Dedah Dalang Kartel Daging


FMT ReportersBaru-baru ini media mendedahkan wujudnya kartel yang dilindungi pihak tertentu menjalankan aktiviti menyeludup daging haram selama lebih 40 tahun. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Pemuda Amanah mendesak kerajaan Muhyiddin Yassin mendedahkan dalang kartel daging yang diragui status halalnya.
Ketuanya Shazni Munir Ithnin berkata, kerajaan perlu telus dalam mendedahkan syarikat yang terlibat dan serta-merta menghentikan operasi syarikat berkenaan.
“Muhyiddin tidak wajar mengambil sikap sambil lewa terhadap kepentingan masyarakat Islam di negara ini yang berasa gusar dan hairan bagaimana kartel ini boleh dibiarkan beroperasi sejak sekian lama.
“Malangnya, sehingga hari ini kerajaan gagal mendedahkan kartel yang terlibat dan lambat bertindak untuk menghalang syarikat ini daripada terus memasarkan daging diragui status halalnya,” katanya dalam kenyataan.
Baru-baru ini media mendedahkan wujudnya kartel dilindungi pihak tertentu menjalankan aktiviti menyeludup daging haram selama lebih 40 tahun.
Daging diragui status halal itu diimport dari negara tidak mencapai standard ditetapkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), kemudian mencampurkan daging halal dengan daging haram dan dipasarkan kepada orang ramai.
Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, Timbalan Pengerusi PKR Johor Jimmy Puah Wee Tse mendesak agensi berwajib termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta majlis agama Islam mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat.
Beliau yang juga ADUN Bukit Batu berkata, kerajaan perlu memberi jaminan kepada rakyat supaya isu seperti itu tidak lagi berulang pada masa akan datang.
“Dalam bab ini, walaupun saya bukan Muslim, atas semangat rakyat Malaysia, saya bersolidariti untuk kawan-kawan Muslim saya dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan sendiket kartel daging ini,” katanya.
Beliau berkata, satu lagi masalah dalam isu itu adalah rasuah yang dilihat semakin membarah.
“Dilaporkan habuan seperti wang dan seks ditawarkan oleh sendiket daging untuk memastikan aktiviti haram mereka dapat dijalankan dengan bebas.
“Sebab itu, saya merasakan apa dilakukan oleh sendiket kartel daging import dan pegawai kerajaan yang terlibat adalah sangat berat kesalahannya, tidak bertanggungjawab dan mencemarkan nama baik industri halal negara,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/12/dedah-dalang-kartel-daging.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kartel Daging Buru Dalang Hingga Ke Lubang Cacing Jangan Biar Terlepas

Kartel Daging Buru Dalang Hingga Ke Lubang Cacing Jangan Biar Terlepas

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 293 hits
Semua agensi diminta proaktif agar perkara sama tak berulang BANGI Persatuan Pengguna Islam Malaysia mendesak dalang sindiket kartel daging import yang menggunakan sijil halal palsu segera dibawa ke muka pengadilan PPIM dalam satu kenyataan...
Ngo Gesa Pdrm Siasat Pemimpin Politik Jadi Dalang Kartel Daging

Ngo Gesa Pdrm Siasat Pemimpin Politik Jadi Dalang Kartel Daging

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 275 hits
Presiden Jaringan Melayu Malaysia Hamdan Mohd Salleh bercakap kepada media selepas membuat laporan polis mengenai pembabitan parti politik bersama kartel daging sejuk beku untuk menjatuhkan NFC di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi Kuala L...
Dedah Segera Kartel Daging Haram Elak Rakyat Terus Beli Dpmmnj

Dedah Segera Kartel Daging Haram Elak Rakyat Terus Beli Dpmmnj

papar berkaitan - pada 27/12/2020 - jumlah : 321 hits
Pemangku Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Johor Muhammed Farhan Basheer KUALA LUMPUR Jenama daging yang terbabit dengan kartel penipuan label halal perlu didedahkan segera bagi mengelak umat Islam di Malaysia terus memb...
Kartel Daging Haram Dedah Jenama Supaya Umat Islam Tak Salah Beli

Kartel Daging Haram Dedah Jenama Supaya Umat Islam Tak Salah Beli

papar berkaitan - pada 25/12/2020 - jumlah : 320 hits
Berhenti beli produk jenama diragui mula sokong gerakan BMF BANGI Pihak berkuasa diminta mendedahkan jenama produk daging import dari negara sumber tidak sah termasuk diragui status halal dan kualitinya yang dijual di pasaran tempatan Saran...
Tubuh Pasukan Khas Jejaki Dalang Kartel Daging Import Asyraf Wajdi

Tubuh Pasukan Khas Jejaki Dalang Kartel Daging Import Asyraf Wajdi

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 294 hits
Astro AwaniAsyraf Wajdi berkata enam cadangan itu wajar diambil tindakan segera oleh kerajaan bagi memastikan keyakinan terhadap logo Halal Malaysia tidak terjejas ASTRO AWANI SHAHIR OMAR KUALA LUMPUR Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi...
Kartel Daging Rangkaian Luas Didalangi Sindiket Dalam Luar Negara

Kartel Daging Rangkaian Luas Didalangi Sindiket Dalam Luar Negara

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 255 hits
Huzir Mohamed KUALA LUMPUR Polis menerima 13 laporan polis daripada orang awam berhubung isu kartel daging import yang menggunakan logo halal palsu Laporan polis itu diterima daripada orang awam yang melahirkan kegusaran setelah membaca lap...
Kartel Daging Haram Berleluasa Kerana Penguatkuasaan Rapuh Tok Him

Kartel Daging Haram Berleluasa Kerana Penguatkuasaan Rapuh Tok Him

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 238 hits
Dr Ibrahim Ali KUALA LUMPUR Isu kartel daging haram bukan perkara baharu dan ianya ibarat setitik air dalam lautan kata Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia Datuk Paduka Dr Ibrahim Ali Katanya sebelum ini sudah banyak pendedahan menge...
Rentasan 793 Kartel Dalangi Kemasukan Daging Tak Halal Babitkan Empa

Rentasan 793 Kartel Dalangi Kemasukan Daging Tak Halal Babitkan Empa

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 255 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 7931 PAKATAN HARAPAN JANGAN DITANGISI SUSU YANG TUMPAH 2 WANITA AMANAH CUMA MAHU 30 PERATUS 3 PENANAM PADI HILANG 30 HASIL MENTERI BUAT APA 4 SEMBELIH KAMBING HITAM TIDAK JAWAB KES DAGING LEMBU HARAM
Influencer Sounds Alarm After Paedophile Fb Group Uses Her School Pics

Wan Fayhsal Defends Pas Over Hate Speech Claim Blames Dap Instead

Mbi Debacle Why Did It Take So Long

Saya Tercampak Keluar Mayat Menimpa Saya Mangsa

Hiburan Penyanyi Lagu Basstamam Dedah Kini Bergelar Duda Setelah Setahun Bernikah

Lokomotif Pertama Beroperasi Di Tanah Melayu

Nasi Tomato Ayam Masak Merah Ketupat Rendang

Investor Partnering Benefits Risks


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hells Bells The Mysterious Bell Shaped Speleothems In Cenotes

Rahma Rahmi Rindu Tanpa Jeda Chord

Hisense Leads 2025 In Miniled And Laser Tvs

Ringgit Rebounds As Us Dollar Weakens Despite Progress In Trade Talks

Let Law Run Its Course Says Ean Yong After Teoh S Sister Calls Him Out

Trash Trouble In Sabah Waste Pests And Health Risks Plague Tourist Hotspots