Kancil Raja Pais A K A Krp Adalah Pakar Masakan Tempoyak No 1 Di Malaysia


Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Sebagai anak kelahiran Temerloh Pahang Maha sebenarnya bangga dengan apa yang ada di daerah kelahiran Maha ni. Kalau orang sebut sahaja Temerloh, Pahang apa yang terlintas di dalam pemikiran korang sekarang ni. Selain daripada tempat pelancongan pastinya makanan yang cukup sinonim dengan daerah Temerloh ni



Mestilah Patin Masak Tempoyak. Ini kerana sungai Pahang antara tempat penternakan patin sangkar dan juga tempat pembiakan patin liar yang popular. Kadang-kadang ada orang yang memang peminat makanan Patin Masak Tempoyak ni sanggup mencari sejauh dari utara atau selatan untuk dapatkan yang terbaik. 


Tapi orang Kuala Lumpur dah ada pilihan untuk menikmati Patin Masak Tempoyak asli dari Temerloh ini. Hanya datang sahaja kat Kancil Raja Pais (KRP) atau dahulu dikenali sebagai Kancil Raja Patin di Danau Kota Setapak KL. Maha sendiri datang makan kat sini dan mencuba menu mereka dan terbukti ia pakar masakan tempoyak no #1 di Malaysia. 


Memang terbukti dengan rasa dan juga bahan yang Kancil Raja Pais aka KRP gunakan adalah bahan segar dari Sungai Pahang seperti Ikan Patin. Setiap hari mereka akan dapatkan bekalan ikan yang segar dibawa terus daripada Temerloh ke cawangan mereka di KL ini. Kalau orang Temerloh dah tahu kat sana ada cawangan utama Kancil Raja Pais ini sendiri

Set Gulai Patin Tempoyak (RM 19)

Hari tu Maha datang mencuba pastinya menu wajib kat sini iaitu Set Gulai Patin Tempoyak. Kalau korang suka makan ikan patin ni bahagian mana adakah kepala atau juga ekor. Bagi Maha sendiri suka makan bahagian isi perut tengah. Situ memang banyak lemak ikan yang lembut dan sedap gilerrrr. Sampai menjilat jari lah dibuatnya kalau makan Patin Masak Tempoyak ni

Set Patin Pais Bakar (RM 25)
Set Patin Kayu Api (RM 25)

Kemudian menu patin lain yang Maha cuba hari tu adalah Set Patin Pais Bakar dan juga Set Patin Kayu Api. Apa beza kedua-duanya ini adalah cara masakan di mana satu ia dibakar dalam oven atau atas dapur gas. Manakala satu lagi yang agak gelap sikit ini ia dibakar dengan kayi api sehingga bila gigit dapat rasa asap kayu yang meresap dalam makanan tu lazat gilerrrrr

Sifud Pais Tempoyak (Dari RM 31.70)
Keli Pais Bakar (RM 10)

Selain itu juga ada makanan laut yang dimasak dengan tempoyak juga seperti Set Sifud Pais Tempoyak dan juga ikan sungai Keli Pais Bakar. Ia juga dimasak dengan menggunakan kuah tempoyak dan rasa lain kerana menggunakan ikan lain. Kalau yang tak makan ikan atau seafood boleh lah tempah Ayam Goreng. Tapi tak digoreng dengan tempoyak lah hehehehe. 
Ayam Goreng (RM 5 Seketul)

Kali ini kat Kancil Raja Patin memperkenalkan dua menu baharu mereka untuk menambah lagi variati dalam pemilihan menu makanan. Menu terbaharu itu adalah Sotong Bersalut Tepung Bersaus Tempoyak dan Udang Bersalut Tepung Bersaus Tempoyak. Ini pertama kali Maha rasa memang jatuh cinta pada tepung yang mereka gunakan sangat membuatkan makanan laut tu rangup diluar dan dalam masih lembut dan berjus lagi. Satu pinggan tu memang Maha boleh habis seorang ditambah lagi dengan saus yang diperbuat daripada tempoyak dan juga rasa manis, masam dan pedas

Udang Bersalut Tepung Bersaus Tempoyak (RM 25)
Sotong Bersalut Tepung Bersaus Tempoyak (RM 25)

Gabungan ini sangat mantap dan memang kena kalau makan ratah macam tu sahaja pun boleh kalau nak makan dengan nasi pun bagi Maha sangat sesuai. Menu baharu ini hanya ada di cawangan Kancil Raja Pais aka KRP Danau Kota Setapak sahaja buat masa ini. Maha suka makan kat Kancil Raja Pais aka KRP ini kerana restoran mereka yang luas dan selesa serta bersih. Nak makan pun sangat berselera. Tapi kalau tak boleh datang restoran Kancil Raja Pais aka KRP di Danau Kota Setapak ni boleh sahaja order melalui perkhidmatan penghantaran makanan, bawa pulang, COD atau juga pandu lalu




Mungkin masih yang belum tahu kat mana terletaknya Kancil Raja Pais cawangan Danau Kota Setapak ini ia betul-betul berhadapan dengan Medan Selera Danau Kota dan juga sebaris dengan kedai 99 Speed Mart Taman Setapak Indah. Kalau nak senang korang boleh sahaja Waze atau Google Maps sahaja Kancil Raja Patin (nama lama) mesti jumpa. Tak apa nanti Maha tinggalkan alamat penuh dan juga link Waze dan Google Maps restoran ini. Restoran ini dibuka setiap hari dari pukul 11.00 pagi hingga 10.00 malam untuk sesiapa datang makan tengahari atau malam



Maha sangat rekemen restoran ini kepada korang yang nak cari originaliti Masak Patin Tempoyak. Boleh war-war pada kawan-kawan yang suka masakan ini ok. Selamat mencuba dan juga selamat menjamu selera semua

Sebarang tempahan atau pertanyaan dan mencari lokasi boleh rujuk di sini:
Alamat: Kancil Raja Pais aka KRP  Danau Kota,18, Jalan 5A/6, Taman Setapak Indah, KLWhatsapp: 013 432 6165Facebook: https://www.facebook.com/kancilrajapatinInstagram: https://www.instagram.com/kancilrajapatinTikTok: https://www.tiktok.com/@kancilrajapatin








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mahamahu.com/2022/10/kancil-raja-pais-aka-krp-adalah-pakar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menu Baharu Hanya Di Kancil Raja Pais Aka Krp Danau Kota Sotong Dan Udang Salut Tepung Sos Tempoyak

Menu Baharu Hanya Di Kancil Raja Pais Aka Krp Danau Kota Sotong Dan Udang Salut Tepung Sos Tempoyak

papar berkaitan - pada 27/9/2022 - jumlah : 269 hits
Menu Baharu Hanya Di Kancil Raja Pais Danau Kota Sotong dan Udang Salut Tepung Sos TempoyakMenu Baharu Hanya Di Kancil Raja Pais aka KRP Danau Kota Sotong dan Udang Salut Tepung Sos Tempoyak Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys Penggema...
Kancil Raja Pais Kini Di Danau Kota Jom Rasai Pais Sebenar

Kancil Raja Pais Kini Di Danau Kota Jom Rasai Pais Sebenar

papar berkaitan - pada 28/9/2022 - jumlah : 204 hits
Hi Korang Malaysia memang terkenal dengan makanan makanan yang unik tapi sedap dan enak tak kira di mana jua pun ada je makanan yang sampai orang ramai sanggup ke sana semata mata untuk merasai keenakan makanan tersebut Biasa dengan patin m...
Hiburan Rakyat Malaysia Perlu Rm1 Juta Dalam Simpanan Untuk Bersara Dengan Bermaruah Di Kl Pakar

Hiburan Rakyat Malaysia Perlu Rm1 Juta Dalam Simpanan Untuk Bersara Dengan Bermaruah Di Kl Pakar

papar berkaitan - pada 26/9/2022 - jumlah : 184 hits
Lapor pakar perkiraan bahagian strategi Kumpulan Wang Simpanan Malaysia rakyat Malaysia yang ingin bersara dengan tenang dalam tempoh 20 hingga 30 tahun lagi memerlukan sekitar RM900 000 sehingga RM1 juta dalam akaun simpanan mereka Menurut...
Malaysia Adalah Negara Hybrid Dan Bukannya Negara Sekular Macam Dap Berkata

Malaysia Adalah Negara Hybrid Dan Bukannya Negara Sekular Macam Dap Berkata

papar berkaitan - pada 29/9/2022 - jumlah : 325 hits
Malaysia adalah negara hybrid dan bukannya negara sekular macam DAP berkata BN nak negara hybrid PH pula nak Malaysia bertukar menjadi negara sekular dan PAS mahukan negara Islam Bagi mandat ini kepada rakyat dan biarlah rakyat yang menentu...
Harimau Malaya Tewas Menerusi Penentuan Sepakan Penalti Gol Jadi Wira Aksi Akhir Piala Raja Thai Malaysia Vs Tajikistan

Harimau Malaya Tewas Menerusi Penentuan Sepakan Penalti Gol Jadi Wira Aksi Akhir Piala Raja Thai Malaysia Vs Tajikistan

papar berkaitan - pada 26/9/2022 - jumlah : 200 hits
Piala Raja Thailand Harimau Malaya tewas menerusi penentuan sepakan penaltiMalaysia gagal menamatkan penantian 44 tahun untuk menjulang Piala Raja Thailand yang berlangsung di bumi Chiang Mai selepas tewas kepada Tajikistan dalam penentuan ...
Inisiatif Aeon Malaysia Lancar Koleksi Busana Pengantin Sedia Untuk Dipakai Buat Pertama Kali

Inisiatif Aeon Malaysia Lancar Koleksi Busana Pengantin Sedia Untuk Dipakai Buat Pertama Kali

papar berkaitan - pada 2/10/2022 - jumlah : 462 hits
Salam to all my readers Inisiatif AEON Malaysia Lancar Koleksi Busana Pengantin Sedia Untuk Dipakai Buat Pertama Kali Kalau dilihat sejak kita semua kembali kehidupan sedia kala dengan norma baharu ramai juga yang dah mula plan semula untuk...
Kita Rakyat Malaysia Akan Tentukan Nasib Mereka Bukan Mereka Tentukan Nasib Kita

Kita Rakyat Malaysia Akan Tentukan Nasib Mereka Bukan Mereka Tentukan Nasib Kita

papar berkaitan - pada 1/10/2022 - jumlah : 196 hits
ARIF EYE AHMADNasib 32juta rakyat ditentukan oleh 6 orang ni atau 32juta rakyat Malaysia tentukan nasib 6 orang ni Pikir masa depan kita bukan masa depan 6 orang ni pilihan ditangan kita jom bersihkan Negara
Us Aviation Authority Restores Malaysia S Air Safety Rating To Category 1 Says Transport Minister

Us Aviation Authority Restores Malaysia S Air Safety Rating To Category 1 Says Transport Minister

papar berkaitan - pada 1/10/2022 - jumlah : 178 hits
Wee said the issues picked up by the FAA in 2019 initially did not reoccur and the CAAM was able to resolve 29 out of the total issues from the second assessment by FAA in December last year in the span of just six months 8212 Bernama photo...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik