Kartunis Ujang Dakwa Jadi Mangsa Fitnah Ahli Parti Amanah Negara
KARTUNIS terkenal Ujang mendakwa menjadi mangsa fitnah seorang ahli Parti Amanah Negara (Amanah) yang dikatakan berdendam dengannya sejak tahun 2019.
Beliau berkata, penerbitan satu artikel di sebuah portal bertajuk “Panas!!! Kartunis Ujang jauhi politik setelah mendapat projek kerajaan?” merupakan serangan baharu terhadap dirinya.
“Serangan demi serangan,artikel demi artikel di buat untuk memburukkan reputasi saya. Hanya kepada Allah saya berserah semoga fitnah ini kembali kepada mereka.
“Provokasi ini dimulakan oleh seorang ahli parti PAN (Parti Amanah Negara) yang berdendam dengan saya sejak tahun 2019. (Kartun yang di bongkarkan semula tu pun adalah editorial kartun tahun 2019. I rest my case,” kata Ujang.
Artikel yang diterbitkan semalam itu melaporkan kartunis itu mulai menjauhkan dunia politik setelah ditawarkan projek menerbitkan majalah televisyen 12 siri berkaitan dunia memancing di Tasik Kenyir, Terengganu yang disiarkan di stesyen TV Alhijrah.
Portal tersebut turut mendakwa kononnya warganet mempersoalkan sama ada kartunis itu turut dibayar ketika membuat lakaran menteri agama PH dahulu dan mereka juga bertanya mengapa lakaran karikatur tersebut dipadamkan.
Menurut Ujang yang nama sebenarnya Ibrahim Anon, beliau sememangnya menjadi pengacara dalam program berkenaan.
Bagaimanapun program tersebut bukan miliknya tetapi diterbitkan oleh syarikat Adi Karya Sdn. Bhd.
“Saya dah tak lukis kartun politik hampir dua tahun. Sila scroll fb saya dan lihat sendiri
“Projek untuk TV Hijrah itu bukan saya yang dapat kompeni Adi Karya Sdn. Bhd yang dapat dan cumo offer saya jadi pengacata lantaran pengalaman saya lebih 20 tahun di Tasik kenyir bersesuaian dengan kehendak program yang mereka telah rancangkan. (Sila check company Adi Karya tu siapa punya ),” katanya.
Ujang berkata, tawaran sebagai pengacara program tersebut diterimanya dua bulan lalu dan pengambaran telah pun selesai bulan lepas.
Sementara itu portal tersebut turut melaporkan, antara yang pernah menjadi lakaran Ujang termasuk Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa yang ketika itu menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama.
“Ianya dipercayai berpunca akibat termakan dengan dakyah politik kebencian yang dicetuskan dua parti melayu terbesar tanahair Pas dan UMNO.
“Keberaniannya menaikkan lakaran karikatur Dr Zakir Naik sedang mengajar menteri agama itu mengucap dua kalimah syahadah, susulan isu kontroversi melibatkan pertembungan Dr Zakir Naik dengan masyarakat non muslim negara ketika itu mendapat pujian ramai,” lapor portal berkenaan.-SM
The post Kartunis Ujang Dakwa Jadi Mangsa Fitnah Ahli Parti Amanah Negara (PAN) appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2021/02/17/kartunis-ujang-dakwa-jadi-mangsa-fitnah-ahli-parti-amanah-negara-pan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kartunis-ujang-dakwa-jadi-mangsa-fitnah-ahli-parti