keselesaan kepada kita
Thank you for reading guys
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.missazwarsyuhada.com/2022/05/kasut-kulit-jenama-lucca-vudor.html