Kampung Banyok Tenggelam Warisan Melanau Terakhir Di Dudong Bakal Hilang


Nuzuluddin Abdul Razak
Pemandangan dari jeti lama Kampung Banyok yang memperlihatkan pergerakan bot ekspres dan kapa-kapal besar yang sedang berlabuh di seberang sungai bertentangan. - Astro AWANI DUDONG: Berdasarkan cerita nenek moyang dan penduduk terawal yang tinggal di Kampung Banyok, penempatan minoriti masyarakat Melanau di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Dudong, Sibu itu sudahpun berusia lebih 200 tahun
 Terletak hanya 30 minit daripada bandar Sibu, Kampung Banyok dipisahkan oleh Sungai Rajang dan kemudian dihubungkan menggunakan Jambatan Lanang yang telah siap pada tahun 2006 lalu bagi menggantikan perkhidmatan feri sedia ada
 Berbanding zaman 40an yang lalu, bilangan penduduk di Kampung Banyok ketara bertambah daripada sembilan buah rumah kepada lebih 20 buah rumah yang kini dihuni lebih 500 orang penduduk berbilang bangsa, dan umur.   Bercerita lanjut sejarah Kampung Banyok, Ketua Kampung Hanafi Gesah, 72, berkata, sejak dia lahir, pembangunan infrastruktur asas seperti bekalan air, elektrik dan jalan raya telahpun dilaksanakan secara berperingkat
 “Saya lahir tahun 1949, dan daripada itu selepas negara mencapai kemerdekaan 1957, setiap pembangunan segera dilaksanakan walaupun ambil masa namun ianya bejaya disiapkan demi keselesaan penduduk Melanau di sini
 “Kerajaan membina semua kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik, jalan raya termasuklah surau, balai raya, dan sekolah untuk kami meningkatkan taraf hidup penduduk khasnya golongann kanak-kanak,” katanya ketika ditemui Astro AWANI di Kampung Banyok baru-baru ini.  Namun di sebalik kenikmatan yang sedang dirasai itu, kehidupan penduduk sebenarnya dihantui oleh fenomena hakisan sungai yang semakin membimbangkan sejak puluhan tahun lalu
  Sebahagian tebingan sungai yang telah terhakis dari bergelombang yang dihsailkan kapal-kapal besar di sepanjang Sungai Rajang. - Astro AWANI Jelas Hanafi, sedari kecil, beberapa keluarga termasuk dirinya terpaksa berpindah ke kawasan yang lebih jauh dari tebing kerana lokasinya tidak lagi selamat dan rumah mereka roboh dihempas gelombang
 “Rumah ini adalah kediaman ketiga saya selepas lokasi yang pertama dan kedua hilang akibat hakisan yang berlaku puluhan tahun lalu, walaupun ada pokok pedada yang tumbuh di tepi sungai ini namun belum cukup menahan kekuatan gelombang daripada kapal-kapal besar
 “Kapal-kapal pasir akan lalu di Sungai Rajang ini hampir setiap hari tanpa henti dan ada antaranya mengakibatkan tanah susur apabila kapal tersebut berlabuh di pinggiran sungai berhampiran kampung ini,” katanya
 Permasalahan itu sebelum ini disuarakan berulang-ulang kali oleh penduduk kepada pihak bertanggungjawab namun belum mendapat perhatian ataupun tindakan yang nyata di lapangan
 Bagi pesara kerajaan, Ahmad Yusuf, 66, mereka telah bermesyuarat dan meminta agar sebuah projek tebingan sungai dan tebatan banjir dilaksanakan di kampung tersebut dengan segera
 “Bila siap benteng sungai ini kelak, kesannya sangat besar dan mendalam buat kami yang tinggal di sini, kami tidak lagi perlu resah memikirkan nasib penduduk yang tinggal di tebingan sungai dan meneruskan pelan pembangunan di kampung ini tanpa sebarang masalah,” katanya
  Kawasan tebingan yang dahulunya ada rumah penduduk namun terpaksa dipindahkan akibat sudah terlalu hampir dengan kawasan sungai. - Astro AWANI Sementara, Hanapiah Ahmad, 36, antara generasi baharu yang bakal menetap di kampung tersebut berharap projek benteng sungai dan tebatan banjir itu dapat dilaksanakan segera sekaligus menyelesaikan isu banjir yang masih berlaku sehingga ke hari ini
 “Saya baru balik kampung selepas dua tahun bekerja di semenanjung, dan sebagai generasi baharu, ramai anak-anak di sini yang memilih untuk kerja atau tinggal di luar kerana kawasan ini selalu banjir, dan masalah hakisan mengakibatkan tanah di kampung ini mendap,” katanya
 Untuk lima tahun akan datang selepas terbentuknya kerajaan baharu, mereka berharap dan sentiasa menaruh harapan yang tinggi agar projek tersebut dapat direalisasikan supaya warisan terakhir masyarakat Melanau di Dudong itu tidak tenggelam ditelan Sungai Rajang
 Dalam pada itu, permohonan dan proposal untuk projek tersebut telahpun diajukan kepada pihak tertentu antaranya melibatkan Majlis Perbandaran Sibu (MPS), dan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS)
 Projek tersebut juga telah sampai ke pengetahuan dan pemerhatian lanjut Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) Datuk Seri Tiong King Sing yang juga calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi DUN Dudong dalam Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN) Sarawak
 Terdahulu Ahli Parlimen Bintulu itu mendedahkan kerajaan negeri sudah meluluskan peruntukan RM6 juta kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk membuat kajian di Sungai Rajang dan Sungai Igan bagi mencari penyelesaian masalah banjir di Sibu khususnya dalam kawasan Dudong


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/kampung-banyok-tenggelam-warisan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siapa Adun Selangor Bakal Lompat Ke Warisan Semenanjung 17 Disember

Siapa Adun Selangor Bakal Lompat Ke Warisan Semenanjung 17 Disember

papar berkaitan - pada 30/11/2021 - jumlah : 191 hits
AGENDA DAILY Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Shafie Apdal memberi bayangan seorang ADUN di Semenanjung bakal menyertai parti itu apabila sayapnya dilancarkan pada 17 Disember ini Siapa Ahli Dewan Undangan Negeri di Selangor yang bak...
Pemimpin Umno Berjuang Isu Tanah Kampung Baru Hilang Membisu

Pemimpin Umno Berjuang Isu Tanah Kampung Baru Hilang Membisu

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 241 hits
AGENDA DAILY Kampung Baru terletak di tengah tengah bandar Kuala Lumpur Pemimpin UMNO yang lantang memperjuangkan isu tanah di Kampung Baru kini diam membisu dalam isu melibatkan penduduk flat disitu yang diarahkan berpindah dengan mengguna...
Moonbyul Mamamoo Bakal Comeback Solo Tahun Depan

Moonbyul Mamamoo Bakal Comeback Solo Tahun Depan

papar berkaitan - pada 6/12/2021 - jumlah : 288 hits
Pada 3 Disember Moonbyul MAMAMOO telah mengeluarkan video teaser misteri bertajuk 6ix Artis itu sebelum ini memberi bayangan kepada peminat bahawa dia sedang membuat persiapan untuk kemunculan semula solo atau beberapa projek solo lain sebe...
6 Konsep Resepsi Pernikahan Yang Interaktif Dan Seru Bakal Tak Terlupakan Buat Tamu

6 Konsep Resepsi Pernikahan Yang Interaktif Dan Seru Bakal Tak Terlupakan Buat Tamu

papar berkaitan - pada 6/12/2021 - jumlah : 322 hits
Jangan biarkan tamu pulang cuma ghibahin soal kateringmu Ajak mereka nikmati pestamu
Terengganu Fc Bakal Lantik Pengarah Teknikal

Terengganu Fc Bakal Lantik Pengarah Teknikal

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 341 hits
KUALA TERENGGANU BeIum reda berkenaan peIantikan ketua juruIatih Terengganu FootbaII CIub Nafuzi Zain ahIi Iembaga pengarah TFC sebenarnya turut membuat keputusan mengejut apabiIa bersetuju meIantik Pengarah TeknikaI baru bagi pasukan panta...
Perupa Nasional Bakal Ramaikan Pameran Lukisan Artos Kembang Langit Di Banyuwangi

Perupa Nasional Bakal Ramaikan Pameran Lukisan Artos Kembang Langit Di Banyuwangi

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 286 hits
Pameran ini sekaligus dalam rangka memperingati Hari Jadi Banyuwangi ke 250 Para perupa bersama Pemkab Banyuwangi menggelar Pameran Lukisan ArtOs Kembang Langit 10 18 Desember 2021
Pelawak Jang Dongmin Umum Bakal Kahwin Bulan Ini

Pelawak Jang Dongmin Umum Bakal Kahwin Bulan Ini

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 226 hits
Pelawak Jang Dong min akan berkahwin Pada 6 Disember dilaporkan bahawa Jang Dong min akan berkahwin akhir bulan ini dengan seorang wanita bukan selebriti Kemudian agensinya LD Story mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan berita itu Helo in...
Jurulatih Terengganu Fc Musim 2022 Bakal Diputuskan Esok

Jurulatih Terengganu Fc Musim 2022 Bakal Diputuskan Esok

papar berkaitan - pada 6/12/2021 - jumlah : 436 hits
Kuala Terengganu Keputusan sama ada Nafuzi Zain kekal atau tidak bakal diketahui esok sumber daripada wartawan Astro Arena Fina Nasrom menyatakan perkara tersebut akan diputuskan dalam mesyuarat lembaga pengarah Kptsn akhir terganggu dgn na...
When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Cash And Bank Transfer Rm360k Linked To Tempasuk Rep

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Migraine Sebelum Haid

Cetaphil Toner Bantu Kulit Flawless

Penganggur Dipenjara 12 Tahun Atas Kesalahan Merompak Dan Menyamar Sebagai Polis

Kejayaan Atlet Silat Sarawak Noktahkan Penantian Malaysia Menangi Kejohanan Dunia

Jalan Kampung Pun Ada Lampu Jalan Berbayar Tak Sedia Lampu Dr Akmal Tegur Syarikat Konsesi

Kerajaan Tak Benarkan Kenaikan Tarif Elektrik Yang Jejaskan Orang Ramai Pm