Karnival Kewangan Kuala Terengganu Penuh Informasi Untuk Seluruh Lapisan Masyarakat


Karnival Kewangan Kuala Terengganu Penuh Informasi Untuk Seluruh Lapisan Masyarakat | Baru - baru ini. Bank Negara Malaysia (BNM) dengan kerjasama institusi kewangan telah menganjurkan Karnival Kewangan Terengganu bermula 4 hingga 6 April 2019 di TH Hotel & Pusat Konvensyen Kuala Terengganu. Karnival ini merupakan siri kelima selepas Karnival Kewangan di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Kuching dan Kedah. 

Semestinya, sebagai warga tetap Kuala Terengganu, Gee turut datang bersama suami dan anak - anak ke Karnival Kewangan tersebut. Seperti di hebahan sosial media, sememangnya terdapat pelbagai aktiviti menarik untuk seluruh lapisan masyarakat tidak kira kanak-kanak, orang dewasa malah warga emas. 

Karnival yang bertemakan “Utamakan Keperluan Kewangan Anda” ini bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang perkhidmatan dan produk kewangan, celik kewangan dan memperkukuh tahap pengurusan kewangan masyarakat dengan memberikan penekanan pada kecenderungan masyarakat setempat.


Satu siri jerayawara yang diberi nama “Sembang Santai Bersama Rakan-Rakan Karnival Kewangan” telah diadakan sebelum berlangsungnya Karnival sebagai usaha untuk mempromosikan Karnival ini. Melalui jerayawara itu, masyarakat tempatan tanpa mengira usia ditawarkan pelbagai perkhidmatan dan nasihat kewangan seperti tip mengenali ciri-ciri keselamatan wang kertas Malaysia, amalan pengurusan kewangan yang baik, pembukaan akaun bank, cetakan laporan CCRIS dan pendaftaran eCCRIS. Jarak perjalanan sejauh 1,200km yang meliputi 11 lokasi di Pahang, Terengganu dan Kelantan telah memberikan manfaat kepada lebih 3,000 orang


Pada 4 April 2019, Karnival ini dihadiri oleh Y.A.B Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu. Semasa lawatan Y.A.B Dr. Ahmad, pelancaran laman sesawang MyWakaf dan Gerbang Pembayaran MyWakaf oleh Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM) juga berlangsung


Di samping itu, BNM mengadakan beberapa sesi dialog dengan perniagaan tempatan, komuniti kewangan, agensi-agensi kerajaan dan pelajar-pelajar universiti yang dipengerusikan oleh Penolong Gabenor Abu Hassan Alshari Yahaya dan Penolong Gabenor Adnan Zaylani Mohamad Zahid. Melalui sesi dialog tersebut, maklum balas positif, cabaran dan pendapat mengenai perkembangan yang memberikan kesan kepada wilayah Pantai Timur turut dikongsi


Karnival Kewangan Terengganu menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada lebih 18,000 pengunjung dari Pantai Timur. Karnival ini disertai lebih 40 institusi kewangan dan agensi kerajaan yang mempamerkan produk dan perkhidmatan masing-masing serta menyediakan khidmat nasihat kewangan dan akses pembiayaan. Seramai 1,800 pengunjung telah mencetak laporan CCRIS untuk menyemak status kredit dan mendaftar perkhidmatan eCCRIS. Karnival ini turut merekodkan lebih 16,000 khidmat nasihat kewangan dan kira-kira 4,000 transaksi kewangan bernilai lebih RM25 juta telah berjaya disempurnakan. 

Para pengunjung mendapat manfaat daripada taklimat tentang topik-topik seperti pembiayaan PKS, Skim Cepat Kaya, pengurusan hutang yang berkesan pada perspektif Islam, e-pembayaran, perlindungan insurans/takaful, Forum Perdana Ehwal Islam serta sesi perkongsian bersama usahawan berjaya seperti Caprice, Yaya Kuih Bulan dan Raw Denim House


Karnival Kewangan ini adalah satu kerjasama antara Bank Negara Malaysia dengan industri kewangan, dan merupakan salah satu batu loncatan yang penting bagi meningkatkan lagi tahap celik kewangan di Malaysia.

Gee personally mencadangkan agar Karnival Kewangan sebegini sentiasa diadakan di Kuala Terengganu bagi terus memberi info kewangan terkini buat seluruh masyarakat tempatan. Ia merupakan inisiatif terbaik yang perlu dikekalkan. 

#KarnivalKewangan#KarnivalKewanganKualaTerengganu#KualaTerengganu#KarnivalKewanganKT








































Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sisgee.com/2019/04/karnival-kewangan-kuala-terengganu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bank Negara Malaysia Dan Industri Kewangan Anjur Karnival Kewangan Di Terengganu

Bank Negara Malaysia Dan Industri Kewangan Anjur Karnival Kewangan Di Terengganu

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 418 hits
Bank Negara Malaysia dan Industri Kewangan Anjur Karnival Kewangan Di Terengganu Baru baru ini telah berlangsungnya satu Karnival Kewangan Terengganu di TH Hotel Pusat Konvensyen Kuala Terengganu Karnival Kewangan ini dianjurkan oleh Bank N...
Karnival Kewangan Terengganu Anjuran Bank Negara Malaysia Dari 4 6 April 2019

Karnival Kewangan Terengganu Anjuran Bank Negara Malaysia Dari 4 6 April 2019

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 677 hits
Karnival Kewangan Terengganu Anjuran Bank Negara Malaysia Dari 4 6 April 2019 Berita baik buat semua warga Terengganu Bank Negara Malaysia akan menganjurkan Karnival Kewangan Terengganu dari 4 hingga 6 April di TH Hotel and Convention Centr...
Karnival Kewangan Terengganu Yang Awesome Padat Dengan Pengisian Yang Bermanfaat

Karnival Kewangan Terengganu Yang Awesome Padat Dengan Pengisian Yang Bermanfaat

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 397 hits
Assalamualaikum Hai Ingat tak CikSha pernah update entri Press Release tentang bulan lepas Haa hari ni dah hari ketiga tau karnival ni berlangsung Hari terakhir Cadangnya CikSha nak pergi hari pertama Tapi ada urusan urgent yang kena buat h...
Pengalaman Bercuti Ke Kuala Terengganu

Pengalaman Bercuti Ke Kuala Terengganu

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 817 hits
PENGALAMAN BERCUTI KE KUALA TERENGGANU Assalamualaikum Baru berkesempatan nak menulis tentang percutian ke Kuala Terengganu Dalam kamus Cik Rose dan suami tak ada nama percutian yang dirancang Semuanya mengejut Suprise je sokmo Jadi memang ...
Mercu Ikonik Kuala Terengganu Hampir Siap Jambatan Angkat Bakal Jadi Tumpuan Kaki Pelancong

Mercu Ikonik Kuala Terengganu Hampir Siap Jambatan Angkat Bakal Jadi Tumpuan Kaki Pelancong

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 1350 hits
Mercu ikonik Kuala Terengganu hampir siap Jambatan Angkat bakal jadi tumpuan kaki pelancong Satu lagi lokasi menarik di Kuala Terengganu bakal menjadi tarikan pengunjung apabila dijangka akan siap sepenuhnya pada bulan ini Jambatan Angkat J...
Kelembutan Roti Paung Hiliran Kuala Terengganu

Kelembutan Roti Paung Hiliran Kuala Terengganu

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 1190 hits
roti paungroti paung cheeseSelain makanan yang selalu menjadi buruan orang ramai di Terengganu ni terdapat satu lagi yang jarang orang sebut tapi ianya juga menjadi tarikan kepada sesiapa saya yang singgah di Kuala Terengganu ni iaitu Roti ...
Mcdonald S Kuala Terengganu Meraikan Hari Autism Sedunia Di Sekolah Kebangsaan Seri Budiman 2

Mcdonald S Kuala Terengganu Meraikan Hari Autism Sedunia Di Sekolah Kebangsaan Seri Budiman 2

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 1194 hits
McDonald s Kuala Terengganu Meraikan Hari Autism Sedunia di Sekolah Kebangsaan Seri Budiman 2 Hari Autism Sedunia disambut setiap tahun pada 2 April di seluruh dunia Kebanyakkan sekolah dan pusat pusat pendidikan pasti membuat sambutan bagi...
Informasi Masjid Cina Dekatkan Hubungan Dengan Masyarakat Setempat

Informasi Masjid Cina Dekatkan Hubungan Dengan Masyarakat Setempat

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 392 hits
MASJID Muhammadiah atau Masjid Cina yang terletak di Tasek Ipoh UTUSAN ONLINEIPOH 20 April Masjid boleh memainkan fungsinya sebagai tempat bagi mengeratkan perpaduan kaum menerusi penganjuran program kemasyarakatan yang boleh dihadiri kejir...
Start Your Property Journey Here Malaysia S Real Estate Trends And Opportunities

We Re In Business As Usual Says Sapura Energy

Anwar Abang Jo To Finalise Key Principles For Petronas Petros Talks

Aktivis Saran Bekukan Aset Penceroboh Haram Musang King Raub Kembalikan Hasil Kepada Kerajaan Pahang

Casa En La Laguna By A4estudio A Sculptural Retreat Overlooking Laguna Blanca

Ranking Terkini Bola Sepak Malaysia 2025

The Tragicomedy Of Parti Keluarga Rakyat

Xiaomi Jenama Telefon Pintar No 1 Di Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kerjasama Petronas Petros Diperkukuh Pm Premier Sarawak Capai Kata Sepakat

Aktiviti Majlis Perasmian Kempen Bijak Air Madani Peringkat Kebangsaan Ppim 08 05 2025

Padah Nak Scrut Anak Papa 5 Jam Woiii

Pasar Payang Terengganu Tarikan Utama Waktu Operasi

Pesawat Tempur Pakistan Berjaya Musnahkan Sistem Peluru Berpandu Paling Canggih Dimiliki India

No More Language Barriers Oppo Find N5 Bridges Cultures With Ai Translation