Kastam Cadang Tambah 7 Dron Pantau Sempadan


 
Md Erwan berkata JKDM telah memulakan penggunaan dron sejak 2016 hingga ke hari ini.PELABUHAN KLANG: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bercadang menambah tujuh lagi dron untuk digunakan bagi meninjau kawasan sempadan negara untuk mengenal pasti jeti haram penyeludup.
Enggan mendedahkan butiran lanjut, Penolong Kanan Pengarah Kastam II Cawangan Penguatkuasaan Rantau Panjang JKDM Kelantan Md Erwan Sahran Isa berkata perkara itu sedang dalam perbincangan oleh pengurusan tertinggi JKDM.
Beliau berkata penambahan dron ini akan ditempatkan khususnya di sempadan seperti di Perlis, Kedah, Johor dan persempadanan darat di Sabah serta Sarawak.
“Dron berkenaaan akan memudahkan lagi tugasan dan pengawasan pihak berkuasa di kawasan persempadanan negara.
“Pegawai kastam menggunakannya sebagai ‘first target’ (bagi mengenal pasti sebarang kegiatan yang mencurigakan) sebelum pegawai atau anggota kastam mengambil tindakan apabila tiba di lokasi,” katanya kepada Bernama baru-baru ini di Pulau Ketam semasa Demonstrasi Penggunaan Dron Kastam.
Beliau berkata fungsi dron ini lebih kepada membuat tinjauan dan untuk mengenal pasti terlebih awal kes-kes yang sedang berlaku terutamanya di sempadan negara seperti di Kelantan.
“Kami gunakan dron untuk tinjauan terutama di Sungai Golok dan di persempadanan yang sedia ada bermula di Bukit Bunga hingga di Pengkalan Kubor, Kelantan.
“Selain itu, dron juga digunakan lebih kepada pembuktian (dengan cara gambar atau) video dirakam secara automatik dan kita akan menggunakan video dan imej itu sebagai satu daripada bukti di mahkamah (untuk pertuduhan bagi setiap jenayah yang dilakukan),” katanya.
Selain itu, beliau berkata dron yang dicadangkan itu mungkin memiliki ciri-ciri teknologi yang lebih baik dan canggih seperti dilengkapi dengan ‘night vision’ dan juga daya upaya zum yang lebih jauh.
Dalam pada itu, Md Erwan berkata JKDM telah memulakan penggunaan dron sejak 2016 hingga ke hari ini.
Beliau berkata JKDM memiliki lima unit dron iaitu dua di Kelantan manakala tiga lagi di Ibu Pejabat JKDM Putrajaya.
Mengulas mengenai dron milik JKDM sama ada ia mampu mengenal pasti sebarang kegiatan jenayah, Md Erwan berkata sebarang maklumat berkaitan atau mereka yang disyaki terlibat akan dibawa ke agensi penguatkuasaan lain untuk dikenakan tindakan selanjutnya.
“JKDM akan salurkan maklumat. Misalnya di Kelantan, kami akan berkongsikan maklumat dengan Polis Diraja Malaysia jika pihak JKDM mengesan sebarang kegiatan jenayah rentas sempadan atau pangkalan-pangkalan haram yang ada di Sungai Golok.
“…dan pangkalan ini pula, hari ini ia (pangkalan itu) ada dan kemudian ia tukar (berubah lokasi). Selalunya kerjasama diadakan bersama Pasukan Gerakan Am. Memang ada kerjasama,” katanya.
Jelasnya ketika ini, bukan hanya melalui dron sahaja, bahkan jika terdapat sebarang kegiatan yang mencurigakan melalui rondaan oleh pegawai dan anggota kastam, pihaknya akan berkongsikan maklumat tersebut dengan agensi keselamatan yang berkaitan. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/05/kastam-cadang-tambah-7-dron-pantau.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must+

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Koleksi Papan Tanda Sempadan Negeri Di Malaysia Rindu Signboard Ini Bila Pulang Kampung

Koleksi Papan Tanda Sempadan Negeri Di Malaysia Rindu Signboard Ini Bila Pulang Kampung

papar berkaitan - pada 7/5/2021 - jumlah : 1082 hits
Koleksi Gambar Sempadan Negeri Di Malaysia Hanya yang merasa sahaja mengerti dan tahu betapa Lega dan bangganya bila melihat Signboard Sempadan negeri ini Buat Mereka Yang Memandu Pulang Kampung ianya menjadi penanda yang mana setelah berja...
200 Petugas Maritim Pantau Perairan Johor Semasa Ramadan Aidilfitri

200 Petugas Maritim Pantau Perairan Johor Semasa Ramadan Aidilfitri

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 246 hits
200 PETUGAS MARITIM PANTAU PERAIRAN JOHOR SEMASA RAMADAN AIDILFITRI Oleh Abu Hanifah Muhamad KOTA TINGGI Seramai 200 anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Johor akan bertugas untuk mengawal perairan negeri ini sepanjang Ramadan dan...
Pantau Gejala Sakit Kepala Luar Biasa Dan Kes Lebam Selepas Menerima Vaksin Astrazeneca

Pantau Gejala Sakit Kepala Luar Biasa Dan Kes Lebam Selepas Menerima Vaksin Astrazeneca

papar berkaitan - pada 6/5/2021 - jumlah : 339 hits
PUTRAJAYA Sakit kepala luar biasa dan kesan lebam pada kulit antara gejala yang perlu diberi perhatian para penerima vaksin AstraZeneca dalam tempoh antara empat hari hingga empat minggu selepas menerima vaksin Covid 19 tersebut Menteri Kes...
Hampir 30 Lorong Tikus Di Sempadan Besut Kelantan

Hampir 30 Lorong Tikus Di Sempadan Besut Kelantan

papar berkaitan - pada 6/5/2021 - jumlah : 160 hits
Oleh ROSALINDA MD SAID Roslee ChikKUALA TERENGGANU Polis mengenal pasti sebanyak 28 lorong tikus di sempadan Besut Kelantan yang dipercayai digunakan penduduk untuk merentas negeri secara tidak sah Ketua Polis negeri Datuk Roslee Chik berka...
Polis Perketat Sjr 6 Sjr Di Sempadan Pulau Pinang Kedah Kekang Rentas Negeri

Polis Perketat Sjr 6 Sjr Di Sempadan Pulau Pinang Kedah Kekang Rentas Negeri

papar berkaitan - pada 3/5/2021 - jumlah : 373 hits
Polis menambah sekatan jalan raya bergerak di empat lokasi laluan tikus yang bersempadan dengan negeri Kedah bagi memastikan orang ramai tidak merentas negeri terutama ketika beberapa daerah di sana dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan ket...
Video Tak Dapat Balik Kampung Gadis Sebak Jumpa Ibu Bapa Di Sempadan Negeri

Video Tak Dapat Balik Kampung Gadis Sebak Jumpa Ibu Bapa Di Sempadan Negeri

papar berkaitan - pada 19/4/2021 - jumlah : 346 hits
Sehingga ke hari ini kebenaran merentas negeri masih tidak dibenarkan di seluruh negara kita Pastinya setiap warga Malaysia masih menanti pengumuman daripada pihak kerajaan bagi membenarkan merentas negeri untuk pulang ke kampung menjenguk ...
Portugal Buka Semula Sempadan Longgar Sekatan Covid 19

Portugal Buka Semula Sempadan Longgar Sekatan Covid 19

papar berkaitan - pada 2/5/2021 - jumlah : 134 hits
Portugal buka semula sempadan longgar sekatan Covid 19 Dikemas kini 5 jam yang lalu Diterbitkan pada 1 May 2021 11 45PM
Sla Kini Guna Dron Bagi Operasi Harian Pulau Sekijang Bendera Pulau Sekijang Pelepah

Sla Kini Guna Dron Bagi Operasi Harian Pulau Sekijang Bendera Pulau Sekijang Pelepah

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 257 hits
KONGSI ARTIKEL SINGAPURA Penguasa Tanah Singapura kini menggunakan dron untuk memeriksa dari jauh pulau pulau di kawasan selatan negara SLA adalah agensi awam pertama melancarkan dron bagi operasi harian di luar fasa ujian Langk
Kabupaten Bogor Tambah Satu Polsek

Kabupaten Bogor Tambah Satu Polsek

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 228 hits
Ia berharap ke depan 40 kecamatan se Kabupaten Bogor masing masing memiliki polsek Pasalnya kini masih ada beberapa Polsek yang memiliki wilayah hukum dua kecamatan
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Ramadan 2025 Malaysia

For Revenge Feat Wira Nagara Kala Luka Berpesta Chord

Resepi Nasi Goreng Kampung Simple Tapi Padu Confirm Jadi

Kemaskini Idme Maklumat Murid Pengurusan Awam

Speed Read A Sparkling Yamaha Xs650 Chopper And Three Harleys

Niat Baik Kembali Dipermudah Zaskia Adya Mecca Sukses Wujudkan Pembangunan Masjid Sementara Di Gaza