Wahai Malaysia Jangan Tertipu Lagi


Jangan jual LTSAAS
SEREMBAN: Cadangan pengambil alihan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) oleh entiti swasta dilihat bertentangan dengan kepentingan nasional.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan, LTSAAS di Subang itu merupakan aset strategik yang sangat bernilai, malah ia milikan sebuah syarikat berkaitan kerajaan, iaitu rakyat juga mempu­nyai kepentingannya.

Jelas beliau, LTSAAS adalah satu-satunya lapangan terbang paling hampir dengan Kuala Lumpur dan beberapa bandar raya lain seperti Shah Alam, Klang dan Petaling Jaya.

“Kita telah lama kehilangan Lapangan Terbang Sungai Besi yang sangat strategik. Jika berlaku kecemasan nasional, LTSAAS adalah satu-satunya lapangan terbang terdekat untuk operasi kecemasan, bantuan kemanusiaan dan evakuasi.

“Kerana kepentingan strategik tersebutlah, ia harus kekal menjadi aset milikan kerajaan, cadangan penjualan atau pajakan kepada satu syarikat swasta kepunyaan beberapa individu yang kaya raya adalah bertentangan dengan kepentingan nasional,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau mengulas kenyataan Kesatuan pekerja Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) kelmarin yang memohon supaya kerajaan segera menolak cadangan pengambilalihan LTSAAS oleh entiti swasta,­ WCT Bhd. (WCT) melalui anak syarikatnya, Subang Skypark Sdn. Bhd. (Subang Skypark)

Yang Dipertua Kesatuan Pekerja-Pekerja Malaysia Airports Berhad Semenanjung (Kesma), Hussin Shahar berkata, kerajaan perlu membuat deklarasi secara terbuka bahawa pengambilalihan itu tidak akan berlaku.

Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau menambah, jika perkara itu (penjualan kepada swasta) dibenarkan berlaku, beliau juga berasa sangat dukacita dan kesal.

“Apa juga cadangan yang diterima oleh kerajaan, wajar di­sertai dengan ketelusan. Jelaskan dengan terperinci dan terus terang rancangan mereka kerana rakyat berhak tahu. Rakyat adalah pemegang taruh LTSAAS Subang.

“Jangan mudah terpedaya dengan idea pembongkaran potensi LTSAAS oleh syarikat swasta. Apalagi bila ia lebih berorientasi pembangunan hartanah. Rencana korporat sentiasa elok di atas kertas tetapi tidak dalam pelaksa­naan,” tegas beliau.

Dalam pada itu, dalam isu ini beliau berpandangan, pelan ‘Subang Airport Regeneration’ oleh MAHB sebelum ini sangat wajar dipertimbangkan demi kepentingan nasional dan keselamatan negara.

“Saya mengerti kegusaran oleh pihak kesatuan sekerja, ini bukan sahaja melibatkan masa depan mereka, tetapi juga negara.

“Kerajaan wajar untuk tidak mempertimbangkan cadangan pajakan atau penjualan aset nasional tersebut kerana ia bukan keutamaan dalam saat negara dilanda pandemik dan kemelesetan nasional yang sangat ketara,” tambah Mohamad. – UTUSAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/06/wahai-malaysia-jangan-tertipu-lagi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wahai Pemimpin Jangan Hanya Tahu Upload Gambar Makan Mee Segera Sila Turun Jumpa Rakyat

Wahai Pemimpin Jangan Hanya Tahu Upload Gambar Makan Mee Segera Sila Turun Jumpa Rakyat

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 610 hits
Sumber tiktokJangan jadi manusia hipokrit sila turun kelapangan dan lihat sendiri kesusahan rakyat Mereka tidak malas tapi mereka terhimpit dan tersepit akibat lockdown Janganlah hanya tahu terima elaun dan upload gambar makan mee segera ko...
Jangan Berikan Ruang Untuk Mereka Sayangilah Negara Kita

Jangan Berikan Ruang Untuk Mereka Sayangilah Negara Kita

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 310 hits
Video ajak berkumpul polis beri amaranPETALING JAYA Polis Diraja Malaysia memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap mana mana pihak yang menganjur atau menyertai sebarang perhimpunan susulan tular satu video yang mengajak orang ...
Jangan Normalisasikan Tindakan Bunuh Diri

Jangan Normalisasikan Tindakan Bunuh Diri

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 248 hits
Jangan normalisasikan tindakan bunuh diri Stigma kepada perbuatan orang yang membunuh diri sebagai tidak waras adalah satu pandangan yang salah dan ia tidak sepatutnya dinormalisasikan kata Timbalan Mufti Perak Datuk Zamri Hashim Beliau ber...
Jangan Berhimpun Rabu Ini Amaran Polis

Jangan Berhimpun Rabu Ini Amaran Polis

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 134 hits
AGENDA DAILY Polis Diraja Malaysia Polis memberi amaran tegas akan mengambil tindakan terhadap mana mana pihak dan individu susulan tular klip video mengajak orang ramai berkumpul di lokasi tertentu pada tengah hari 30 Jun ini Pengarah Kese...
Jangan Salah Waktu Bila Masa Sesuai Minum Air Selusuh Minyak Kelapa Dara Doktor Kongsikan Pencerahan

Jangan Salah Waktu Bila Masa Sesuai Minum Air Selusuh Minyak Kelapa Dara Doktor Kongsikan Pencerahan

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 314 hits
Menunggu tempoh bersalin sebaik memasuki minggu minggu akhir kehamilan sememangnya cukup mendebarkan Pelbagai perasaan mula menghantui ibu hamil Rasa berdebar yang teramat kuat ditambah dengan rasa teruja untuk menanti detik bersua muka den...
Ku Li Jangan Kita Tunggu Parlimen Bersidang Bulan Oktober

Ku Li Jangan Kita Tunggu Parlimen Bersidang Bulan Oktober

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 241 hits
FAZLI RADZIPemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan sidang Parlimen perlu dilaksanakan secepat mungkin tanpa perlu menunggu tamat tempoh darurat Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata sidang Parlimen perlu dilaksanakan secepat...
Jangan Mencari Pahala Bergunung Dosa

Jangan Mencari Pahala Bergunung Dosa

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 273 hits
Assalammualaikum wbtJANGAN MENCARI PAHALA BERGUNUNG DOSATidak ada yang menyemai padi inginkan lalang yang tumbuh Tidak ada yang berbuat kebaikkan mengharapkan balasan keburukkan TapiHati hatiJangan Mencari Pahala Bergunung DosaJangan mencar...
The Great Screen Time Debate How Google Family Link Saved My Sanity And My Kids Development

Pilihan Kedai Makanan Halal Di Bangkok Thailand

Gleneagles Follow Up

Woiii Isle Tak Mau Konsert Ni

Saya Larikan Diri Lee Minho Dedah Pernah Terima Tawaran Jadi Idola Di Sm Entertainment

Lirik Lagu Mungkin Ke Dayang Nurfaizah

Rancangan Perangkap Suami Makan Diri

Sadis Sanggup Abang Kandung Bunuh Adik Sendiri Berumur 3 Tahun


echo '';
Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria


Lanbena Eye Mask Membantu Hilangkan Gelap Bawah Mata

Jjcm Kuala Kangsar Yang Singkat Tapi Menyeronokkan

Peperanan Perpustakaan Pusat Sumber Sekolah Dalam Membina Bangsa Berkualiti

Nahas Pesawat Korea Selatan Semua Maut Kecuali Dua Mangsa

Revolutionizing Mobile Connectivity With Affordable Mobile Prepaid Plans

Richeese Cafe Di Klia 2