Karpal Singh Pernah Kena Tampar Dengan Kiai Arshad


SUARA MERDEKA

SELEPAS terbaca berita Ramkarpal Singh kesal bekerjasama dengan Tun Dr. Mahathir, Belang diberitahu rakan bahawa ada kisah yang lebih tragis iaitu Karpal Singh ditampar oleh seorang bomoh Melayu.
Hasil carian di internet mendapati kejadian itu berlaku pada akhir 80-an dan menurut laporan keratan akhbar yang tiada tarikh pemimpin DAP itu telah menyaman Kiai Arshad kerana kejadian itu.
Dikatakan Karpal ditampar kerana kenyataannya yang menyinggung perasaan orang Melayu.

Bomoh berkenaan Allahyarham Arshad Mat Gamat yang tinggal di Selayang. Berasal dari Teluk Bakong, Lambor Kanan, Parit, Perak.
Disebabkan tidak mahu membayar denda beliau telah dipenjara dan menurut sebuah blog melaporkan Datuk Ujang Bagong telah membayar denda tersebut.
Mungkin mereka yang mempunyai maklumat atau telah menjadi wartawan ketika itu dapat bercerita dengan lebih lengkap kejadian tersebut.
Apa yang Belang mahu ceritakan sebenarnya bagaimana orang Melayu dahulu menolak para pemimpin DAP kerana sikap mereka yang terlalu anti-Melayu.
Jadi apabila terdapat cerita UMNO akan bekerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Presiden PKR dan Ketua Pembangkang yang di dalamnya terdapat DAP bagi membentuk kerajaan baharu, ia sangat aneh.
Dan mungkin juga orang Melayu sudah lupa bagaimana selama ini mereka berjuang menolak kepimpinan parti yang cenderung menindas dan menafikan hak orang Melayu.
Belang yakin akar umbi UMNO masih lagi tidak dapat menerima sebarang bentuk kerjasama dengan DAP walaupun parti yang didominasi orang Cina itu cuba menonjolkan diri sebagai parti yang memperjuangkan rakyat negara ini keseluruhannya.
Justeru apa yang dikatakan oleh Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bahawa beliau tidak dapat menghalang jika terdapat pemimpin UMNO yang mahu menyokong Anwar bukan bermakna beliau menyokong kerjasama dengan DAP.
Tetapi lebih kepada realiti kerana ramai pemimpin UMNO yang melompat parti dan termasuklah Dr. Mahathir keluar masuk parti beberapa kali dengan pelbagai alasan.
Ahmad Zahid cuma menunjukkan sedikit ketegasan beliau dalam mendepani politik bersama Bersatu yang juga serpihan UMNO yang mahu menjadi abang besar, walaupun parti itu mempunyai jumlah kerusi yang lebih kecil.
Hanya kerana perdana menteri dan menteri dalam negeri dalam kalangan parti mereka, Bersatu berterusan menekan para pemimpin UMNO dengan pelbagai cara.
Termasuk dengan cara terang-terangan apabila meletakkan calon Bebas menentang calon UMNO ketika pilihan raya negeri Sabah tempoh hari.
Kini Bersatu cuba memancing pemimpin UMNO di Perak bagi mengukuhkan kedudukan mereka.
Bersatu politiknya tiada seni langsung, semua mahu disondol, berbanding DAP kini lebih cerdik dan diterajui oleh orang muda yang menggunakan pendekatan diplomasi dan strategik.
DAP sebenarnya telah berjaya melumpuhkan MCA dengan itu parti berkenaan telah berjaya menjadi parti dengan jumlah terbesar kerusi di negara ini kerana mendapat sokongan padu kaum Cina.
Dalam masa terdekat ini kaum Cina tidak akan kembali kepada MCA yang dilihat gagal memperjuangkan kehendak kaum sendiri.
Jadi jika UMNO tidak mahu bekerjasama dengan DAP, mereka perlu memperbaiki hubungan dengan Bersatu dan Pas, pada masa saya memberi ruang MCA serta MIC memperbaiki diri supaya mengembalikan sokongan kaum masing-masing.
Namun demikian UMNO tidak boleh memandang enteng dengan parti baharu seperti Muda kerana ke hadapan anak muda tidak lagi terikat dengan nostalgia dan fahaman politik perkauman serta sempit.
Mereka memilih pemimpin yang mampu memenuhi citarasa mereka dan ini memang sukar dilaksanakan oleh UMNO.
Pertengahan tahun hadapan akan ada pemilihan UMNO, ketika itu kita akan dapat lihat apakah bentuk baharu UMNO yang telah hilang kuasa dan kembali berkuasa, tetapi terpaksa tidur bersama gunting dalam lipatan dan musuh di dalam selimut.
Mimpi mereka tidak pernah sama, bertikam dari belakang sudah menjadi perkara normal yang baharu. – BELANG BERTEMPAT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/10/karpal-singh-pernah-kena-tampar-dengan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Koleksi Resipi Tidak Pernah Jemu Belajar Membeli Dan Mengumpul

Koleksi Resipi Tidak Pernah Jemu Belajar Membeli Dan Mengumpul

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 324 hits
assalamualaikum salam sejahtera perempuan dan masak memang secara semulajadi tidak boleh dipisahkan tinggi mana pun taraf pendidikan tinggi mana pun kedudukan banyak mana pun duit tetap bila di rumah kena masuk dapur tak setiap hari at leas...
Pernah Terima Jam Tangan Dari Shuib Naim Daniel Enggan Beri Komen

Pernah Terima Jam Tangan Dari Shuib Naim Daniel Enggan Beri Komen

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 661 hits
Siapa jer tak kenal pelakon dan penyanyi popular dengan lagu Adakah Engkau Menungguku Naim Daniel Baru baru ini pihak Astro Gempak telah menghubungi Naim Rupa rupanya ada cerita berkaitan dengan pelawak dan penyampai radio Shuib Sepahtu yan...
Wartawan Mengeluh Muhyiddin Tak Pernah Adakan Sidang Media

Wartawan Mengeluh Muhyiddin Tak Pernah Adakan Sidang Media

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 315 hits
Wartawan komplen Muhyiddin penakut Menurut kawan kawan dalam media sejak Abah jadi Perdana Menteri pada bulan Februari tahun ini dia tak pernah adakan sidang media terbuka Maksudnya dia tak pernah terima soalan daripada wartawan Dah tujuh b...
5 Jawaban Atas Pertanyaan Kenapa Makeup Ku Nggak Pernah Bisa Sebagus Mereka

5 Jawaban Atas Pertanyaan Kenapa Makeup Ku Nggak Pernah Bisa Sebagus Mereka

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 258 hits
Padahal mungkin harga bedakmu lebih mahal dari temanmu tapi kenapa hasilnya bisa beda
Jejak Digital Ngabalin Pernah Singgung Jokowi Kerempeng Korup Dan Otoriter Lihat Videonya

Jejak Digital Ngabalin Pernah Singgung Jokowi Kerempeng Korup Dan Otoriter Lihat Videonya

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 288 hits
Ali Mochtar Ngabalin kini dipercaya menjadi tenaga ahli utama Kepala Staf Presiden Ngabalin mengatakan ia bertugas di bawah Deputi IV KSP yang membidangi Komunikasi Politik dan Diseminasi Informasi Tugasnya adalah mengkomunikasikan berbagai...
Dugaan Pagi Khamis

Insentif Mahasiswa Johor Sesi 1 2025

A Noble Idea But Can A Non Islamic Religious Affairs Advisory Board Strengthen National Unity

Sambal Bendi Goreng

Utp Breaks Into Top 50 In Asia University Rankings

Akademik Etiqa

Photoshoot Raya 2025 Di Rizq Production

Kaedah Penanaman Durian Yang Betul


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Arti Ar Raqib Dan Cara Mengamalkan Asmaul Husna Ini

Salam Aidil Fitri Kami Team Raya Kl Kurangkan Jem Kat Lebuhraya

Berebut Kawasan Peminta Sedekah Maut Ditikam

Lepasan Spm Saya Syorkan Jadi Akauntan Bertauliah Macam Saya

Petua Hilangkan Lenguh Sakit Badan Dan Rasa Kebas Kebas

Kedah Akan Terus Tuntut Pulau Pinang Mengikut Perlembagaan Dan Lunas Undang Undang