Kari Telur Dengan Kacang Buncis



Alhamdulillah, hari ini 24 April kita telah melangkah masuk ke dalam bulan Ramadhan. Bulan yang ditunggu tunggu di mana Allah menjanjikan pahala berganda untuk semua amal ibadah di bulan ini. 
Bulan ini juga, adanya ibadah terawih di sebelah malamnya. Oleh kerana kerajaan telah melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan ke fasa empat sehingga 12 Mei 2020, maka terawih tahun ini dilakukan di rumah. 
Apa sahaja yang berlaku menpunyai kebaikan dan hikmah yang tersembunyi. Maknanya covid 19 juga ada memberi kebaikan. Ianya telah menghentikan seketika aktiviti manusia yang sibuk bagi memberi ruang rehat. Tiada lagi aktiviti tawaf yang tidak pernah terhenti. Terehatnya warga kerja yang selama ini bekerja bertahun tahun lamanya. Kapal terbang juga direhatkan dari meneruskan penerbangan. Umpama puasa, terhentinya aktiviti makan di siang hari untuk memberi kerehatan pada organ manusia. 
Dengan adanya PKP, ramai yang tidak keluar bekerja. Pastinya peluang ini boleh digunakan untuk membanyakkan amalan di bulan Ramadhan. Dengan ini tumpuan dan fokus boleh diberi untuk mengaji, berzikir atau menolong memasak di dapur. 
Sesungguhnya memberi makan orang berpuasa sangat besar ganjarannya di mana kita akan mendapat pahala puasa mereka tanpa mengurangkan pahala mereka. Terdapat banyak dalil yang menunjukkan kelebihan menjamu mereka yang berpuasa. Justeru, amat wajar bagi yang berkelapangan rezeki serta harta menjamu mereka yang berpuasa. Antara nas galakannya ialah:
Daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًاMaksudnya: “Siapa yang member makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.” Bukan sahaja itu, banyak lagi amalan lain yang boleh direbut. Hatta sekecil kecil amalan di bulan ini juga diberikan pahala yang besar. Sekarang kita masuk pula bab masakan.

Hari ini saya kongsikan satu resepi yang biasa tapi jarang dibuat orang. Saya sendiri jarang membuatnya iaitu kari telur. Kalau masakan kari, memang selalu kerana suami dan anak anak saya suka masakan kari. Sekali sekala makan lauk kari telur ni, memang serious sangat sedap.

Saya bukan sahaja makan dengan nasi putih tapi juga saya makan dengan roti canai. Sedap sangat bila kuah kari dah jadi sedikit pekat pekat. 

Saya suka memasak masakan seperti ini ibarat 3 in 1 gitu. Sebab ada kuah, tak perlu lagi buat kuah, ada lauk iaitu telur dan ada sayuran di dalamnya. Lauk pauk macam ini memang sesuai kalau kita mahu cepat atau tidak punya banyak masa untuk memasak. 

Jom layan resepi yang saya gunakan di bawah ini dan jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...


Kari Telur Dengan Kacang BuncisOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:6 biji telurKacang buncis3-4 tangkai cili hijau4 tangkai cili padi1 biji buah tomato4 biji bawang merah4 ulas bawang putih1 pelepah daun kari1 batang kayu manis1 pek kecil rempah kari daging1 kotak santan kotak1 sudu besar kerisik1 sudu besar sos tiram - bancuh dengan sedikit air½ sudu kecil pes asam jawaGaramSedikit gula
Cara cara:Panaskan minyak dan tumis kayu manis, bawang merah dan bawang putih hiris serta daun kari sehingga naik bau. Masukkan rempah kari dan kacau rata dengan cepat sehingga naik bau. Masukkan sedikit air dan masak lagi sehingga terbit minyak.

Masukkan air secukupnya sehingga mendidih. Masukkan santan dan kacau rata.
Masukkan telur rebus, kerisik, pes asam jawa, garam dan gula.
Setelah mendidih dan terbit minyak, masukkan buah tomato, cili hidup dan kacang buncis. 


Kacau seketika dan bolehlah ditutup api supaya kacang buncis tidak terlebih masak.



Nota:Saya rebus telur menggunakan periuk Noxxa. Saya lapik bawah inner pot dengan tisu dapur yang dibasahkan. Susun telur di atasnya. Guna setting steam selama 2 minit. Angkat dan terus rendam dalam air untuk mudahkan kulitnya dikupas.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2020/04/kari-telur-dengan-kacang-buncis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6 Resepi Kek Mudah Tanpa Telur Dan Butter

6 Resepi Kek Mudah Tanpa Telur Dan Butter

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 569 hits
6 Resepi Kek Mudah Tanpa Telur Dan Butter Dalam masa PKP ni hmmm agak susah sikit nak dapatkan stok telur Biasalah telur kan antara bahan utama yang sering ada di setiap rumah So bila dalam keadaan ni tetiba terfikir untuk mencari aneka res...
Tak Betah Dirumahkan Karena Covid 19 Wayan Buka Usaha Delivery Telur

Tak Betah Dirumahkan Karena Covid 19 Wayan Buka Usaha Delivery Telur

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 271 hits
Mulanya ia mencoba menjual telur sebanyak 160 krat lewat bantuan modal pinjaman dari rekan rekannya Tiap 1 krat telur Wayan menjual seharga Rp 38 ribu Tak disangka 160 krat laku dijualnya dalam waktu setengah hari
Resepi Sambal Telur Pecah

Resepi Sambal Telur Pecah

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 1254 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraBAHAN BAHANminyak masakCili keringBawang merahBawang putihAir asam jawaBelacanGaram gulaAirTelurCARA CARA1 Blendkan cili kering bawang putih 2 Panaskan minyak dan masukkan bahan bahan yang diblend tadi Mas...
15 Resep Olahan Telur Biar Menumu Tak Cuma Ceplok Dan Dadar

15 Resep Olahan Telur Biar Menumu Tak Cuma Ceplok Dan Dadar

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 219 hits
Berikut ini 15 resep olahan telur kreatif agar menu harianmu tak cuma ceplok dan dadar
Dah Bosan Celup Roti Dalam Telur Kali Ni Salut Dengan Sardin Pula Super Rangup

Dah Bosan Celup Roti Dalam Telur Kali Ni Salut Dengan Sardin Pula Super Rangup

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 549 hits
Roti yang dicelup dengan telur keju dan sebagainya mungkin sudah terbiasa sebagai sajian untuk anak anak dan keluarga Apa kata musim PKP ini kita sajikan dengan menu unik dan kreatif untuk anak anak dan suami di rumah Resipi yang dikongsika...
Telur Berawan

Telur Berawan

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 392 hits
Telur BerawanBy Kak Wan ResipicitarasawanBahan bahan2 putih telur2 kuning telur1 4 sudu teh garam halus1 4 sudu teh serbuk lada putih1 4 sudu teh daun parsley keringTopping Keju parut beef pastrami daun bawangCara cara Alas dulang pembakar ...
Sedih Anak Teringin Makan Lauk Telur Ibu Bawa Keluar Kutip Tin Kakak Tin

Sedih Anak Teringin Makan Lauk Telur Ibu Bawa Keluar Kutip Tin Kakak Tin

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 340 hits
Anak teringin makan lauk telur ibu bawa keluar kutip tin kakak tin jujur beritahu ada berapa ringgit dalam simpanannya Seorang petugas tampil membantu seorang ibu mengutip tin dan botol bersama anaknya Foto Facebook Shamsiah Shaaban JIKA ki...
Ddhn Resipi Sambal Telur Pecah Senang Sedap Cepat

Ddhn Resipi Sambal Telur Pecah Senang Sedap Cepat

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 375 hits
RESIPI SAMBAL TELUR PECAH SENANG SEDAP CEPAT Bahan bahan 3 biji telur gred C2 senduk cili kisar1 biji bawang besar potong bulat1 biji bawang
Celebrate A Peranakan Christmas In Kuala Lumpur With Santa Grand Signature S Exclusive Buffet

Maggi Malam S Roadside Success Sparks Controversy Over Alleged Unlicensed Operation

Lirik Lagu Sejarah Dato Sri Siti Nurhaliza

Latheefa Koya Tak Nak Masuk Umno Ker

Siti Nurhaliza Sejarah Chord

Bayangkan Ejen Mossad Di Komtar Jb

Parts Of Klang Valley Hit By Flash Floods Due To Downpour

We Buy Small To Medium Sized Companies


echo '';
Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online


Makna Dan Jobbie Meraikan Pink Wobbly Breast Odyssey Di Kpj Damansara 2

Ahli Parlimen Pembangkang Cadang Kerajaan Sedia Pulau Tempatkan Pelarian

Lelaki Maut Dihempap Batu Kuari

Israel Mahu Kebebasan Serang Lubnan Selepas Gencatan Senjata

Yang Nak Berpeluang Miliki Microsoft Surface Pro Terpakai Jangan Lepaskan Peluang Ni

Pemandu Wanita Dihempap Kontena Sempat Telefon Ibu 4 Minit Sebelum Meninggal