Kangkung Kampung Goreng Belacan



Alhamdulillah kerana saya telah selamat menjalani pembedahan kecil di kaki bagi membetulkan tulang yang serpih dan juga urat yang terkoyak selepas terjatuh dan jatuh terjelepuk di laman depan rumah. Pada mulanya saya agak berbelah bahagi samada ingin melakukan pembedahan atau sekadar meletak simen. 

Tapi bila mengalami kesakitan yang menyebabkan saya rasa seperti ingin menangis, saya redha dan menyerahkan segalanya pada Allah. Lucu mengingatkan ketakutan untuk melakukan pembedahan menyebabkan saya ragu ragu untuk naik ke katil bagi ditolak ke dewan pembedahan. Tapi setelah Hubby menenangkan, akhirnya saya naik katil dan mula beristighfar. 

Pengajaran dari kes ini ialah manusia hanya merancang tapi Allah jua yang menentukan. Kemalangan boleh berlaku bila bila masa sahaja. Sakit dan sihat juga diluar kuasa kita. Saya baru terlepas cakap yang saya dah lama tidak sakit sewaktu bersembang dengan rakan sekerja sehari sebelum kejadian. 

Selepas ini saya perlu berhati hati bila melangkah. Baru saya ingat yang kaki saya pernah terpeleok tapi tidak jatuh. Walaupun sangat kesakitan namun saya tidak mendapat apa apa rawatan ketika itu. Hanya kini, baru saya sedar yang ianya ada memberi kesan kecederaan pada tulang saya yang dapat dilihat dari x-ray. Sekarang kita masuk bab resepi yang telah saya sediakan minggu lepas. 


Saya beli sayur kangkung kampung dari pasangan suami isteri yang berniaga pisang dan sayuran kampung dengan menggunakan van setiap hari minggu di Seksyen 7 berdekatan dengan Pasaraya Suria. Saya memang suka membeli sayur sayuran dari peniaga seperti ini selain dari peniaga di pasar tani. 

Harga lebih murah berbanding dengan harga di kedai runcit. Contoh, serai kalau dibeli di kedai runcit, 3 batang berharga lebih dari RM1 tapi kalau di pasar tani, boleh dapat 4 batang serai dengan harga RM1 sahaja. Begitu juga dengan daun kunyit. Memang boleh berboros boros menggunakan serai dalam masakan. Hahaha. Sangat berbaloi baloi. 

Itu kalau bab sayuran kampung lah. Tapi kalau bahan bahan lain sama sahaja harganya. Saya beli 6 ekor ikan gelama dan 5 ekor ikan tauhu atau ikan aji aji, harganya RM53. Haa tu dia, jatuh berapa ringgit seekor ikan tu. Boleh tahan sangat lah mahalnya.

Berbalik pada sayur kangkung kampung, rupa sayur kangkung kampung memang berbeza dengan sayur kangkung biasa. Daunnya agak lebar lebar. Batang nya juga lembut. Macam mana nak tulis ya. Yang penting, sedap lah. Saya memang suka makan kangkung. Saya boleh makan kangkung yang dicelur atau digoreng sedikit seperti yang selalu dihidangkan bersama nasi lemak gitu gitu jer. Makan macam meratah ratah. 

Kalau sebut sahaja kangkung, pasti masakan yang sinonim adalah kangkung goreng belacan. Walaupun alergi, hari ini saya mengelat dengan memasukkan juga sedikit belacan. Bila dah diletak belacan, Masya Allah semerbak bau bahan tumis di dapur. Kebetulan ada petai yang dah siap dikupas dalam peti ais, jadi saya masukkan lah sekali. 
Jom layan resepi dan video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba..
Kangkung Kampung Goreng BelacanOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:2 ikat sayur kangkung kampungSedikit petai1/2 tangkai cili merahGaram
Bahan tumbuk kasar:3-4 ulas bawang merah3 ulas bawang putih8 tangkai cili api merah & hijauSedikit belacanSejemput ikan bilis
Cara cara:Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga naik bau. Masukkan petai dan kacau rata. 



Masukkan kangkung dan kacau rata. Masukkan sedikit air sekadar untuk melembutkan sayur kangkung. 
Akhir sekali masukkan garam dan cili merah hiris. Kacau rata. Bolehlah tutup api kerana tidak mahu sayur terlebih masak. 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aziekitchen.com/2018/11/kangkung-kampung-goreng-belacan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nasi Goreng Kimchi Homemade

Nasi Goreng Kimchi Homemade

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 298 hits
NASI GORENG KIMCHI HOMEMADE Aku memang suka makan nasi goreng kimchi ni Bukan pernah pergi Korea pun tapi makin lama macam makin sedap je makanan Korea di tekak aku Aku suka buat kimchi sendiri sebab aku boleh alter rasa kimchi yang aku bua...
Brokoli Goreng Ranggup Superfood Terbaik Anak Anak Tak Suka Sayur Pun Boleh Makan

Brokoli Goreng Ranggup Superfood Terbaik Anak Anak Tak Suka Sayur Pun Boleh Makan

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 621 hits
Betul betul dalam dilema kalau anak tak suka makan sayur Hingga akhirnya ibu pun jadi buntu dan malas nak paksa Bagi ibu yang masih nak tarik minat anak makan saya jangan asa mencuba Walaupun tak banyak anak makan sekurang kurangnya dia ras...
Sotong Goreng Halia Campur Madu Sedapnya Tak Terkata

Sotong Goreng Halia Campur Madu Sedapnya Tak Terkata

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 506 hits
Sotong Goreng Halia Campur Madu Sedapnya Tak Terkata Macam biasa sotong memang antara seafood kegemaran saya Namun sejak akhir akhir ni mahalnya harga sotong nak order makan sambal sotong pun fikir banyak kali Dah lah bila dimasak dia jadi ...
Nasi Goreng Gila Memang Gila Terangkat Di Cheese Banjir

Nasi Goreng Gila Memang Gila Terangkat Di Cheese Banjir

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 771 hits
Restoran Cheese Banjir di Desa Pandan sekali lagi jadi tumpuan Cikza entah ke berapa kali repeat mai singgah sini Khabarnya ada menu baru yang menarik hati Bukan apa selalu duk scroll Cheese Banjir Facebook Page ni buat rasa terliur bila ad...
Cendawan Goreng Dengan Sotong

Cendawan Goreng Dengan Sotong

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 1083 hits
Orang sakit akan menjadi sangat sensitif dan sangat sentimental Saya sebenarnya telah underestimate akan tahap kesakitan selepas operation Bila doktor memberi ubat penahan sakit saya menanya kalau dah tak sakit tak perlu ambil lah kan Rupan...
Sayonara Kampung Bahru Karya Kontroversi Mengkritik Mentaliti

Sayonara Kampung Bahru Karya Kontroversi Mengkritik Mentaliti

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 378 hits
Karya terbaru saya Sayonara Kampung Bahru bakal terbit tidak lama lagi Buku ini dijangka akan memasuki pasaran pada bulan Disember 2018 Ada apa dengan Kampung Bahru Pasti ramai yang tahu akan kewujudan sebuah perkampungan melayu di tengah t...
Menu Selera Kampung Mengandungi Ulam Dan Sambal

Menu Selera Kampung Mengandungi Ulam Dan Sambal

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 2717 hits
Menu selera kampung mempunyai ramai peminat Biarpun menu dan resipi luar negara semakin merasap menyerah lidah dan citarasa rakyat Malaysia namun menu selera kampung tetap masih menjadi pilihan Menu selera kampung biasanya menampilkan resip...
Tiket Malaysia Myanmar Macam Pisang Goreng Panas

Tiket Malaysia Myanmar Macam Pisang Goreng Panas

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 354 hits
ANTARA penyokong yang hadir menyasikan perlawanan Piala AFF Kumpulan A antara Malaysia dan Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil Isnin lalu NSTP Mohd Khairul Helmy Mohd DinTiket Malaysia Myanmar macam pisang goreng panasKUALA LUMPUR Ibarat p...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik