Kari Ketam Sedap




Saya memang tak boleh makan ketam atau apa apa makanan laut yang bercengkerang. Sejak beberapa tahun lepas saya telah disahkan allergi dengan makanan laut ini. Sedih lah juga sebab ini lah makanan kegemaran saya. Masa muda muda dulu, tak mampu nak makan makanan laut seperti ini.
Hari ini bila saya memasak pun, kerana saya teringin nak memasak kari ketam. Tapi saya memang tak makan. Saya hanya makan kuah sahaja. Fasa fasa dalam kehidupan memang dijadikan begini. Makan dah berkurang, tenaga berkurang. Semua orang jika tidak mati muda, pasti merasai perubahan pada tubuh samada fizikal dan juga dalaman. 
Kita tidak boleh menahan dimamah usia, cuma boleh menjaga supaya tua dengan lebih sesuai usia. Jaga diri supaya sihat supaya dapat beribadah sehingga ke akhir hayat. Supaya dicerdaskan akal dan minda. Tak perlu untuk mengubah sana sini, cucuk sana sini. Sebab akan kelihatan pelik bila kita cuba mengubahnya. Semacam jer kulit tepi batang hidung
Sebaliknya bila berusia, kena banyak mengingati kematian. Kematian memang tidak mengenai tua muda, tapi apalagi yang telah tua kan. Kalau yang bertudung tapi masih memakai baju lengan pendek, telah boleh berubah. Kalau yang belum lagi berjinak jinak dengan Al Quran, bolehlah mulai mendekati al Quran. Orang yang paling bijak ialah orang yang banyak mengingati kematian dengan membuat amalan sebagai bekalan. 
Berbanyak berbuat kebaikan dengan menolong orang lain dengan cara yang termampu. Tak perlu kedekut, apa lagi kalau sekadar ilmu yang tidak melibatkan kewangan pun. Ada orang nak berkongsi sesuatu maklumat pun tak mahu, takut orang lain lebih dari mereka. Sejak saya menjadi blogger ni, ramai juga yang saya jumpa orang seperti ini.

Sekarang masuk semula bab ketam, saya memang suka memasak kari ketam kerana kuahnya akan menjadi sangat sedap digaul dengan nasi putih panas atau dicicah dengan roti. Jadi walaupun tak dapat makan isi ketam, kuahnya sangat sedap. Bukan sahaja kari tapi kalau masak lemak ketam pun, kuahnya memang sangat sedap. 
Ketam sekarang ini sangat mahal harganya, bukan murah murah. Kadang kadang lebih RM10 seekor. Itupun kalau nasib tak baik, ketam tak banyak isi. 
Ya lah zaman sekarang semua mahal. Saya pernah beli ikan terubuk berat 2 kilo dengan harga lebih RM200. Ada juga rasa bersalah memikirkan dengan duit sebanyak itu, orang susah boleh membeli pelbagai bekalan makanan. 
OK lah jom kita tengok cara saya menyediakan kari ketam pada hari ini. Selamat mencuba....


Kari Ketam SedapOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:6 ekor ketam1 biji bawang besar - kisar1 sudu besar halba campur2 tangkai daun kari1 paket kecil serbuk kari ketam1 sudu kecil serbuk cili1 sudu besar asam jawa 2 cawan santan pekat2 batang cili hijauGaram
Bahan hiris:3 biji bawang merah 4 ulas bawang putih 1 inci halia
Cara cara: Panaskan minyak masak yang agak banyak supaya rempah dapat ditumis dengan elok. 
Masukkan halba campur dan bahan hiris sehingga naik bau dan bawang layu. Masukkan bawang kisar dan tumis sehingga terbit minyak.
Masukkan rempah kari dan serbuk cili dan kacau rata dengan pantas sehingga naik bau. Masukkan daun kari dan sedikit air. Kacau sehingga terbit minyak. 

Ulang masuk air dan biarkan sehingga terbit minyak sekali lagi bagi memastikan rempah kari betul betul masak dan garing. 
Setelah terbit minyak dan garing, masukkan air asam jawa. Kacau rata dan masukkan pula santan dan air secukupnya. Kacau rata sehingga mendidih. 
Masukkan ketam dan biarkan sehingga ketam masak dan berubah warna. Saya tambah sedikit lagi santan pekat. Masak sehinga mendidih dan buih buih di dalam kuah hilang. 

Akhir sekali, masukkan garam secukupnya dan lada hijau. Bolehlah ditutup api.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2021/02/kari-ketam-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Masak Ketam Berlada Sedap Dan Kurang Pedas

Cara Masak Ketam Berlada Sedap Dan Kurang Pedas

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 490 hits
Cara Masak Ketam Berlada Sedap Dan Kurang Pedas Ketam adalah sejenis makanan laut yang agak sukar ditemui dan kalau adapun ketam yang saiznya kecil dan kurang isi Nak masak cili padi pun macam tak sesuai pulak nak ratah kurang isinya Mengik...
Resipi Mee Kari Ala Nyonya Simple Sedap Dan Gerenti Jadi Walau First Time Masak

Resipi Mee Kari Ala Nyonya Simple Sedap Dan Gerenti Jadi Walau First Time Masak

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 373 hits
RESIPI MEE KARI ALA NYONYA SIMPLE SEDAP DAN GERENTI JADI WALAU FIRST TIME MASAK Assalamualaikum Selamat Sejahtera semua SELAMAT TAHUN BARU CINA GONG XI FA CAI kepada semua kaum Cina dan selamat bercuti buat semua juga Ngam pulak lah kan ray...
Ketam Masak Lemak Cili Api Lagi Sedap Letak Daun Kunyit

Ketam Masak Lemak Cili Api Lagi Sedap Letak Daun Kunyit

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 528 hits
Ketam masak lemak cili api lagi sedap bila letak daun kunyit Bila kau ada daun kunyit terlebih semua masakan nak letak daun kunyit Daun kunyit beli bukan tanam Bila tanam pokok kunyit ada je kucing kencing lah berak lah Malas dah nak tanam ...
Wanita Ini Kongsi Cara Olah Daging Burger Frozen Supaya Lebih Sedap Berjus

Wanita Ini Kongsi Cara Olah Daging Burger Frozen Supaya Lebih Sedap Berjus

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 247 hits
Semua orang suka makan burger Tidak kira daging atau ayam setiap satunya punya peminat masing masing Jika ke pasaraya terdapat pelbagai jenis patty daging burger sejuk beku yang dijual Hanya tinggal goreng dan nikmatinya bersama roti sayura...
Kerabu Mangga Nanas Mudah Dan Sedap

Kerabu Mangga Nanas Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 588 hits
Kerabu Mangga Nanas Mudah Dan Sedap Assalamualaikum wbt hi korang Masak apa lunch nanti CH masak simple simple jer yang mudah dan tak ambil masa lama sebab hari ni CH masih bekerja tetapi anak anak dah mula cuti sekolah Bangun pagi pagi ja ...
Resipi Kuih Tepung Pelita Step By Step Guna Bekas Dadih Tak Payah Kukus Senang Dan Sedap

Resipi Kuih Tepung Pelita Step By Step Guna Bekas Dadih Tak Payah Kukus Senang Dan Sedap

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 510 hits
Hi korang Assalammualaikum Okay hari ni aku nak share dengan korang cara nak buat kuih tepung pelita cara moden yang senang gila dan cepat Selama ni kita tengok orang buat kena lipat daun pisang lepas tu kena kukus renyah Okay resipi kat ba...
3 Pelanggan Kena Serbu Kompaun Ketika Sedang Sedap Diurut

3 Pelanggan Kena Serbu Kompaun Ketika Sedang Sedap Diurut

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 266 hits
376 total views 196 views today Kota Kinabalu Polis berjaya membongkar operasi secara sembunyi sebuah pusat refleksologi di Inanam Capital di sini semalam Dalam operasi pada 5 30 petang itu lapan individu dikenakan kompaun ini termasuklah 3...
Resipi Udang Galah Masak Diraja Sedap Sangat

Resipi Udang Galah Masak Diraja Sedap Sangat

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 648 hits
Resipi Udang Galah Masak Diraja Sedap Sangat Assalamualaikum wbt hi korang Semalam adik CH beli udang galah RM1 seekor Teringin nak makan udang galah katanya Dia minta CH buatkan sambal udang tapi CH buat Udang Galah Masak Diraja Rasa Udang...
10 Idea Makanan Pembuka Selera Sedap Dan Simple

10 Idea Makanan Pembuka Selera Sedap Dan Simple

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 377 hits
10 Idea Makanan Pembuka Selera Ada masa masa tertentu anda tidak mempunyai selera untuk makan walaupun sebenarnya perut tidak kenyang Situasi ini biasanya terdorong oleh faktor tertentu seperti tekanan kerja kurang sihat ataupun terlalu ker...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tabung Jihad Fitnah Dalam Pas Ditanggung Halalkah

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas

Posting Di Ig Raih Perhatian Assistant Cik Epal Dibelasah Jofliam Aku Jumpa Kau Pecah Muka Kau

Kepulangan

Unlocking Financial Knowledge With Coach Saif At Belajarsaham Com My

Merry Christmas And Happy New Year