Karnival Minggu Keusahawanan Pks 2019 Di Teluk Cempedak Kuantan Pahang Pada 26 28 Julai
hai assalammualaikum
Karnival Minggu Keusahawanan & PKS 2019 Di Teluk Cempedak Kuantan Pahang - Sekarang nad tengok ramai dah Perusahaan Kecil dan Sederhana di Malaysia ni. Kebanyakan orang kita memang suka buka bisnes secara kecil-kecilan. Kadang dengan berniaga ni, dapat puas kan hati diri sendiri dan orang lain. Kebanyakan orang kita ni memang kreatif, ada sahaja nak dijualnya, tak kira la dari segi makanan, minuman, kecantikan, kesihatan ataupun kraftangan. Tapi kadang, bila dah berniaga tak tau macam mana nak pasarkan produk mereka, atau yang nak berniaga tapi tak tau macam mana cara yang betul.
Karnival Minggu Keusahawanan & PKS 2019 Di Teluk Cempedak Kuantan PahangHah!!, ni nad nak kongsi dengan korang, bagi orang Pahang yang ada perniagaan atau ingin menjadi usahawan, korang boleh datang ke Karnival Minggu Keusahawanan & PKS Di Kuantan. Karnival ini akan berlangsung pada 26-28 Julai 2019 bertempat di Teluk Cempedak. Tak rugi kalau korang datang sini. Banyak ilmu yang korang akan dapat. Karnival Minggu Keusahawanan & PKS ni dah ada dijalankan di Sarawak dan Kedah. Kali ni khas untuk orang Pahang pulak.
Antara objektif utama Minggu Keusahawanan & PKS ni ialah untuk :
● Mengiktiraf PKS sebagai tulang belakang ekonomi negara
● Membudayakan keusahawanan
● Sebagai platform untuk menyebarkan maklumat
● Meningkatkan kesedaran mengenai produk dan perkhidmatan PKS
Karnival yang berlangsung ini memberi peluang kepada pengunjung untuk mendapatkan produk Keusahawanan PKS, menyertai aktiviti yang dijalankan dan mendapatkan informasi daripada sesi taklimat daripada agensi kerajaan dan ushawan yang terlibat. Paling best ada sharing session bersama usahawan berjaya. Masa ni la korang boleh korek rahsia mereka berjaya dan bagaimana mereka memasarkan produk mereka sehingga dikenali. Masa ni pun korang boleh beramah mesra dengan usahawan di situ dan mana tau, boleh bekerjasama sekali..Hah!!, pandai bercakap, banyaklah korang akan dapat.
Banyak lagi aktiviti yang dijalankan semasa karnival ini. Tak nak nampak bosan, ada je aktiviti jualan, zumba, mewarna untuk anak-anak dan memasak. Sesuai untuk semua peringkat usia datang ke sini.
Baru-baru ni, program Business Matching telah berlangsung. Tengok ramai betul yang hadir. Bersungguh mereka datang sebab nak jadi usahawan yang berjaya..
Aktiviti seperti ni memang bagus bagi mereka untuk belajar bagaimana cara mempromosikan barangan dan memberi peluang perniagaan untuk mereka yang berminat menjadi usahawan. Masa ni la korang kene pergi..Pergi sini pun percuma je..tak perlu bayar apa-apa..
Pengusaha perlu mempunyai motivasi yang kuat dan berani dalam melakukan perubahan sekiranya ingin berjaya dalam bidang perniagaan. Pengusaha harus beranikan diri melangkah keluar dari kedudukan sekarang agar dapat meningkatkan lagi ekonomi serta perniagaan yang sedang diusahakan. Korang harus bijak menggunakan peluang yang telah disediakan oleh pihak kerajaan serta pandai membuat keputusan dalam membangunkan perniagaan yang korang dah bangunkan.
Nad suka ke tempat macam ni, sebab nad sendiri sebenarnya minat berniaga. Dulu pun nad belajar dalam bidang keusahawanan. Pernah menjual, pernah buat macam-macam di universiti. Memang bukan senang ye, sebab tu kena ada ilmu dan orang yang bimbing kita untuk berniaga ni. Jadi, untuk orang Pahang, korang save date tu, dan jangan lupa pergi ya...tak rugi pun..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.miszrockers.com/2019/07/karnival-minggu-keusahawanan-pks-2019.html