Kartel Daging Isu Yang Disenyapkan Dan Dipandang Sepi


 





Dedah segera dalang kartel daging, jangan biar rakyat berteka teki

Dalang sebenar isu kartel daging perlu didedahkan dengan segera kerana ia melibatkan kepentingan awam terutama umat Islam demikian menurut peguam Syahredzan Johan.

Beliau berkata, setakat ini hanya berlaku pendakwaan terhadap syarikat yang dikatakan terlibat dan beberapa siasatan dijalankan namun dalang sebenar masih belum didedahkan kepada umum.

“Kerajaan perlu segera mendedahkan dalang di sebalik kartel tersebut kerana ia melibatkan kepentingan awam terutamanya umat Islam di negara ini.

“Kita sambut baik semua perkara ini, tetapi dalang kartel daging ini masih belum didedahkan kepada umum,” katanya dipetik Roketkini.

Ekoran itu, katanya orang ramai terpaksa berteka-teki tentang daging import mana yang terlibat sehinggakan ada yang mengambil inisiatif sendiri dengan membuat ‘siasatan’ melalui media sosial.

“Perkara seperti ini tidak sihat, kerana ada kemungkinan bahawa syarikat yang tidak terlibat pun terpalit sama,” katanya.

2 Disember lalu, Sinar Harian melaporkan serbuan pihak berkuasa di sebuah gudang di Senai, Johor yang menjadi lokasi modus operandi kartel daging selama bertahun-tahun.

Difahamkan daging beku itu diseludup dari dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina sebelum membungkus semula daging berkenaan menggunakan logo halal.

Sejumlah 1,500 tan daging sejuk beku bernilai RM30 juta telah disita dalam operasi yang diketuai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) itu.

Berikutan itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor pada 21 Disember lalu telah membuka satu kertas siasatan berhubung isu penyeludupan daging import atau kartel daging import.

Senator, Liew Chin Tong sebelum ini menegaskan isu kartel daging boleh menjejaskan reputasi negara sekiranya tidak disiasat sepenuhnya.

Beliau turut menyokong sepenuhnya cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu tersebut.

Mengulas lanjut, Syahredzan yang juga Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Iskandar Puteri berkata kerajaan perlu segera memaklumkan langkah yang akan diambil bagi memastikan isu kartel daging tidak berulang.

“Jelas bahawa terdapat kepincangan dalam proses ini yang membolehkan ia dieksploitasi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Suatu semakan semula yang menyeluruh dan ‘overhaul’ harus dijalankan untuk menjamin perkara ini tidak berlaku lagi,” katanya.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2021/01/kartel-daging-isu-yang-disenyapkan-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Di Sebalik Isu Kartel Daging

Di Sebalik Isu Kartel Daging

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 295 hits
DI SEBALIK ISU KARTEL DAGINGzamzuri ardaniPermit import daging nie business besar Mustahil tak melibatkan kepentingan politik kerana kelulusan AP mestilah dari menteri Kartel daging nie mestilah orang politik yang jaga Akhirnya mereka lebih...
5241 Ppim Mahu Akta Halal Digubal Susulan Isu Kartel Daging Kini Tv 31 12 2020

5241 Ppim Mahu Akta Halal Digubal Susulan Isu Kartel Daging Kini Tv 31 12 2020

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 409 hits
Kerajaan perlu melihat semula rancangan menggubal Akta Halal susulan pendedahan isu kartel daging haram baru baru ini Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Nadzim Johan dalam satu sidang media hari iniS...
5219 Aktiviti Wawancara Bicara Harakah Isu Kartel Daging Haram Ppim 31 12 2020

5219 Aktiviti Wawancara Bicara Harakah Isu Kartel Daging Haram Ppim 31 12 2020

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 341 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi sebagai ahli panel dalam wawancara Bicara Harakah yang disiarkan secara langsung di Facebook Harakah Daily semalam Wawancara bertajuk Kartel Daging Haram Di Mana Silapnya
5223 Kartel Daging Ajak Bincang Isu Ppim Enggan Layan Harian Metro 31 12 2020

5223 Kartel Daging Ajak Bincang Isu Ppim Enggan Layan Harian Metro 31 12 2020

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 316 hits
Kuala Lumpur Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan mendedahkan rangkaian kartel daging ada menghubungi pihaknya untuk berbincang mengenai isu berkenaan Ia dipercayai ada kaitan dengan isu terbabit yang semakin p...
Isu Kartel Daging Kecelakaan Kesialan Yang Tak Wajar Dimaafkan

Isu Kartel Daging Kecelakaan Kesialan Yang Tak Wajar Dimaafkan

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 424 hits
Faiz ZainudinSHAH ALAM Syarikat dan individu yang menjadi dalang kartel menyeludup daging import selama lebih 40 tahun dari negara sumber tidak sah diragui status halal serta kualitinya tidak boleh dimaafkan Justeru Presiden PKR Anwar Ibrah...
5251 Ikan Murah Boleh Jadi Penyelesaian Isu Kartel Daging Haram Ppim Malaysia Gazette 02 01 2021

5251 Ikan Murah Boleh Jadi Penyelesaian Isu Kartel Daging Haram Ppim Malaysia Gazette 02 01 2021

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 531 hits
SUNGAI BULOH Persatuan Pengguna Islam Malaysia tidak menolak kemungkinan masalah kartel daging haram boleh diatasi dengan memastikan harga ikan di pasaran pada harga mampu milik Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata ketika umat Isla...
Isu Kartel Daging

Isu Kartel Daging

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 307 hits
Semua daging yang dihantar untuk diimport mesti guna reefer container pada suhu 50 macam dalam pic ni Maksudnya bila container seperti ini dengan suhu yang dinyatakan masuk kat port automatik isi containernya mesti daging Katakan penghantar...
5224 Isu Kartel Kembalikan Keyakinan Umat Islam Melalui Rci Nadzim Malaysia Gazette 31 12 2020

5224 Isu Kartel Kembalikan Keyakinan Umat Islam Melalui Rci Nadzim Malaysia Gazette 31 12 2020

papar berkaitan - pada 31/12/2020 - jumlah : 385 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia menyambut baik penubuhan badan Suruhanjaya Siasatan DiRaja atau Jawatankuasa Perundangan dan Penguatkuasaan Halal bagi merungkai masalah kartel penyeludupan daging import haram di negara ini Ke...
Hishammuddin S Suspension Not Discussed At Supreme Council Meeting Says Zahid

Cream O Strawberry Is The Berry Snack You Need Rn

222 Pelajar Ipt Positif Hiv Tahun Lalu Paling Ramai Berusia 18 19 Tahun

Siri Oppo Reno14 Rasmi Mediatek Dimensity 8450 Bateri 6 200mah Harga Dari Rm1 399

Totiq Dan Kanvas Bdq Tadabbur Yang Mengubah Cara Saya Melihat Al Quran

New Electricity Tariff Rates Will Malaysians Continue To Be Burdened

Lori Mini Terbalik Menyebabkan Ikan Keli Berterabur Tengah Jalan

Jpj Lanjutkan Tempoh Bayaran Saman Kadar Rata Rm150


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pok Joe Tomyam Ikan Bakar

The Citilite Hotel

Sambal Tumis Udang Dan Bab Perkahwinan

Rentak Dua Hati

Atasi Masalah Lalat Di Dapur Guna Air Rendaman Kulit Pisang

Monolog