Kanser Ini Teguran Dari Allah Kepada Saya Kerana Tidak Menjaga Pemakanan Tidak Mengikuti Sunnah Makan Rasulullah


Kisah perjuangan melawan kanser kali ini adalah dari Mohamad Hanafiah Abd Malek, Pendakwah Bebas berkhidmat sebagai Penasihat dan Penaung NGO Global Ehsan Relief Malaysia dan Pakar Motivasi yang cukup dikenali dengan panggilan Ustaz Hanafi.
Jurulatih Silat Gerak Pusaka Malaysia dan Chi Kong ini pernah memenangi tempat ketiga dalam 'Free Fight Martial Art Dunia, di Thailand. Juga pernah meraih tempat kedua Perlawanan Tenis di Melaka. Tokoh ulama dan dakwah 2019 dengan anugerah pendakwah bermotorsikal dari kerajaan 2018/2019 ini adalah Presiden Sifu Bikerz Malaysia (penunggang motorsikal berkuasa tinggi). Memang lumrahlah diari hidupnya sentiasa aktif dan padat dengan aktiviti riadah dan sukan di samping menyampaikan ceramah agama dan motivasi.
Tetapi Allah lebih mengetahui mengapa beliau "terpilih" menghadapi ujian kanser walaupun menjalani gaya hidup aktif dan kerap membuat riadah dan senaman di gymnasium. Bukan satu tetapi dua jenis kanser, limfoma dan usus hingga menyebabkan dirinya perlu mengalami pembedahan untuk membuang kanser dan ususnya pula dipotong sebanyak 1.4 meter, mencatat sejarah perubatan sebagai antara usus paling panjang yang pernah dipotong.
"Saya banyak ceburi aktiviti lasak. Saya pernah menunggang motorsikal berkuasa tinggi dengan kelajuan 310km/jam. Saya ada punching bagi dan membuuat lebih 100 tumbukan dan tendangan, Minat aktiviti angkat berat di gymnasium dan mampu mengayuh basikal 20 km sehari. Saya minat aktiviti angkat berat di gym.
Walaupun makan banyak badan saya tetap kurus dan perut saya membesar sedikit. Saya selalu kena demam bila buang air besar keluar darah dan batuk keluar darah. Saya ingat saya batuk keluar darah sebab saya ni motivator. Saya bagi semangat kat orang dan bila menjerit lebih sikit keluar darah. Saya sangka saya salah makan sebab itu buang air besar keluar darah, itulah sangkaan saya." imbau Ustaz Hanafi tentang kisah awal derita kansernya.
Bersikap positif walau diagnose Kanser
Hinggalah ketika Ustaz Hanafi ke Mekah membawa jemaah umrah, beliau merasakan badannya semakin lama semakin lemah dan apabila membuang air besar yang keluar adalah darah terlalu banyak sehinggakan dalam dua gayung
"Saya pernah lakukan diet tapi diet saya silap. Saya nak turunkan berat badan saya ketika itu 130kg. Saya pergi ke gym tetapi dalam masa yang sama saya suka makan yong taufu, fish ball, fish cake dan crabstick. Macam-macam saya makan , terlalu banyak makanan segera yang saya makan, akhirnya menyebabkan saya diagnose kanser." ceritanya lagi.
Bermuhasabah diri dia berpendapat terkena kanser ada kemungkinan dosa saya tak jaga makan. Saya tak ikut sunnah Rasulullah berhenti sebelum kenyang. "Saya nak makan apa, saya makan je sehingga Allah bagi balasan macam ini macam teguran kepada saya."
Semasa dimaklumkan doktor, Penasihat Majlis Agama Dakwah Malaysia ini langsung tidak terdetik perasaan mengapa Allah menguji dirinya seperti ini."Perkataan pertama yang keluar dari mulut saya adalah Alhamdulillah. Terima kasih Allah dalam jutaan orang dalam dunia kau pilih aku untuk menerima 'hadiah" sebesar ini. Dr pun terkejut mengapa saya sebut Alhamdulillah hingga menganggap saya panik tetapi tidak sebenarnya.".
Ustaz Hanafi menerimanya dengan hati yang lapang, tenang dan terbuka. Disahkan kanser oleh doktor pada 31hb Januari 2017 keesokan harinya 2hb Februari terus melakukan pembedahan. Doanya kiranya Allah nak mengambil nikmat yang lain silakan tetap jangan mengambil dua nikmat darinya iaitu berdakwah dan solat berjemaah.
"Alhamdulillah pembedahan yang makan masa 5 jam itu berjaya mengeluarkan kanser lebih kurang sebesar ketayap saya, lebih kurang 1 kg. Saya juga menghidap kanser usus dan terpaksa dipotong sehingga 1.4 meter," luahnya .
Katanya lagi, "Saya koma lima hari dan saya tidak sedar apa, tapi bila saya sedar orang datang walau tengah sakit saya akan senyum dan buat tangan macam ini (tanda baik). Saya pun tak tahu dari mana kekuatan itu datang, mungkin berkat doa orang ramai."
Ujian Tidak Mematahkan Misi Hidup
Apabila berita Ustaz Hanafi menghidap kanser tersebar melalui media massa, beliau diuji pula dengan masalah kewangan hingga terpaksa menjual motor kesayangannya. Beliau tidak dipanggil ceramah oleh ramai orang dan hilang sumber pendapatan. Keluarganya juga terpaksa mengurangkan kos perbelanjaan dan beberpa asetnya terpaksa dijual untuk menampung kos rawatan dan kimoterapi.
Bila berhadapan dengan isteri dan anak anak Ustaz Hanafi takut mereka rasa lemah dan takut. "Jadi sentiasa senyum, positif bagi dia orang semangat. Saya tak boleh bayangkan kalau mereka hidup tanpa saya."
Ustaz Hanafi juga memohon agar Allah memberikannya kesempatan untuk melaksanakan misinya. "Mission saya nak siapkan sekolah tahfiz anak yatim, alhamdulillah dapat dibinakan dan juga madrasah. Surau untuk arwah mak saya dan juga rumah pemulihan akhlak di Taiping, Perak. Saya minta izin dari Allah agar siapkan ini dulu, alhamdulillah sekarang dah siap."
Bagi mereka yang tidak terkena kanser, pesannya jangan berlagak, angkuh dan sombong. Allah tidak suka orang yang sombong. Usah cabar Allah."Aku hisap rokok banyak aku tak kena pun kanser. Aku makan apa sahaja tak kena kanser,aku tak ikut diet dan darah tinggi tak kena kanser pun. Jangan cabar Allah." ujarnya lagi.
Amalan 5S dan 2Z
Ustaz Hanafi turut menitipkan formula 5S dan 2Z yang menjadi amalannya untuk pesakit kanser yang sedang melawan sakit ini:
5S :
1. S pertama – syukur dan sabar.
"The power when you say Alhamdulillah, jiwamu jadi lapang dan hatimu akan menjadi tenang. Tenang berhadapan ujian, menerima rawatan, berhadapan dengan kanser itu sendiri. Tenang hanya datang daripada jiwa yang sentiasa bersyukur."
2. S kedua – Sangka baik.
"Orang cakap ustaz you are so positive.Hingga dr pun cakap tak pernah jumpa pesakit kanser macam Ustaz. The king of postive thinking adalah bersangka baik dengan Allah. Apa yang Allah nak bagi lepas ini, apa sebab Allah bagi sakit kanser kat aku. Mesti ada sesuatu yang lebih besar Allah kan bagi. Samada syurga atau nikmat dunia atau saya menjadi inspirasi kepada pesakit kanser lain.
3. S ketiga – Solat.
"Sakit macam manapun jangan tinggal solat. Saya alhamdulillah koma lima hari, mengikut cerita isteri saya setiap kali azan saya tersedar dan saya tayammum dan solat. Lepas solat koma balik, wallahualam."
4. S keempat – Sedekah
" Ketika itu masalah kewangan yang besar. Perniagaan dan jemputan ceramah berkurangan,boleh dikata duit hampir tak ada.tapi saya cuba setiap kali solat subuh jumaat saya akan bersedekah atas nama arwah ibu saya. Sedekah ini boleh memadamkan dosa, kemurkaan Allah padam. Jadi Allah sembuhkan saya sedikit demi sedikit."
5. S kelima – Suplimen
"Saya bertaubat tak nak makan macam dulu. Saya makan makanan sihat dan seimbang. Saya rajim membaca buku dalam dan luar negara bagaimana merawat kanser melalui pemkananan."
2Z :
1. Z pertama – Zikir Allah
"Pesakit kanser yang sedang berhadapan dengan sakit ini, tolonglah banyak berzikir.Kita tak tahu bila kita mati. Jadi biarlah kita mati dengan mampu menyebut raja segala zikir "laillahailallah."
2. Z kedua – Ziarah
"Banyakkan ziarah barangsiapa yang bertawakkal , Allah akan menunjukkan jalan keluar dan memberi bantuan. Wallahualam."
Untuk mendengar interview penuh Ustaz Hanfi , boleh melayari nya di https://www.youtube.com/watch?v=hZG-6TWE09w
Sempena bulan kesedaran kanser, Ideaktiv membawakan Power Talk #NIfightagainstcancer khas untuk anda semua.
Power Talk yang dihoskan oleh Nani Roc bersama para panel membincangkan tentang isu-isu hangat, kemajuan perubatan, faktor penyakit serta sokongan yang diperlukan pesakit kanser dan keluarganya, Nantikan di FB Mingguan Wanita,18hb November, 8.30 malam .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2020/11/kanser-ini-teguran-dari-allah-kepada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bahaya Anak Gemar Sosej Tingkatkan Risiko Kanser Usus Jika Kerap Sangat Makan

Bahaya Anak Gemar Sosej Tingkatkan Risiko Kanser Usus Jika Kerap Sangat Makan

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 339 hits
Hampir setiap rumah boleh dikatakan pasti akan ada makanan sejuk beku dalam peti ais Makanan ini sebagai stok untuk anak anak jika waktu terdesak Ini juga makanan ekspres untuk anak jika mereka terasa lapar Menerusi kenyataan Kementerian Ke...
Semoga Allah Sentiasa Menjaga Melindungimu Di Sabah Ardell Sertai Misi Bantuan Sebak Tinggalkan Suami Anak

Semoga Allah Sentiasa Menjaga Melindungimu Di Sabah Ardell Sertai Misi Bantuan Sebak Tinggalkan Suami Anak

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 447 hits
Nama Ardell Aryana dengan misi kemanusiaan memang cukup sinonim Pelakon kecil molek isteri kepada Nadzmi Adhwa ini sering menghulurkan bantuan dan menyertai misi misi kemanusiaan sama ada di dalam negara mahupun luar negara Memandangkan sit...
4 Sunnah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam Di Waktu Petang

4 Sunnah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam Di Waktu Petang

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 263 hits
Maghrib atau jelang petang adalah perpindahan waktu antara siang menuju malam Dibawah ini adalah hal hal The post appeared first on
Makan Chicken Chop Di Raintown Restaurant Aeon Maluri

Makan Chicken Chop Di Raintown Restaurant Aeon Maluri

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 1131 hits
hai assalammualaikum Makan Chicken Chop Di Raintown Restaurant Aeon Maluri Hari Ahad lepas nad mintak izin mr mafia nak keluar dengan kawan sekejap Lama sangat terperap dalam rumah hati macam serba tak kena ajak la siapa yang teman nad jala...
Resipi Aiskrim Vanilla Magnum Homemade Makan Sejuk Terasa Nikmat Coklatnya

Resipi Aiskrim Vanilla Magnum Homemade Makan Sejuk Terasa Nikmat Coklatnya

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 430 hits
Selain pemanis mulut seperti puding agar agar atau kek aiskrim juga antara yang menjadi pilihan yang ramai suka Biasanya sebut aiskrim anak yang akan teruja Resipi aiskrim kali ni bukan je anak anak yang suka kita sebagai ibu ayah pun pasti...
Makan Megi Jer

Makan Megi Jer

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 226 hits
makan megi dengan kononya kuah tom yam ni sebenarnya nak ratah gitu jer tom yam sempoi ni tapi en asben kata nak makan dengan megi pulaknya so ikutkan jer lah buat tomyam ni kak rose guna kuib pati megi tu jer seamboat choice yang dalam pac...
Cara Buat Agar Agar Cendol Gula Melaka Ikut Sukatan Cawan Makan Ketika Sejuk Memang Sedap

Cara Buat Agar Agar Cendol Gula Melaka Ikut Sukatan Cawan Makan Ketika Sejuk Memang Sedap

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 626 hits
Sudah lama teringin nak membuat agar agar cendol gula melaka ni Nampak gambarnya cukup tertarik pasti sedap dan lemak manis Tak boleh tahan lagi nak tunggu hari minggu Kuih ini kena betul betul sejuk baru cantik bila dipotong Ummmph makan s...
Cuba Tempat Makan Baru Di Temerloh Ghalit Steak Hub

Cuba Tempat Makan Baru Di Temerloh Ghalit Steak Hub

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 1074 hits
Kalau mana orang Temerloh atau sekitarnya tak tahu lagi ada sebuah restoren baru yang baru dibuka Nama pun nice juga Ghalit Steak Hub Sebenarnaya restoren ini merupakan cawangan terbaru daripada yang ada di Kuantan Jadi sekarang nak makan s...
Kempunan Makan Kari Kambing Budak 7 Tahun Maut Tertusuk Pisau Di Dada Pada Malam Hari Deepavali

Kempunan Makan Kari Kambing Budak 7 Tahun Maut Tertusuk Pisau Di Dada Pada Malam Hari Deepavali

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 396 hits
Hasrat menyambut perayaan Hari Deepavali dengan suasana kekeluargaan bertukar menjadi tragedi apabila seorang kanak kanak lelaki berusia tujuh tahun maut akibat tertikam pisau di dada oleh sepupunya Dalam kejadian yang berlaku pada Jumaat 1...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya