Minggu Keusahawanan Dan Pks 2019 Di Negeri Kedah Jom
Jom berniaga. Sekarang ni ramai surirumah malah ramai juga di kalangan pekerja awam dan swasta yang menjalankan perniagaan. Mereka telah beralih kepada keusahawanan. Begitu juga UN, Un jatuh hati dan meminati bidang keusahawan secara serius sejak tahun 2013. Ya, walaupun pada zaan belajar belajar tentang usahawan dan buat kira-kira akaun, tapi masih tak faham tentang apa erti keusahawanan. Malukan! Dulu kalau sebut Minggu Keusahawan dan PKS, seriously cakap UN sendiri tak pandang! Adoi ruginya saat itu berlalu begitu sahaja sebab tak ada kesedaran! Tahun 2013, pertama kali UN pergi kelas keusahawan adalah di Kedah. Masa tu baru sahaja melahirkan Angah. Bulan Mac 2013! Ya, masa tu kelas fb ads, niat nak kaya! Nait tak betul masa tu, jadi buat apa pun salah. Sekali lagi UN kecundang! Ya, bukan mudah nak jadi usahawan. Jadi, bagi followers UN yang memang minat berniaga dan minat nak menjual wajib hadir ke Minggu Keusahawanan Dan PKS 2019 Negeri Kedah yang bakal diadakan pada 24 – 28 Julai 2019. Kita belajar daripada bawah, malah kalau nak jadi usahawan yang benar-benar Berjaya, kena pastikan mentor kita juga adalah orang yang betul kita pilih. Minggu Keusahawanan Dan PKS 2019 Negeri Kedah Pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi, PKS akan terus membentuk masa depan negara. Menyedari usaha dan sumbangan mereka ke arah pembangunan ekonomi dan kemajuan, Minggu Keusahawanan PKS 2019 yang diadakan di seluruh negara untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan kesedaran dan pameran dari pelbagai industri. Minggu Keusahawanan PKS 2019 akan menjalin semangat keusahawanan, manakala membenarkan penemuan peluang pelaburan yang berpotensi yang akan membolehkan perniagaan untuk melonjak ke tahap yang lebih tinggi. Begini, ya menjadi usahawan berjaya adalah impian ramai orang. Kerana ada disebutkan bahawa 9/10 rezeki adalah punca daripada perniagaan. Jadi menjadi usahawan memang boleh beri kita kaya. Menjadi usahawan yang balance akhirat dan duniawi Cuma menjadi usahawan yang kaya serta beriman itu yang payah. Kena balance antara duniawi dan akhirat. Sebagai usahawan kita kena ada keduanya, supaya rezeki datang bersama keberkatan. Bagi UN jika kat utara, antara usahawan yang Berjaya yang menjadi inspirasi UN adalah : Kak Ony Nurhusni Puan Felinna Fattah Apa yang ada di Minggu Keusahawanan Dan PKS 2019 Daripada pembacaan UN, pelbagai aktiviti bakal diadakan pada minggu keusahawanan yang bakal diadakan ini. Antara program yang disusun atur adalah : Promosi dan Peluang Perniagaan – kat sini kita usahawan baru , atau yang berminat nak menceburi bidang keusahawanan boleh singgah ke booth –booth yang diadakan. Kat sini kita boleh jumpa usahawan yang telah menceburi bidang keusahawanan. Malah babgi mereka yang te;ah menceburi bidang ini, ini adalah salah satu peluang untuk “business matching”. Mungkin daripada demo produk yang diadakan boleh menbuka ruang kerjasama antara usahawan. Pembudayaan Keusahawanan – Salah satu program lain yang diadakan adalah program belia Bazaar. Yer, kat sini kita boleh tengok adik-adik remaja yang menjual. Mereka diberi peluang untuk merasai pengalaman menjadi enterprenuer. Perkongsian Maklumat – Jika ke event seperti ini, UN suka sangat untuk ambil info kat booth yang diadakan. Malah , inilah saat paling berharga untuk kita sertai seminar/pocket talk dan bengkel yang diadakan. Kalau ada sessi pertanyaan ketika seminar, inilah peluang keemassan untuk uraikan apa yang tersirat dalam kepala tentang usahawan. Peluang untuk kita jumpa artis. Opss, ini juga peluang untuk kita jumpa artis yang mana sekarang giat berniaga. Ya Allah, sungguh terinspirasi dengan artis sekarang yang bijak berniaga. Mereka bijak menggunakan peluang yang ada. Ya, oleh kerana mereka ada followers tegar, jadi seronok sangat tengok ramai yang membeli produk mereka. Mereka bijak mengatur urus laman sosial mereka untuk mempromosikan diri sebagai artis dan pada masa yang sama promosikan produk yang mereka sendiri keluarkan. Bijak dan sangat bijak. Kalau UN dapat peluang kan.. UN nak jumpaaa… ehmm… siapa..cer teka artis dan usahawan Berjaya idola UN.. cer teka..cer teka… eh… biarlah rahsiaa. Hehehe Okay.. jom kita ramai-ramai kesana. Meriahkan aktiviti yang dirancang : Sales Carnival Exhibition Booth Business Matching Business Seminar Sharing Session Celebrity Talk Food Truck Training Programme Product Demo Jumlah usahawan yang disasarkan bagi Minggu Keusahawanan Dan PKS 2019 Negeri Kedah adalah 5000 usahawan, bagi jumlah booth : 144 booth + food truck (15). Jom kita menjdi antara 50 ribu pengunjung yang bakal ke sana. Nota : (Penganjur sedang dalam proses menambah bilangan booth pameran kerana terdapat permintaan yang tinggi. Pejabat SME Corp. Kedah akan mengemaskini jumlah dari semasa ke semasa) Jumpa disana 😉
The post Minggu Keusahawanan dan PKS 2019 di Negeri Kedah ; Jom! appeared first on UmmiNani.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://umminani.com/2019/07/minggu-keusahawanan-dan-pks/