Kami Undur Jika Rundingan Ke Atas Sabah Dimulakan




KOTA KINABALU – Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu hari ini diberitahu penceroboh Kampung Tanduo di Lahad Datu akan berundur dari kampung itu jika kerajaan membuat perjanjian secara bertulis untuk memulakan rundingan berhubung tuntutan ke atas Sabah. Seorang tertuduh dalam kes itu, Datu Amir Bahar Hushin Kiram, 53, berkata perunding bagi kerajaan Malaysia, yang dikenalinya sebagai Datuk Hamid Bador, memberitahu ketua pencerobohan itu Datu Agbimuddin Kiram, bahawa rundingan berhubung tuntutan ke atas Sabah akan bermula sebaik sahaja Datu Agbimuddin dan pasukannya meninggalkan Kampung Tanduo dan pulang ke Filipina. “Bapa saudara saya Datu Agbimuddin setuju untuk berundur, tetapi katanya dengan satu syarat iaitu Datuk Hamid Bador memberitahu perdana menteri supaya membuat perjanjian (rundingan berhubung tuntutan ke atas Sabah) secara bertulis,” katanya. Datu Amir Bahar, yang memberi keterangan dalam bahasa Inggeris, membela diri atas dua pertuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan menjadi anggota sebuah kumpulan pengganas, memilih untuk memberi keterangan dari tempat duduk saksi. Tertuduh berkata Datu Agbimuddin memberitahu pasukan perunding bahawa dia (Datu Agbimuddin) dan saudara kandungnya serta bapa mereka Sultan Punjungan Kiram, datang ke Sabah pada awal 1970-an atas jemputan Ketua Menteri ketika itu, Tun Mustapha Datu Harun. Mereka berbincang tentang tuntutan ke atas Sabah dengan Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Katanya Datu Agbimuddin turut mengimbas kenangan semasa dia tinggal di negeri ini bagi tempoh yang panjang, malah dilantik sebagai penolong pegawai daerah Kudat, namun tiada penyelesaian dibuat berhubung tuntutan kesultanan Sulu ke atas Sabah. Selepas mendengar penjelasan Datu Agbimuddin itu, Datu Amir Bahar berkata Datuk Hamid Bador menjawab dengan berkata permintaan Datu Agbimuddin itu akan disampaikan kepada perdana menteri sekarang. Selesai rundingan itu, tertuduh berkata bapa saudaranya memanggilnya ke sebuah bilik di rumah itu, tempat rundingan diadakan. “Selepas pertemuan (rundingan) itu ditangguhkan, saya dipanggil oleh bapa saudara saya Datu Agbimuddin masuk ke bilik dan dia menasihati saya supaya meyakinkan orang kami agar menimbulkan masalah di Semporna. “Saya memberitahunya saya menghormati beliau sebagai bapa saudara saya, tetapi saya mesti menghormati keputusan bapa supaya saya tidak melibatkan diri dalam perkara yang membabitkan pihak berkuasa Malaysia,” katanya. Datu Amir Bahar berkata ini membangkitkan kemarahan Datu Agbimuddin yang memberitahunya: “Tiada siapa pun yang boleh mengarah saya, walaupun bapa kamu (Sultan Esmail Kiram) dan abang sulung saya Sultan Jamalul Kiram III”. Menjawab soalan peguam Majnah Abdillah, tertuduh berkata sepupu bapanya, Datu Naufal, yang turut menyertai pasukan rundingan bersama Datu Amir Bahar ke Kampung Tanduo, berada di dalam bilik bersama-sama orang Datu Agbimuddin yang dikenali sebagai Haji Musa. Beliau berkata Datuk Hamid Bador dan seorang lagi pegawai polis yang dikenali tertuduh sebagai ACP Zulkifli, duduk di sebuah bilik terbuka di rumah berkenaan. Datu Amir Bahar berkata semasa mereka berada di Felda Sahabat 16 selepas meninggalkan Kampung Tanduo, beliau berjabat tangan dengan ACP Zulkifli yang memintanya supaya meninggalkan Sabah bersama isterinya dan pulang ke Filipina atau berdepan risiko ditangkap polis. “Saya berasa terkejut cara dia bercakap dengan saya. Dia sangat marah,” kata tertuduh. Tertuduh berkata sebaik tiba di tempat tinggalnya di Semporna, dia cuba mengatur urusan mencari sebuah bot untuk membawanya dan isteri ke Filipina, tetapi gagal apabila orang ramai mendapat tahu dia seorang putera sultan. Datu Amir Bahar memberitahu mahkamah bahawa hubungan antara bapanya dan Datu Agbimuddin menjadi dingin ekoran perbezaan dalam cara mereka untuk menuntut Sabah, dengan Sultan Esmail menyukai pendekatan secara damai manakala Datu Agbimuddin pula memilih cara agresif. “Bapa saya selalu nasihatkan beliau bahawa kita mesti sabar untuk berunding dengan kerajaan Malaysia. Jika kita mengambil pendekatan agresif dengan melancarkan perang ke atas Malaysia, apabila ia berlaku, mangsanya adalah orang awam,” katanya. Ketika Majnah bertanya kenapa Datu Amir Bahar terbabit dalam membantu polis berunding dengan Datu Agbimuddin, tertuduh berkata polis sebenarnya meminta bantuan bapanya, yang bersedia melakukan perjalanan dari Filipina, tetapi dihalang oleh Sultan Jamalul Kiram III yang menegaskan bahawa beliau adalah Sultan Sulu sah dan merupakan orang yang sepatutnya pergi. “Bapa saya tidak pergi kerana untuk ke Malaysia, perlu ada wakil dari pejabat presiden Filipina sebagai pencelah dalam rundingan yang akan diadakan. “Tetapi nampaknya Sultan Jamalul menegaskan beliaulah yang sepatutnya pergi, bagaimanapun pihak berkuasa Malaysia tidak suka berurusan dengannya,” kata tertuduh dan menambah, bapanya sebaliknya menyerahkan tanggungjawab rundingan itu kepadanya. Datu Amir Bahar memberitahu mahkamah dia datang ke Sabah secara sah pada September 2012 untuk mengatur perjalanan bapanya ke negeri ini memandangkan dia mahu berjumpa ACP Zulkifli di Kota Kinabalu untuk membincangkan tuntutan ke atas Sabah. Tiga belas warga Filipina dan seorang lelaki tempatan membela diri di hadapan Hakim Stephen Chung di Jabatan Penjara Sabah terhadap beberapa kesalahan yang didakwa dilakukan antara 12 Feb dan 10 April 2013. Ada antara tertuduh yang berdepan satu hingga beberapa pertuduhan menjadi anggota kumpulan pengganas dan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong. Beberapa orang daripada mereka didakwa secara sukarela melindungi individu yang mereka tahu menjadi anggota kumpulan pengganas, atau merekrut anggota atau memberi sokongan kepada sebuah kumpulan pengganas. Perbicaraan bersambung esok. – Bernama


Baca selanjutnya: https://www.sayangsabah.com/kami-undur-jika-rundingan-ke-atas-sabah-dimulakan/

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sermonwriteraudio-marriage.blogspot.com/2016/03/kami-undur-jika-rundingan-ke-atas-sabah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Harga Tiket Penerbangan Ke Kota Kinabalu Sabah

Harga Tiket Penerbangan Ke Kota Kinabalu Sabah

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 1155 hits
Untungnya kat Malaysia ni ada beberapa pilihan untuk beli tiket kapal terbang Selalunya memang AirAsia la bagi harga murah Jadi berapa sebenarnya ni harga tiket penerbangan ke Kota Kinabalu Sabah yang ideal dan murah Biasanya yang bagi tike...
Agong Turut Berduka Atas Kehilangan Datuk Dahlan Zainuddin

Agong Turut Berduka Atas Kehilangan Datuk Dahlan Zainuddin

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 661 hits
KUALA LUMPUR Pemergian penyanyi veteran Datuk Dahlan Zainuddin turut dirasai Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah yang disifatkan sebagai biduan negara Baginda bertitah Dahlan bukan seseorang yang asi...
Kivlan Zen Resmi Ditahan Atas Kasus Senjata Ilegal Dan Dibawa Ke Rutan Guntur

Kivlan Zen Resmi Ditahan Atas Kasus Senjata Ilegal Dan Dibawa Ke Rutan Guntur

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 211 hits
Tim kuasa hukum Kivlan Zen Djuju Purwantoro menyampaikan akan mengajukan penangguhan penahanan untuk kliennya
Warden Dihukum Penjara 228 Tahun 42 Sebatan Atas Tuduhan Liwat Dan Jenayah Seksual

Warden Dihukum Penjara 228 Tahun 42 Sebatan Atas Tuduhan Liwat Dan Jenayah Seksual

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 348 hits
Gambar hiasanKANGAR 31 Mei Seorang warden asrama sebuah pusat tahfiz di sini dihukum penjara berjumlah 228 tahun serta 42 sebatan selepas mengaku bersalah atas 25 pertuduhan meliwat dan melakukan jenayah seksual terhadap lima pelajar tahfiz...
Loh Ee Eng Bendahari Dap Sabah Angkat Sumpah Sebagai Ahli Adun

Loh Ee Eng Bendahari Dap Sabah Angkat Sumpah Sebagai Ahli Adun

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 270 hits
KOTA KINABALU Bendahari DAP Sabah Loh Ee Eng hari ini mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri dilantik di hadapan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Syed Abbas Syed Ali di dewan bersidang DUN di sini Majlis mengangkat su...
Pelantikan Haziq Isi Keperluan Untuk Wakil Sarawak Dan Sabah

Pelantikan Haziq Isi Keperluan Untuk Wakil Sarawak Dan Sabah

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 180 hits
PUTRAJAYA Timbalan Menteri Industri Utama Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata pelantikan Haziq Abdullah Abdul Aziz sebagai Setiausaha Sulit Kanan beliau dibuat setelah mengambil kira keperluan kementerian itu untuk wakil Sarawak d...
Haziq Rapat Dengan Kem Rafizi Kata Timbalan Ketua Amk Sabah

Haziq Rapat Dengan Kem Rafizi Kata Timbalan Ketua Amk Sabah

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 356 hits
KUALA LUMPUR Muhammad Haziq Abdul Aziz individu yang mengaku dalam video intim bersama seorang lelaki mirip menteri Kabinet didakwa rapat dengan kem Reformasi 20 tahun dibawah bekas Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli semasa pemilihan PKR tah...
After Cleaning Flood Hit House Till 3am Angry Sabah Mp Slams Previous Govt

After Cleaning Flood Hit House Till 3am Angry Sabah Mp Slams Previous Govt

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 360 hits
Many houses in Penampang were affected by the floods yesterday KOTA KINABALU International Trade and Industry Minister Darell Leiking said the flood problem in his Penampang constituency would have been resolved if the previous government h...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization