Kasihan Nusi













 Jika Nusi merasakan begitu teruk beliau di fitnah, beliau perlu beringat juga jangan memfitnah dan membuat tuduhan buruk pada orang lain. 


Omputeh kata ‘tit for tat’. 


* rugi betul saya belajar Civil Engineering. Sepatutnya saya jadi deep sea O&G welder bergaji RM100k sebulan. 


*************
Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa pemfitnah sedang bekerja keras menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) untuk mempengaruhi orang ramai bahawa dia kini hidup kaya raya hingga mampu membina rumah banglo di Sik seperti yang ditularkan menerusi media sosial.


Menerusi satu kenyataan yang disiarkan di portal Harakahdaily, hari ini, menteri besar Kedah itu berkata, banglo berkenaan adalah milik abangnya yang bekerja sebagai penyelam dasar laut.


"Mengapa jadikan dia mangsa seolah-olah rumah itu dibina dengan duit haram sedangkan dia telah lama bekerja keras mencari rezeki hasil titik peluhnya sendiri.


"Apa salah dia kepada kalian hingga tidak berkira kira langsung menyebar fitnah sedangkan kalin tidak kenal pun siapa pemilik rumah itu? Adakah salah juga dia ada pertalian darah dengan saya, dilahirkan sebagai abang saya.


"Adakah kerana dia abang saya, dia tidak boleh bina rumah besar walaupun dia ada duit dan mampu untuk bina rumah seperti itu?” soalnya.


Adun Jeneri itu berkata, rata-rata penduduk Sik tahu rumah itu rumah abangnya dan bukan rumahnya.


“Mudah sungguh kalian buat dosa-dosa berat pula – sedangkan antara kalian ada yang tidak pernah lalu malah tidak tahu pun rumah itu di mana.


”Orang Sik rata ratanya tahu rumah itu rumah Budin, bukan Sanusi.” katanya.


Hari ini tular di media sosial yang memaparkan foto sebuah banglo di Sik lengkap dengan imej 'Google Map' yang cuba digambarkan sebagai banglo mewah milik Muhammad Sanusi bernilai RM7.8 menggunakan nama abangnya.


Mengulas lanjut, menteri besar itu berkata, sebagai adik, dia tahu abangnya sudah lama bekerja keras untuk membahagiakan keluarganya dan menegaskan tiada satu sen wang miliknya digunakan untuk membina rumah itu.


Katanya, selama ini, abangnya terpaksa meninggalkan isteri dan anak-anaknya sehingga ada kalanya selama tiga atau empat bulan sebelum dapat kembali bertemu keluarga.


"Bukan sekali dua tetapi banyak kali ketika isterinya bertarung nyawa melahirkan anak, si suami pula sedang bertarung dengan yu dan jerung di dasar laut.


"Mereka suami isteri, termasuk anak telah banyak berkorban selama ini. 


Amat menyedihkan tatkala sampai masa untuk mereka mengecap sedikit kegembiraan dapat masuk rumah yang baru siap, ada pula orang yang dengki dan sakit hati hingga tergamak menjaja fitnah konon rumah itu bukan milik mereka.


"Apakah salah mereka kepada kalian? (pemfitnah)," solanya.


Dia berkata, sebagai seorang adik, dia tahu abangnya bukan sahaja seorang yang cekal tetapi sudah lama bekerja keras untuk membahagiakan keluarganya.


"Dia seorang yang berhati cekal, kuat kerja, berdisiplin dan mempunyai kesanggupan yang sangat tinggi untuk meningkatkan taraf hidup. Dia juga bijak menguruskan wang dan membeli harta. Saya sendiri kagum dengan pengorbanan dan kesanggupannya.


"Abang saya menguruskan hidup dengan disiplin dan kualiti yang tinggi, jauh meninggalkan macai-macai politik yang hati mereka sentiasa diselubungi dendam, marah dan benci.


"Mereka dengan mudah menyebar fitnah untuk mendapat sedikit habuan atau memuaskan dendam kesumat yang lama terpendam. Mereka seperti lalat penghurung tahi yang kotor lagi jijik.


"Bersiap sedialah kalian semua untuk menjawab di dunia dan akhirat atas dosa yang telah disebarkan," katanya.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/07/kasihan-nusi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Teran Bagai Nak Rak Tapi Najis Keluar Sikit Kasihan Anak Sembelit Doktor Kongsi Simptom Perlu Tahu

Teran Bagai Nak Rak Tapi Najis Keluar Sikit Kasihan Anak Sembelit Doktor Kongsi Simptom Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 11/7/2023 - jumlah : 235 hits
Tak sampai hati bila tengok anak menangis sebab sakit perut Bayi terutamanya tidak tahu bagaimana untuk memberitahu yang dirinya tak selesa melainkan dengan menangis Sebagai ibu ayah kita juga keliru untuk kenal pasti keadaan anak sama ada ...
Ayam Gunting Dan Enoki Goreng Crispy Pedas

Recommended By

Salam Maal Hijrah 1447h Untuk Tahun 2025

Ready To Rip A Sublime Yamaha Rd350 Street Tracker From Virginia

Cara Langgan Starlink Di Malaysia Panduan Lengkap 2025

From Panel To Screen Why Webtoons Are Hollywood S Next Blockbuster Pipeline

Seni Resin Art Keindahan Teknik Dan Kenapa Makin Ramai Jatuh Hati

Malaysian Couple Defy Norms Celebrate Love Despite Disability


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jyp Entertainment Dikecam Teruk Akibat Prestasi Carta Yang Mengecewakan

Masalah Akses Tercetus Kenapa Anda Tidak Dapat Mengakses Laman Ini

Tun M Keletihan Lepas Kayuh Basikal 9km Sempena Sambut Kelahiran Ke 100 Janganlah Bagi Dia Aktiviti Lasak

Ikut Campur Masalah Keluarga Punca Penyanyi Lagenda Serang Shila Amzah Suspek Tak Puas Hati

Atlet Tenis India Maut Ditembak Bapa Empat Kali Ketika Sediakan Sarapan

22 Years Fighting To The Top 3 Years To Lose The People