Kanak Kanak Mangsa Dera Selamat Dikebumikan Di Jasin


Bernama(Gambar Bernama)JASIN: Jenazah kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang ditemukan lemas di dalam tong air di rumahnya di Taman Krubong Jaya, Jumaat lepas selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Padang Lebar, Simpang Bekoh, kira-kira 12.40 tengah hari tadi.
Jenazah dituntut keluarga kandung ibunya di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Melaka kira-kira 10.05 pagi tadi dan disolatkan di Surau Madrasah As Syakirin sebelum dibawa ke tanah perkuburan yang terletak 600 meter dari rumah datuk kandung kanak-kanak itu.
Pengebumian yang dikawal ketat polis, Angkatan Tentera Awam, dan Angkatan Pertahanan Awam itu turut dihadiri ahli keluarga kandung dan keluarga angkat kanak-kanak itu, namun pihak media tidak dibenarkan masuk ke perkarangan tanah perkuburan tersebut atas permintaan keluarga kandung kanak-kanak itu.
Sementara itu, ibu angkat kanak-kanak itu Norlida Abu Hassan, 50, ketika ditemui pemberita berkata meskipun arwah tidak disemadikan di Selangor, namun dia sekeluarga tetap akan menziarahi pusara anak angkatnya yang mesra dipanggil “adik”.
Terdahulu, tinjauan Bernama di sekitar rumah datuk kandung kanak-kanak itu mendapati kediaman tersebut tertutup rapi dan sunyi tanpa kehadiran keluarga dan sanak saudara, namun hanya kedengaran radio yang memutarkan alunan bacaan Al-Quran.
Bapa saudara kandung mangsa yang ditemui di sekitar rumah itu berkata liang lahad di tanah perkuburan itu digali sejak semalam selepas ahli keluarganya memutuskan untuk menguruskan keseluruhan proses pengebumian jenazah kanak-kanak malang tersebut.
Jumaat lepas, seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun maut, dipercayai akibat didera ibu kandung dan bapa tirinya, dalam satu kejadian di Taman Krubong Jaya.
Kanak-kanak itu didakwa lemas di dalam tong air di rumahnya dalam kejadian kira-kira 4 petang, namun siasatan awal polis mendapati terdapat kecederaan fizikal pada badan mangsa.
Mangsa sebelum ini dibesarkan keluarga angkatnya yang tinggal di Rawang, Selangor ketika masih bayi sebelum ibu kandung mangsa mengambilnya semula untuk dijaga, pada Oktober tahun lepas.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/02/kanak-kanak-mangsa-dera-selamat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Sambung Reman Ibu Kandung Bapa Tiri Kanak Kanak Mangsa Dera

Polis Sambung Reman Ibu Kandung Bapa Tiri Kanak Kanak Mangsa Dera

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 323 hits
83 total views 83 views today Polis melanjutkan tempoh tahanan reman selama tujuh hari ke atas ibu kandung dan bapa tiri kanak kanak lelaki tujuh tahun yang ditemukan lemas di dalam tong air di rumahnya di Taman Krubong Jaya di Melaka mingg...
Jenazah Kanak Kanak Dipercayai Mangsa Dera Sudah Dituntut Keluarga Kandung

Jenazah Kanak Kanak Dipercayai Mangsa Dera Sudah Dituntut Keluarga Kandung

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 275 hits
Oleh Polis mengawal ketat Madrasah As Syakirin Simpang Bekoh Jasin di mana jenazah mangsa akan disembahyangkan sebelum dikebumikan NSTP AMIR MAMAT JASIN Jenazah kanak kanak dipercayai mangsa dera ibu kandung dan bapa tirinya di Taman Krubon...
Jenazah Amir Telah Selamat Dikebumikan Di Melaka

Jenazah Amir Telah Selamat Dikebumikan Di Melaka

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 245 hits
131 total views 131 views today JASIN Jenazah kanak kanak lelaki berusia tujuh tahun yang ditemukan lemas di dalam tong air di rumahnya di Taman Krubong Jaya di sini Jumaat lepas selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Padang Lebar Si...
Keluarga Angkat Akur Jenazah Mangsa Dera Dituntut Oleh Keluarga Kandung Ibunya

Keluarga Angkat Akur Jenazah Mangsa Dera Dituntut Oleh Keluarga Kandung Ibunya

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 368 hits
Keluarga angkat akur jenazah mangsa dera dituntut oleh keluarga kandung ibunyaJenazah kanak kanak yang maut dipercayai didera oleh ibu kandung dan bapa tirinya di Taman Krubong Jaya pada Jumaat lalu akan dituntut oleh keluarga ibu kandungny...
Video Jenazah Jamali Shadat Selamat Dikebumikan Arwah Pesan Jangan Malukan Keluarga

Video Jenazah Jamali Shadat Selamat Dikebumikan Arwah Pesan Jangan Malukan Keluarga

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 399 hits
CUACA cerah mengiringi majlis pengebumian pelawak terkenal era 80an Datuk Jamali Shadat di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pinang Pulau Indah Jenazah selamat dikebumikan kira kira pukul 3 50 petang Rabu selepas dimandi dan disolatkan ...
Pening Tentang Stok Barangan Runcit Inilah Jalan Keluar Yang Lebih Selamat Dan Lebih Mudah

Pening Tentang Stok Barangan Runcit Inilah Jalan Keluar Yang Lebih Selamat Dan Lebih Mudah

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 466 hits
Sebilangan besar negara kita sekarang sedang dalam keadaan terkurung Tetapi kita masih diberi pengecualian seperti keluar untuk mendapatkan rawatan dan juga untuk membeli belah barangan runcit keperluan dapur Sedikit kelonggaran ini membuat...
Luna Selamat Melahirkan 5 Anak

Luna Selamat Melahirkan 5 Anak

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 363 hits
LUNA DAH SELAMAT MELAHIRKAN 5 ANAK Hai korang 16 Mei 2020 Luna dah selamat melahirkan 5 anak weiii I lah bidan terjun dia hahaha Alhamdulillah rezeki bulan ramadan haha Btw kan ini bukan pertama kali beranak ini dah second time Tapi ada yan...
Harris Alif Intan Ladyana Selamat Bernikah

Harris Alif Intan Ladyana Selamat Bernikah

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 408 hits
Pasangan selebriti Intan Ladyana 39 dan Harris Alif 22 sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan di sini jam 10 pagi hari ini Majlis itu disempurnakan Penolong Pengarah ...
Beberapa Kawasan Di Kuantan Shah Alam Mula Dinaiki Air

Kkm Tingkatkan Siap Siaga Demi Kebajikan Mangsa Banjir

Peristiwa Pelik Ribut Tropika Senyar Dalam Malaysia

Jalan Jalan Menikmati Suasana Malam Di Liyang

Seorang Guru Maut Selepas Kenderaan Yang Dipandu Rempuh Belakang Treler Di Kampung Pandan Kuantan Bypass Tengahari Tadi

Drama Good Boys Go To Heaven

Ribut Tropika Senyar Fenomena Luar Biasa Dan Persediaan Cuaca Malaysia

Doa Ketika Hujan Dan Doa Menghadapi Musibah Banjir


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Panduan Pilih Water Filter Portable Penting Semasa Krisis Air Kotor

Ahli Politik Punca Perpecahan Kaum Di Malaysia

Apa Itu Spot Uv Bagaimana Ia Jadikan Packaging Nampak Lebih Eksklusif

Hadiah Birthday

Kenapa Ada Yang Terus Membeli Sharifah Sakinah Seru Netizen Untuk Boikot Shein Terjebak Dalam Kontroversi Mengecewakan

Syukur Di Hujung Jalan Menghargai Perjalanan Hidup