Kane Bawa England Ke Separuh Akhir


Kane bawa England ke separuh akhir


HARRY KANE meledak gol kemenangan England ketika menewaskan Croatia 2-1 dalam Liga Negara-Negara Eropah di Stadium Wembley, London hari ini. - REUTERS

LONDON 19 Nov. - Kapten, Harry Kane memilih waktu tepat untuk bangkit apabila meledak gol kemenangan yang membawa England ke separuh akhir Liga Negara-Negara Eropah selepas mengalahkan Croatia 2-1 di Wembley, hari ini.


Penyerang Tottenham itu gagal menjaringkan gol dalam tujuh penampilan terakhir, namun hari ini dia muncul penyelamat dengan meledak gol lima minit sebelum tamat permainan untuk membawa England menjuarai Kumpulan A4.


Terdahulu, tuan rumah dikejutkan dengan jaringan Andrej Kramaric pada minit ke-57 tetapi pemain gantian, Jesse Lingard menggunakan keadaan kelam kabut di depan pintu gol Croatia dengan menolak gol penyamaan pada minit ke-78.

Tiga mata yang diraih membolehkan England menamatkan kempen di tangga teratas dengan tujuh mata, diikuti Sepanyol enam mata dan Croatia empat mata.

Croatia, naib juara dunia 2018 kini tersingkir ke Liga B.

"Perlawanan ini benar-benar menguji kesabaran pemain. Kami menunjukkan permainan baik, selain turut dibantu faktor tuah.

"Saya bangga dengan apa yang telah dilakukan pemain kami, bukan sahaja hari ini tetapi sepanjang tahun. Sudah lama saya tidak merasai suasana yang begitu hebat di Wembley," kata pengendali England, Gareth Southgate.

Tahun 2018 adalah musim cemerlang buat bola sepak England. Mereka sebelum ini turut mara ke separuh akhir Piala Dunia di Rusia, Julai lalu.

Kemenangan hari ini melunaskan dendam terhadap Croatia, pasukan yang menyingkirkan mereka dalam Piala Dunia.

Laungan 'Football's Coming Home' bergema di Stadium Wembley sebaik sahaja wisel penamat ditiupkan.

"Suasana sangat menakjubkan. Saya tidak pernah lihat situasi seperti ini di Wembley. Sokongan peminat membuatkan kami rasa amat bangga.

"Kami mula dipandang sejak Piala Dunia, dan saya sering memberitahu rakan-rakan, kalau kita hendak terus dihormati, kita kena mengalahkan pasukan besar," kata Kane kepada Sky Sports. - AGENSI

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://buletinsabahfa.blogspot.com/2018/11/kane-bawa-england-ke-separuh-akhir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Harimau Malaya Mara Bergaya Ke Separuh Akhir Piala Aff

Harimau Malaya Mara Bergaya Ke Separuh Akhir Piala Aff

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 590 hits
Harimau Malaya mara bergaya ke separuh akhir Piala AFFKUALA LUMPUR 24 Nov Skuad Harimau Malaya melangkah penuh bergaya ke separuh akhir Kejuaraan Piala AFF Suzuki 2018 selepas menewaskan Myanmar 3 0 pada perlawanan terakhir peringkat Kumpul...
Fokus Misi Separuh Akhir Cheng Hoe

Fokus Misi Separuh Akhir Cheng Hoe

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 457 hits
CHENG Hoe ketika perlawanan peringkat kumpulan Piala AFF Suzuki 2018 antara Malaysia menentang Myanmar di Stadium Nasional Bukit Jalil NSTRP Asyraf HamzahFokus misi separuh akhir Cheng Hoe KUALA LUMPUR Jurulatih Harimau Malaya Tan Cheng Hoe...
Piala Aff Suzuki 2018 Malaysia Tepati Ramalan Ke Separuh Akhir Tewaskan Myanmar 3 0

Piala Aff Suzuki 2018 Malaysia Tepati Ramalan Ke Separuh Akhir Tewaskan Myanmar 3 0

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 443 hits
24 November 2018 11 14 PM KUALA LUMPUR Skuad Harimau Malaya melangkah penuh bergaya ke separuh akhir Kejuaraan Piala AFF Suzuki 2018 selepas menewaskan Myanmar 3 0 pada perlawanan terak
Ismail Izzani Nyanyikan Lagu Demi Kita Khas Untuk Sharifah Rose Di Pentas Separuh Akhir Juara Lagu Ke 31

Ismail Izzani Nyanyikan Lagu Demi Kita Khas Untuk Sharifah Rose Di Pentas Separuh Akhir Juara Lagu Ke 31

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 1778 hits
Separuh Akhir Juara Lagu ke 31 bagi pusingan kedua telah berlangsung semalam dengan menyaksikan 11 lagu yang bertanding Turut tersenarai memasuki peringkat separuh akhir adalah lagu Demi Kita nyanyian Ismail Izzani Namun apa yang menarik pe...
Kejuaraan Futsal Aff 2018 Skuad Negara Cemerlang Mara Ke Separuh Akhir

Kejuaraan Futsal Aff 2018 Skuad Negara Cemerlang Mara Ke Separuh Akhir

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 426 hits
Mungkin ada yang tidak menyedari bahawa skuad futsal kebangsaan kini sedang bersaing dalam Kejuaraan Futsal AFF 2018 di Jogjakarta Indonesia Raih sembilan mata maksimum Selepas mengharungi tiga perlawanan peringkat kumpulan A skuad yang dib...
Sebab Sebenar Zamani Bermasalah Pada Lagu Pertama Di Separuh Akhir Gv5

Sebab Sebenar Zamani Bermasalah Pada Lagu Pertama Di Separuh Akhir Gv5

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 524 hits
Zamani dianggap antara penyeri rancangan hiburan Gegar Vaganza musim ke 5 ini Pelbagai kisah dan drama berlaku di pentas GV5 sehingga membuatkan masyarakat membicarakan mengenainya secara online dan offline dengan hangat Pada malam Separuh ...
Malaysia Jumpa Thailand Pada Separuh Akhir Piala Aff Suzuki

Malaysia Jumpa Thailand Pada Separuh Akhir Piala Aff Suzuki

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 422 hits
Malaysia jumpa Thailand pada separuh akhir Piala AFF Suzuki Gambar sumber Fb FAM Malaysia OfficialKUALA LUMPUR 25 Nov Malaysia berdepan laluan sukar selepas dijadualkan menentang juara bertahan Thailand pada aksi separuh akhir Kejohanan Bol...
Laluan Sukar Buat Malaysia Di Separuh Akhir

Laluan Sukar Buat Malaysia Di Separuh Akhir

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 348 hits
25 November 2018 11 37 PM KUALA LUMPUR Malaysia berdepan laluan sukar selepas dijadualkan menentang juara bertahan Thailand pada aksi separuh akhir Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuk
Bkn Pastikan Seleksi Cpns 2018 Rampung Akhir Tahun

Bkn Pastikan Seleksi Cpns 2018 Rampung Akhir Tahun

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 395 hits
Kepala BKN Bima Haria Wibisana mengatakan dengan adanya peraturan menteri Nomor 61 Tahun 2018 tentang Optimalisasi Pemenuhan Kebutuhan Formasi Pegawai Negeri Sipil Dalam Seleksi Calon Pegawai Negeri Sipil 2018 maka proses perekrutan seleksi...
Tips Lengkap Dan Mudah Cara Berniaga Kek Coklat Moist Bermula Dari Rumah

Murid Sekolah Tidak Wajib Pakai Tali Leher Mulai 2026 Kpm

Zakat Pendapatan Cara Kira Bayar Zakat Ikut Negeri

Aktiviti Sembang Akhir Tahun 2025 Kopi Ukhwah Ppim 26 12 2025

Malaysia Gemilang Meraih Kemenangan Yang Membanggakan

Best Recipetin Beef Ribs

4fingers For Lunch

Cindy Prado S Legs And Feet In Tights


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Hantar Borang Pencen

Itinerari Malam Sabtu Tahun Baharu 2026 Membeli Belah Dan Santai Di Pj Night Car Boot Sale

Kotak Kurma Eksklusif Tarikan Utama Jualan Ramadan 2026

Jalan Jalan Cari Makan

Skandal Bekas Wanita Pertama Korea Selatan Menggoncang Landskap Politik Negara

Semangat Muda Di Usia Emas Inspirasi Perjalanan Seorang Warga Emas Berusia 68 Tahun