Kapitalis Tamak Punca Covid 19 Meningkat



Rakyat tertanya-tanya mengapakah kes jangkitan Covid 19 yang menurun kebelakangan ini meningkat mendadak menjadi 2,148 kes positif semalam, tertinggi sejak 40 hari lalu.
Bagi Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, peningkatan kes Covid bukan disebabkan aktiviti rentas negeri semata-mata atau bazar Ramadan tetapi lebih kepada kapitalis sektor pengilangan yang tidak mengambil berat mengenai penginapan para pekerja mereka.
“Adakah peningkatan ini disebabkan terdapat kes seorang selebriti terkenal merentasi negeri untuk berbulan madu di Langkawi? Jawapannya sama sekali negatif.
“Jadi apa punca sebenarnya peningkatan kes Covid-19 di Malaysia ini sejak lebih setahun yang lalu hingga kini?
“Puncanya tidak lain kerana sistem ekonomi negara kita yang pincang dan tak seimbang. Malaysia membenarkan bermaharajalela para kapitalis yang tamak mengejar keuntungan sehingga tidak peduli hal kesihatan dan kebajikan tempat tinggal ribuan para pekerja mereka.
“Laporan kerajaan menyatakan 83 peratus kes Covid-19 di negara kita ini berpunca dari sektor pembuatan. Pandemik Covid-19 bukan berpunca daripada solat berjemaah di masjid ataupun membeli belah di bazar Ramadan dengan syarat SOP dipatuhi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurut Pembantu Jurucakap Parlimen KEADILAN bagi Pekerjaan dan Hak Pekerja itu, Kerajaan Barisan Nasional, Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional semuanya telah terlepas pandang atau cuai, atau tak peduli tentang perlaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang Housing and Amenities Act 2019 atau akta seumpamanya.
Katanya, semua menteri dan timbalan menteri Kementerian Sumber Manusia dari ketiga-tiga kerajaan yang disebutkan adalah bertanggungjawab sejak kes Covid-19 bermula pada akhir tahun 2019.
Akta tersebut yang juga dikenali sebagai Akta 446, menurut Hassan, adalah berkaitan dengan standard perumahan atau pun tempat tinggal para pekerja.
“Tetapi ramai yang tak peduli dengan pentingnya akta ini, sama ada di pihak kerajaan dan lebih-lebih lagi pemain-pemain industri yang mengutamakan keuntungan wang ringgit melebih kebajikan para pekerja
“Sektor pembuatan seperti kilang membuat sarung tangan getah dan seumpamanya adalah pengeluar terbesar di peringkat dunia. Hampir semuanya berbasis syarikat Malaysia. Kilang-kilang tersebut mengguna tenaga buruh asing beribu-ribu orang. Syarikat-syarikat ini dalam tempoh Pandemik Covid-19 mengaut untung berbilion ringgit. Tetapi para pekerja mereka yang tidak berdosa duduk bersempit-sempit dalam asrama pekerja
“Keadaan tempat tinggal pekerja tersebut ada yang semacam kandang kambing keadaannya,” kata Hassan lagi.
Menurut beliau, selagi keadaan persekitaran tidak sihat maka mudahlah berjangkit virus Covid-19. Tiada guna Parlimen menggubal undang-undang tetapi kegagalan kerajaan menguatkuasakannya menjadikan undang-undang yang ada itu sia-sia sahaja.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/31971

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Sekatan Pergerakan Di Thailand Walaupun Kes Covid 19 Meningkat

Tiada Sekatan Pergerakan Di Thailand Walaupun Kes Covid 19 Meningkat

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 303 hits
Tiada sekatan pergerakan di Thailand walaupun kes Covid 19 meningkat Dikemas kini 5 jam yang lalu Diterbitkan pada 16 Apr 202
Majlis Keramaian Punca Penularan Covid 19 Di Sabah

Majlis Keramaian Punca Penularan Covid 19 Di Sabah

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 363 hits
GAMBAR hiasan FOTO arkib NSTP Kota Kinabalu Majlis keramaian terus menjadi antara punca utama peningkatan terbaharu kes Covid 19 di Sabah dengan dua lagi kluster baharu dikaitkan dengan aktiviti itu hari ini Jurucakap perkembangan harian Co...
Apa Punca Sebenarnya Peningkatan Kes Covid 19

Apa Punca Sebenarnya Peningkatan Kes Covid 19

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 243 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melaporkan sebanyak 2 148 kes positif baharu Covid 19 pada Khamis 15 April 2021 iaitu tertinggi sejak 40 hari lalu Adakah peningkatan ini disebabkan terdapat kes seorang selebriti ter...
Punca Tersebar Varian Covid 19 Afrika Selatan

Punca Tersebar Varian Covid 19 Afrika Selatan

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 308 hits
Punca Tersebar Varian Covid 19 Afrika Selatan Seorang bekas timbalan menteri mendakwa kerajaan gagal melindungi rakyat Malaysia daripada kes import Covid 19 Bekas timbalan menteri kesihatan berkata mungkin terdapat lebih banyak kes varian A...
Kes Baharu Covid 19 Meningkat Lapan Lagi Pesakit Maut

Kes Baharu Covid 19 Meningkat Lapan Lagi Pesakit Maut

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 219 hits
Tan Sri Dr Nor Hisham Abdullah berkata 1 731 adalah penularan tempatan manakala lapan lagi adalah kes import Foto oleh Hari AnggaraKUALA LUMPUR 11 April Kes baharu Covid 19 di seluruh negara hari ini mencatatkan 1 739 kes dengan lapan kemat...
Anies Sebut Harapan Hidup Warga Dki Meningkat Selama Pandemi Covid 19

Anies Sebut Harapan Hidup Warga Dki Meningkat Selama Pandemi Covid 19

papar berkaitan - pada 19/4/2021 - jumlah : 284 hits
Anies menyebutkan tahun 2019 IPM berada pada angka 80 76 Sedangkan tahun ini tercatat sebesar 80 77 Anies mengklaim IPM DKI Jakarta merupakan yang tertinggi di Indonesia
Pandemi Covid 19 Industri Transportasi Menurun Kesehatan Dan Pertanian Meningkat

Pandemi Covid 19 Industri Transportasi Menurun Kesehatan Dan Pertanian Meningkat

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 157 hits
Arsjad Rasjid mengungkapkan sekitar 30 juta pekerja di Indonesia terdampak oleh pandemi
Kelemahan Kerajaan Bukan Covid Punca Gaji Graduan Rendah

Kelemahan Kerajaan Bukan Covid Punca Gaji Graduan Rendah

papar berkaitan - pada 19/4/2021 - jumlah : 321 hits
Masalah gaji permulaan graduan yang rendah tidak boleh dipersalahkan kepada pandemik Covid 19 dan kurangnya peluang pekerjaan sebagaimana dijadikan dalih oleh sesetengah pihak hari ini Menurut Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad d...
Awani Ringkas Kadar R Naught Meningkat Lagi Tujuh Pelajar Maktab Mahmud Positif Covid 19

Awani Ringkas Kadar R Naught Meningkat Lagi Tujuh Pelajar Maktab Mahmud Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 253 hits
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini S...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias