Kari Daging Korban Roti Jala Klasik
Assalamualaikum WBT
BANDARAYA Johor Bahru sesak teruk dengan kenderaan sepanjang hari semalam gara-gara insiden lori simen terbalik jam 4 pagi di lebuhraya Pasir Gudang berhampiran Masjid Kempas. Sk turut terperangkap dalam kesesakan tersebut sebaik sahaja keluar plaza tol. Mulanya ingat cuma sesak luar biasa menghala ke Pasir Gudang seperti selalu, eh, tapi rasa luar biasa pulak bila mana menuruni jejambat menghala ke Tampoi juga tak bergerak. Ramai yang dah tahu awal mengambil jalan alternatif turun ikut jejambat. Gedebak gedebuk, 8.20 pagi baru sampai kolej! Sk tengok di Tik Tok, ada yang dua jam baru sampai tempat kerja, huwa huwa huwa.
Masak Kari Daging Jumaat lepas sebelum keluar pergi makan Nasi Kerabu Cikgu Siti. Banyak stok daging dalam peti ais tapi Sk pilih masak daging korban pemberian dari staf Pejabat Menteri Besar Johor yang masih berbaki separuh kotak, Sk anggarkan dalam 500 gram beratnya. Berbanding separuh bahagian yang Sk MASAK DAGING LEMBU KORBAN sebelum ini yang banyak uratnya, daging yang separuh lagi ni tak ada urat, cuma sedikit sahaja berlemak, aaa.. tu la yang sedap, kan.
Sedang syok tumis rempah kari dalam kuali sambil hiris daging tepi sinki, Sk perasan rempah tidak nampak terbit minyaknya. Jenguk ke api, rupanya gas habis, hahaha. Tengok rekod panggilan ke kedai gas, bulan Mac lepas, aaa.. memang patutlah pun dah kosong gasnya. Jadi, sambunglah menumis dalam periuk noxxa. Lepas masukkan daging, setkan high pressure (HP) 25, sementara tu, kupas dan potong kentang pulak. Sk masukkan kentang dan set HP 3, kemudian biarkan jer dalam periuk tu, dah petang balik dari Men-TAUFUFA tu, barulah tambah air, garam, asam keping semua.
Kali ni Pak Inche minta gandingkan Kari Daging dengan Ayam Goreng pulak.
Kari Daging dan Ayam Goreng.. gandingan yang mantap
Esok pagi, menjala pulak. Memang dah berangan masa masak kari tu, esok nak sarapan roti jala
Kari Daging tinggal seperiuk kecik
Buat Roti Jala Klasik aje, lambat nak gulung-gulung ni, hahah
Kari Daging dan Roti Jala. Punyalah banyak SK bancuh, 500 gm tepung gandum dengan 750 ml air campur susu sejat (ni nanti kalau salah, Sk edit). Sk sukat guna gelas penyukat yang saiz sederhana tu, letak tepung dan kemudian masukkan air ikut paras sama dengan tepung. Kemudian kacau guna hand whisk hingga tepung larut, masukkan sebiji telur dan garam serta sedikit minyak masak, kemudian Sk masukkan dalam jug pengisar dan dikisar sehingga betul-betul larut. Hasilnya roti jala yang lembut sampai ke malam, hahaha. Malam baru habis roti jalanya
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2023/08/kari-daging-korban-roti-jala-klasik.html