Kari Kepala Ikan Dan Itik Salai Masak Lemak Juadah Istimewa Rakyat Malaysia Kini Di Hotel Armada Petaling Jaya


Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu.com dan juga rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Malaysia sebuah negara yang sangat kaya dengan kepelbagaian makanan yang menjadi signature kita. Bukan sahaja orang tempatan suka malah juga pelancong luar yang datang mesti nak cuba menu yang sedap-sedap di negara kita. Bangga kot kita ada makanan yang telah popular sampai ada orang luar cuba untuk belajar memasak masakan negara kita



Cuba korang bagikan senarai juadah makanan Malaysia yang popular dan sinonim dengan Malaysia. Kalau Maha paling dekat dihati adalah Kari Kepada Ikan dan juga Itik Salai Masak Lemak. Sebab itu bulan ini Hotel Armada Petaling Jaya melalui Restoran Utara mereka memperkenal dua juadah istimewa ini untuk semua rakyat Malaysia nikmati



Kalau Kari Kepala Ikan yang sedap mesti kuah yang pekat dan juga kepala ikan yang besar, bagi Maha lah. Itu yang ditampilkan dalam Set Kari Kepala Ikan di Hotel Armada kali ini. Disediakan oleh barisan chef yang bepengalaman dalam masakan tradisional Malaysia ini. Set Kari Kepala Ikan ini boleh pilih lagi siapa yang suka Kari Kepala Ikan Merah atau juga Kari Kepala Ikan Salmon. 
Kari Kepala Ikan Merah


Set Kari Kepala Ikan yang disediakan di sini sesuai untuk makan dua orang kerana ia disediakan sekali dengan dua hidangan nasi putih kukus, Papadom dan Chutney Mangga bagi mewujudkan keseimbangan rasa yang sempurna. Hari tu Maha berkesempatan menikmati juadah ini. Memang betul power rasa kari dan rempah yang dimasak sempurna. Sehinggakan setiap celah kepala ikan tu Maha boleh korek-korek untuk nikmati rasa yang begitu menepati citarasa Malaysia. Harga untuk satu set ini hanya RM68 sahaja boleh makan berdua sesuai bawa teman istimewa

Itik Salai Masak Lemak


Selain itu juga, di Restoran Utara ini mereka sediakan juga Set Itik Salai Masak Lemak yang begitu popular di Negeri Sembilan. Cuma kali ini diolah lain sikit hidangan itik salai yang tiada bau hanyir itik dan dagingnya lembut. Set ini juga datang dengan dua hidangan nasi putih kukus, Ulam-Ulaman, Sambal Belacan dan Telur Masin, barulah ngam dan harmoni bila nak makan. Set ini sesuai untuk makan dua orang dengan kuantiti yang banyak bagi Maha

"Grandma's" Sambal Udang
Telur Dadar Bawang
Ayam Goreng Berempah
Kobis Goreng "Ala Mamak"
Peria Goreng Rangup

Harga untuk set Itik Salai Masak Lemak ini hanya RM68 juga. Jadi bebaloi datang boleh pilih set mana yang kita nak. Bagi melengkapi juadah ini kita boleh jer nak tambah menu lain yang turut melengkapi dua juadah ini seperti Kobis Goreng "Ala Mamak", Peria Goreng Rangup, Telur Dadar Bawang, Ayam Goreng Berempah dan "Grandma's" Sambal Udang. Udang tu bukan biasa-biasa tau besar dan banyak kuantitinya. Harga berlainan untuk juadah tambahan ini, dan bagi Maha ia sangat kena dengan dua set yang disediakan tadi. 
Raikan Tradisi Pertengahan Musim Luruh dengan Kuih Bulan 
Perayaan pertengahan musim luruh kali ini, Hotel Armada PJ juga meraikan tradisi pemberian kuih bulan yang dihormati dengan pilihan yang pelbagai. Dihasilkan oleh sendiri oleh barisan chef di Hotel Armada, kuih bulan ini sesuai untuk perjumpaan semula yang ikhlas dan dipersembahkan sebagai set hadiah elegan yang mendapat inspirasi daripada warisan tradisi yang tak luput di zaman



Kalau beli untuk satu set dalam kotak tu ada dua jenis Kuih Bulan yang boleh pilih perisa apa yang nak. Perisa yang begitu sinonim dengan Kuih Bulan seperti Kacang Merah, Kuning Telur Masin dan Teratai, Teratai dan Jade Custard (Pandan). Harga pula hanya RM88nett setiap kotak. Boleh dah booking mulai sekarang dan boleh datang ambil di hotel sehingga 17 September 2024

Teratai 
Jade Custard (Pandan)
Kuning Telur Masin dan Teratai
Kacang Merah

Tapi kalau datang makan kat Restoran Utara atau juga menginap di Hotel Armada PJ boleh singgah terus kat reruai yang disediakan di lobi hotel. Simple jer reruai tu tapi cantik dihias dengan suasana musim luruh dan juga boleh bergambar di sana. Hadiahkan kepada orang tua atau juga keluarga mahupun rakan yang kita sentiasa harga mesti mereka akan gembira. 
Untuk tempahan dan pertanyaan hubungi:Restoran Utara: (03) 7954 6888 samb. 4557








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mahamahu.com/2024/08/kari-kepala-ikan-dan-itik-salai-masak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Kari Kepala Ikan Di Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu Sedap Weeh

Makan Kari Kepala Ikan Di Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu Sedap Weeh

papar berkaitan - pada 12/8/2024 - jumlah : 216 hits
Hari ini berkesempatan menghadiri satu majlis anjuran PMINT di Menu hidangan tengahari ini adalah Kari Kepala Ikan Ini kali pertama mencuba menu ini di TTI Masya allah memang sedap Berebut 2 pinggan kepala ikan Sangat puashati dengan rasa k...
Masak Lemak Ikan Jenahak Pucuk Ubi

Masak Lemak Ikan Jenahak Pucuk Ubi

papar berkaitan - pada 21/8/2024 - jumlah : 159 hits
Saya ingin kongsikan petikan dari kuliah Zoom dengan tajuk Perbandingan Dunia dan penghuninya oleh Al Fadhil Ust Mat Esa Deraman aka Tokku Pasir Gudang Dunia tempat diuji Satu malapetaka atau kesedihan akan menenggelamkan semua kegembiraan ...
Tip Buat Terung Masak Lemak Putih Makin Sedap Carik Kulitnya Supaya Kuah Menyerap

Tip Buat Terung Masak Lemak Putih Makin Sedap Carik Kulitnya Supaya Kuah Menyerap

papar berkaitan - pada 23/8/2024 - jumlah : 227 hits
Sayur terung antara yang boleh diolah pelbagai cara termasuklah dibuat masak lemak Antara yang enak dan ringkas adalah terung masak lemak putih Jika berhasrat menyediakan lauk terung masak lemak putih ini boleh praktikkan sekali resipi dan ...
Masak Tempoyak Ikan Baung Lauk Lunch Hari Ini

Masak Tempoyak Ikan Baung Lauk Lunch Hari Ini

papar berkaitan - pada 7/8/2024 - jumlah : 117 hits
Assalamualaikum SA dh sudah makan dh Hari ni bekal SA special skit semalam kan Pak Zain beli ikan baung dan tunggu SA balik baru masak kan SA buat masak tempoyak uolls mulanya nak buat asam pedas xde plak cili kisar erm Alhamdulillah sedap ...
Pm Tetap Syarat Wajib Minima Spm Kerja Kerajaan Untuk Rakyat Malaysia

Pm Tetap Syarat Wajib Minima Spm Kerja Kerajaan Untuk Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 18/8/2024 - jumlah : 220 hits
PM Tetap Syarat Wajib Minima SPM Kerja Kerajaan untuk Rakyat Malaysia Wajib minima SPM kerja Kerajaan Kerajaan Malaysia telah mengumumkan perubahan penting dalam syarat kelayakan untuk memohon pekerjaan dalam perkhidmatan awam dengan menjad...
M M S Membawakan Dunia Penuh Keriangan Dan Perasaan Kekitaan Kepada Rakyat Malaysia

M M S Membawakan Dunia Penuh Keriangan Dan Perasaan Kekitaan Kepada Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 13/8/2024 - jumlah : 370 hits
Hi Korang M M S meningkatkan tahap keseronokan kempennya Fun for All yang akan berlangsung sepanjang tahun ini Melalui kempen ini M M S mengukuhkan komitmennya untuk memastikan setiap individu merasa diri mereka adalah sebahagian daripada s...
The Soru Station Petaling Jaya

The Soru Station Petaling Jaya

papar berkaitan - pada 13/8/2024 - jumlah : 181 hits
Lokasi The Soru Station Petaling Jaya Alamat 23 Jalan Petaling Utama 11 Petaling Utama 7 Miles Jalan Kelang Lama Taman Medan 46000 Petaling Jaya Selangor Waktu Operasi 12 00 tengah hari 12 00 tengah malam 12 00 tengah hari 1 00 petang 2 00 ...
Redmagic 9s Pro Kini Tersedia Di Malaysia Dengan Harga Lebih Murah

Redmagic 9s Pro Kini Tersedia Di Malaysia Dengan Harga Lebih Murah

papar berkaitan - pada 10/8/2024 - jumlah : 112 hits
RedMagic 9s Pro sudah pun masuk secara rasmi pada penghujung Julai lepas dengan tanda harga bermula RM3 699 Kini ia dilancarkan semula tetapi dengan tanda harga lebih murah iaitu bermula RM3 499 sahaja Tambahan lagi jaminan peranti juga ada...
Kid Rock S Net Worth In 2025 A Look At The Insanely Expensive Things He Owns

The Spring Of Malaysia Uae Relations

Penerbangan Dari Klia Ke Narita Airport

Why Outdated Antivirus Software Is A Major Threat To Your Technology Systems

Technology Trends Why It S Time To Replace Your Outdated Antivirus Software

Grs Man Says Hamzah Has No Solution Only Rhetoric

Group Urges Selangor Ruler To Commute Sirul S Death Sentence

Malaysia Truly Asia 2026 What You Need To Know And Why It Matters


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Biodata Liya Maisarah Dato Sri Ismail Yang Kahwin Bersuamikan Vokey Imran Rosli Gamer PUBG

Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Recycling Labels A Pathway To Sustainable Waste Management

Pm Anwar To Undertake Two Day Working Visit To Belgium

How Prof Kangkung Cherry Picks 11 Lines Out Of 111 Pages From Hannah S Book To Derive Conclusion

Manusia Antara Kehidupan Dan Kematian

Laporan Produksi Yufid Bulan Desember 2024

Malaysia Berpotensi Jadi Peneraju Ai Global Kata Pakar