Karnival Jland 2018 Meriah Dengan Pelbagai Aktiviti
Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera di hujung minggu ini. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai kemeriahan di Karnival JLand 2018.
Untuk makluman anda semua, Johor Land Berhad (JLand) sedang menganjurkan Festival JLand 2018 @Bandar Dato’ Onn yang bermula 14 hingga 16 Disember 2018 bertempat di Tapak Ekspo Bandar Dato’ Onn di sini.
Festival kali ini bertema “Raikan Kemeriahan, Lestari Kehidupan”. Sebenarnya karnival ini adalah untuk mempromosi produk hartanah dan kawasan kediaman yang dibangunkan oleh JLand selain menjadi platform membina ukhuwah dan meraikan pelanggan setia syarikat, serta menjalinkan jaringan sosial dan profesional di kalangan agensi kerajaan berkaitan, pihak swasta mahupun masyarakat.
Selain itu juga, festival ini diadakan sempena meraikan Sambutan Ulangtahun Ke-50 Johor Corporation. Wah! Untuk anda semua yang teringin untuk bersama merasai kemeriahan karnival ini bolehlah hadir seawal jam 8 pagi hingga 11.30 malam selama tiga hari sehingga hingga Ahad ini.
Antara pengisian program ini ialah pameran oleh syarikat Kumpulan JCorp seperti KPJ Johor Specialist Hospital dan Waqaf An-Nur Corporation Berhad; serta agensi kerajaan dan swasta termasuk Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Bank Islam Malaysia, Proton Edar Sdn Bhd dan Jalen Distributors Sdn Bhd.
Tidak hanya dengan itu, festival ini turut menekankan kepada majlis ilmu dengan slot Bicara Hijrah dan Forum Perdana.
Program bual bicara.
Pelbagai aktiviti menarik dan unik untuk seisi keluarga turut diadakan seperti belon udara panas, e-Sports Challenge, Green Run dan jualan Food Truck. Apa yang lebih menariknya pengunjung berpeluang memenangi pelbagai hadiah cabutan bertuah. Harap-harap saya merupakan pengunjung yang bertuah lah!.
Antara kenderasaji (foodtruck) yang ada di sini
Festival JLand turut membuat penampilan khas maskot Angry Birds Activity Park serta Didi & Friends buat pengunjung kanak-kanak. Jadi tidak hanya tertumpu pada orang dewasalah, anak-anak pun boleh bergembira dalam karnival ini.
Best yer anak kecil bermain permainan video
Pada sebelah malam pula, terdapat persembahan dari Ruffedge, Ismail Izzani dan Siti Sarah dalam Konsert Festival JLand. Wah! Saya memang menantikan persembahan Siti Sarah ini.
Anak-anak bermain bersama haiwan
Jadi buat anda yang berdekatan dan reringin untuk mengisi masa berkualiti bersama keluarga bolehlah berkunjung ke karnival ini bersama keluarga. Tidak hanya untuk orang dewasa, ianya juga sesuai untuk kanak-kanak.
Untuk kalian yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Festival JLand 2018 @Bandar Dato’ Onn, sila layari laman Facebook rasmi Festival JLand 2018 atau hubungi talian 07-2221767.
Meriah!
The post Karnival JLand 2018 Meriah Dengan Pelbagai Aktiviti appeared first on AMIRNAWAWI.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://amirnawawi.com/karnival-jland-2018-meriah-dengan-pelbagai-aktiviti/