Kari Tulang Daging Lembu Noxxa


 Assalamualaikum...
PERKARA yang jarang-jarang terjadi apabila Sk memasak ketika cuti umum. Lepas sarapan di Warung Saga semalam, kami terus balik ke rumah. Cik Ani nak singgah ambil tong gas. Kemudian ada orang datang nak tukar lampu. Dua biji lampu dalam rumah dah macam lampu raya, lap lip lap lip 😆. Hurmmm.. kalau tahu Cik Ani nak singgah, memang nak suruh Che Li jer yang buat, tapi sebelum ni asyik tak sempat. 
Sebelum keluar semalam, Sk dah buat telur separuh masak. Dalam pukul 11+ makanlah pulak telur dengan roti. Dua kali kenyang, memang malaslah keluar nak cari makan. Nak masak lagi malassss 🤭 Akhir-akhir ni, cuaca agak panas, tu yang malas nak keluar. Tambahan pulak, anak yang tersayang kena kerja, memang tak ada mood nak meronda-ronda. Tanya Pak Inche, nak masak ke atau makan luar hari ni? Dia tanya balik, nak masak ke? Sk kata, masak laaa lagi baik, rasa macam rajin nak masak. Pak Inche kata, masaklah Kari Tulang. Baik, tuan!

Tulang ni Pak Inche beli dari Pasar Tani. Setengah kilo dah masak Sup Tulang, ada lagi setengah kilo. Adalah lima enam ketul, jadi Sk tambah dengan daging lembu yang memang banyak stok dalam peti ais. Pak Inche memang suka beli daging. Asal nampak jer beli, Mak Inche nyer je yang malas masak 😜. Tu takpa, beli kentang sampai kecut, tak jugak dimasak-masak. Dah semalam tak ada kentang nak masuk dalam kari. Pak Inche kata, nanti petang beli, masukkan kemudian, hehehe. Sk masak dalam periuk tekanan, jadi kentang tu, Sk rebus dulu hingga empuk, baru masukkan dalam kari (yang dah siap masak). 
Kari Tulang Daging Lembu
Bahan-bahan :
1/2 kilo tulang lembu300 gm daging lembu (potong kiub selebar 1")3 biji kentang potong 4Minyak secukupnya untuk menumis1 kulit kayu manis2 kuntum bunga lawang4 kuntum bunga cengkih2 biji buah pelaga2 biji bawang besar merah kisar halus2" halia kisar halus2 tangkai daun kari4 sudu besar (membumbung) rempah kari daging1 sudu besar serbuk cili1 sudu kecil serbuk kunyitAir secukupnya2 keping asam gelugorGaram secukup rasaAjinomoto jika suka2 biji tomato potong 4
Cara-cara :
1. Panaskan minyak masak, kemudian masukkan kulit kayu manisdan bunga lawang. Panaskan sekejap, barulah masukkan bunga cengkih dan buah pelaga

2. Masukkan bawang dan halia yang dikisar halus, tumis hingga pecah minyak, masukkan daun kari

3. Kemudian, masukkan rempah kari daging, serbuk cili dan serbuk kunyit, tambah air sedikit, tumis hingga terbit minyak sambil ditambah air sedikit demi sedikit

4. Apabila rempah cukup masak, masukkan dalam periuk tekanan bersama tulang dan daging lembu. Tambah air paras daging dan tulang, kacau sekejap. Kemudian tutup periuk, setkan HP 60

5. Lepaskan wap periuk, tukar ke mode 'stir fry'. Masukkan kentang yang direbus, asam gelugor, garam dan ajinomoto, masak lagi mendidih

6. Akhir sekali, masukkan tomato dan 'off' mode periuk tekanan


Walaupun dah masak, lepas ambil Iman balik pejabat, Pak Inche nak jugak singgah Pasar Malam Taman Tampoi Utama. Beli jajan katanya. Jadi, Sk pesan, belilah sambal belacan. Sambal belacan beli dari gerai yang menjual masakan Kelantan, manislah pulak macam orang yang menjualnya


Si penjual macam bagi 'hint' suruh beli lauk lain. Rugi kot dia kalau jual sambal belacan saja. Jadi, Pak Inche beli limpa sekeping. Nak beli sambal belacan RM2, dah jadi RM6 campur dengan lauk Limpa Masak Rempah. Mujur sedap lauk limpa tu. Salah satu lauk yang Sk tak pandai pernah masak


Yang wajib beli, tentulah Cekodok Pisang. Di gerai yang sama, Pak Inche beli jugak Tauhu Sumbat ni, RM2, empat keping. Sk bukan peminat tauhu sumbat, jadi, dua beranak tu makan sorang dua ketul


Sebelum makan, gorengkan ikan kepala dua ni, hehehe
Selalu kalau masak kari daging, ada Daging Masak Kicap tapi masa taip blog ni baru teringat, Pak Inche tak pulak sebut nak daging kicap


Beli Churos jugak kat pasar malam. RM5 untuk lapan ketul campur satu sos pencicah. Tak silap ada coklat, caramel, strawberry, mangga dan beberapa lagi. Iman pilih coklat. Sedap, churos ni, Iman perli-perli dulu ada orang RAJIN BUAT. Hahahahaha.. hahahahaha


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2022/01/kari-tulang-daging-lembu-noxxa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jadi Lembu Bodo Daging Boleh Dimakan Kalau Jadi Pondan Tak Boleh Buat Apa Kah Kah Kah

Jadi Lembu Bodo Daging Boleh Dimakan Kalau Jadi Pondan Tak Boleh Buat Apa Kah Kah Kah

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 142 hits
HAMZAH RIE NALebih baik jadi lembu ada faedah daging boleh makanKalau jadi pondan satu sen tak berguna Telur ayam boleh juga buat telur mata lembu Kalau telur pondan boleh buat apa Ehhhh tersebut pula telur Share
Resepi Daging Goreng Thai

Resepi Daging Goreng Thai

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 248 hits
Bahan bahan 800gm daging 5 sb biji ketumbar 4 ulas bawang putih 1 sb lada hitam 2 sb sos tiram 2 sudu besar Garam secukup rasa MentegaBahan bahan untuk sos Serbuk cili Thai Gula kabung atau somtam 2 sudu beras 2 sb air limau nipis 3 sb air ...
Sarapan Bihun Sup Daging

Sarapan Bihun Sup Daging

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 182 hits
Assalamualaikum CUACA tak begitu cerah pagi ini Nak kata mendung pun tidak Reduplah gitu kata orang Dah dua tiga Jumaat rasanya macam tak ada rehat Ke sana ke sini ke sana ke sini Jadi hari ni semua dah kembali ke pejabat bolehlah Sk bereha...
Kuah Banyak Tambah Sayur Sedap Rupanya Daging Merah Masak Macam Ni

Kuah Banyak Tambah Sayur Sedap Rupanya Daging Merah Masak Macam Ni

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 226 hits
Daging Masak Merah merupakan menu lauk yang tidak asing lagi Mudah sedap dan ringkas sahaja cara memasaknya Andai makan di kedai Thailand atau kedai tomyam sajian Daging Masak Merah tomyam dan telur bungkus semestinya antara kombinasi menu ...
10 Sajian Daging Wajib Cuba Hari Raya Korban Nanti

10 Sajian Daging Wajib Cuba Hari Raya Korban Nanti

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 224 hits
Dalam kalangan umat Islam di Malaysia terdapat dua perayaan besar yang memberikan impak besar kepada mereka Perayaan yang pertama adalah sambutan Hari Raya Aidilfitri manakala perayaan kedua pula adalah sambutan Hari Raya Aidiladha Hari Ray...
Daging Masak Hitam Penang Style

Daging Masak Hitam Penang Style

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 237 hits
Daging Masak Hitam Penang styleBahan Bahan 1 sudu kecil jintan manis 1 sudu kecil jintan putih 1 sudu besar ketumbar 3 ulas bawang putih 2 labu bawang besar 1 labu bawang besar 1 inci halia 3 sudu besar cili kering kisar2 sudu besar rempah ...
Berarak Macam Lembu Bodoh Menyusahkan Orang Lain Diva Aa

Berarak Macam Lembu Bodoh Menyusahkan Orang Lain Diva Aa

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 139 hits
Oleh MOHAMMAD SHAHEMY AZMI AZWAN ALIPETALING JAYA Pengacara bermulut lantang Azwan Ali naik hantu selepas beberapa jalan raya utama di sekitar pusat bandaraya Kuala Lumpur ditutup sehingga menyebabkan kesesakan yang teruk Azwan atau lebih d...
Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

Kenaikan Pangkat One Off Bagi Gred 9 10 11 Sspa

The American Society Of Cinematographers Over And Above The Frame Casin

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


3k 2025 Siap Sedia Sebelum Terlambat

Mahazalim Mahafiraun Mahakaya Why Didnt You Call Him Mahaliwat

What Grade Does Faisal Deserve For Abim S Role On Race Religion

Trump S Victory Shows Power Of Greed And The Ultra Rich

12 Perkataan Baharu Yang Dimasukkan Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka

Lirik Lagu Kamu Tak Sendiri Jemimah Cita