Kami Tiada Wang Hanya Makan Nasi Goreng Kosong Ibu 10 Anak Menangis Terpaksa Pindah Atas Arahan Owner Rumah


The Reporter



Baru-baru ini viral gambar seorang ibu 10 anak yang kelihatan binggung dengan longgokan barangan di luar rumah seperti peti ais, tilam dan perabot setelah gambarnya dirakam serta dikongsikan di media sosial oleh jurugambar bebas, Keow Wee Loong. 


Difahamkan, Rosliza dan anak-anaknya diminta keluar dari rumah sewa itu kerana pemilik asal telah menjualnya kepada pemilik baru.


Menurut laporan Harian Metro, Keow, 33, terserempak dengan Rosliza Hassan, 37, pada jam 7 pagi ketika dia dalam perjalanan ke kedai makan. 


"Saya tergerak nak membantu lebih-lebih lagi bila ternampak anaknya yang masih kecil. Lebih menyedihkan apabila melihat peti aisnya yang hanya ada makanan yang sudah tamat tarikh luput. 




"Kak Ros beritahu dia hanya mampu memberi anak-anaknya makan nasi berlauk bawang dan kuah kari. 


"Saya cuba berunding dengan pemilik rumah untuk memberi tempoh untuk keluarga itu tinggal di rumah, tetapi panggilan tidak dijawab," katanya.


Nasib yang menimpa Rosliza sekeluarga mengundang perhatian Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Chee Keong, yang kemudian segera datang menghulurkan bantuan. 



BERIKUT PERKONGSIAN DARI STEVEN: 


Ibunya Puan Ros ada 10 anak. Paling kecil berumur 3 tahun. Dia duduk di luar rumah menangis mengenangkan nasib anak-anak. Kasih seorang ibu tidak ternilai, susah senang anak didahulukan. 


Saya beritahu Puan Ros, saya akan pastikan sebelum matahari terbenam, keluarga mereka akan ada bumbung di atas kepala. 


Kemudian saya bawa mereka ke Tesco untuk membeli barang keperluan. Dua troli penuh, semoga cukup untuk belakan Ramadhan sehingga hujung Syawal. 


Budak-budak nampak kedai barang mainan tetapi mereka diam. Saya tahu dalam hati mesti tergerak juga. Saya ada anak kecil, tiap kali nampak kedai barang mainan mesti nak minta masuk. Saya bawa mereka masuk dan beli mainan kegemaran mereka. 


Kebetulan di luar Tesco ada bazaar jual baju raya. Dah sampai kat situ, takkan tak beli? Jadi, seorang sepasang baju baru. Ibu kata tak perlu beli untuk dia, beli untuk anak-anak dah cukup. Ibu tak pernah beli baju raya. Saya beritahu anak-anaknya, kali ini kita mesti beli sepasang baju baru untuk ibu. Semua pakat pilih baju untuk ibu. 




Kakak yang sekolah menengah, saya belikan tablet. ASal cek mau pi sekolah, pakcik akan pastikan adik-adik terus belajar walau susah macam mana sekalipun. Hanya ilmu di dada yang mampu mengubah nasib kita. 




Akhir sekali saya bawa mereka makan di restoran makanan segera. Bila nak order, semua diam. Ingatkan mereka tak suka. Rupa-rupanya semua tak pernah makan di restoran seperti itu dan tak tahu nak order apa. Okay tak apa, pakcik tolong orderkan. Setiap seorang satu Happy Meal.




Lepas itu kami pergi ke rumah baru. Puan Ros tanya sewa rumah berapa. Saya kata jangan bimbang, say akan tanggung sampai dia dapat rumah kerajaan nanti. 


Hampir setengah hari, kami semua pun letih. Tapi Puan Ros sekeluarga sekarang dah ada rumah baru, baju baru, tablet baru, peti ais dah penuh (sampai satu rak pecah sebab terlalu berat).


Ibu minta satu saja, blender, nak masak untuk anak-anak. Terlupa beli kat Tesco tadi. Jadi saya pergi beli blender jenama Khind. Saya dah janji ini hari gembira buat Puan Ros sekeluarga. Syukur dapat berkongsi kegembiraan itu. 




Sementara itu, Rosliza menjelaskan, dia sebenarnya tidak mempunyai pilihan dan terpaksa berpindah selepas diminta pemilik rumah berbuat demikian. 


Namun dia tidak mampu untuk mencari rumah sewa yang lain kerana pendapatan bulanannya sebanyak RM700 sebagai pembantu kedai makan tidak mencukupi. 


"Mujur ada Keow dan terima kasih saya ucapkan kepada YB Steven kerana prihatin dan membantu kami sekeluarga," katanya. 


Rosliza yang mendirikan rumah tangga ketika berusia 16 tahun mempunyai 10 anak yang terdiri daripada empat anak lelaki dan enam anak perempuan berusia antara tiga dan 21 tahun. 


Keluarga ini hidup dalam keadaan menderita sejak 2009. Suami Rosliza berusia 40 tahun pula dikatakan selalu tiada di rumah.  Lelaki itu tidak mempunyai pekerjaan tetap dan datang dan pergi mengikut sesuka hatinya. 


Keadaan bertambah buruk apabila PKP dikuatkuasakan menyebabkan mereka tidak mempunyai wang dan hanya akan nasi goreng kosong dengan garam pada Ramadan tahun lalu. 


Salah seorang anak perempuannya berusia 16 tahun terpaksa berhenti sekolah untuk menjaga dua beradiknya yang masih kecil. Dan adakalanya dia membantu di restoran untuk mendapatkan wang. 


Anak sulung Rosliza berusia 21 tahun sudah berkahwin dan bekerja mengambil upah dan perlu menanggung keluarganya.


Rosliza juga menerima RM500 daripada badan zakat. Tetapi permohonannya untuk mendapatkan bantuan kebajikan ditolak atas alasan zakat yang diterima sudah mencukupi.


"Lain orang lain rezekinya. Ada dalam bentuk kekayaan, kemahsyuran dan banyak lagi. Rezeki saya adalah anak-anak 10 orang.


"Ini adalah rahmat Allah buat saya. Setiap hari saya berdoa agar kehidupan saya menjadi lebih baik. Ramadan kali ini akan cukup istimewa buat kami. Saya sangat bersyukur," katanya.


Sumber: FB YB Steven, Harian Metro, Free Malaysia Today


April 05, 2021 at 02:58AM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://atmknews.blogspot.com/2021/04/kami-tiada-wang-hanya-makan-nasi-goreng.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sebak Wanita Yang Memiliki 10 Anak Ini Menangis Depan Rumah Ternyata Perkongsian Yang Dibuat Telah Raih Perhatian

Sebak Wanita Yang Memiliki 10 Anak Ini Menangis Depan Rumah Ternyata Perkongsian Yang Dibuat Telah Raih Perhatian

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 236 hits
Sebak memikirkan nasib 10 anaknya selepas diminta berpindah dari rumah sewa akhirnya bertukar kesyukuran hasil dari perkongsian yang dibuat oleh pemuda yang tidak dikenalinya
Diy Tempat Letak Beg Sekolah Anak Hanya Guna Rak Buku Tersusun Rumah Kemas

Diy Tempat Letak Beg Sekolah Anak Hanya Guna Rak Buku Tersusun Rumah Kemas

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 619 hits
Bila lebih dari seorang anak bersekolah semestinya keperluan sekolah anak pun makin bertambah Sebagai contoh anak sekolah rendah ada dua sesi persekolahan iaitu sekolah kebangsaan dan sekolah agama Andai kata anak mama papa ada 3 orang yang...
70 Keluarga Terpaksa Pindah Akibat Rumah Rosak Di Landa Ribut Angin Kencang Di Balok

70 Keluarga Terpaksa Pindah Akibat Rumah Rosak Di Landa Ribut Angin Kencang Di Balok

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 314 hits
KUANTAN Sebanyak 70 keluarga di sini terpaksa berpindah sementara selepas rumah mereka mengalami kerosakan akibat kejadian angin kencang petang semalam Kejadian antara pukul 5 hingga 6 petang itu turut mengakibatkan pokok tumbang serta bumb...
Kena Halau Rumah Sewa Jangan Menangis Wahai Ibu

Kena Halau Rumah Sewa Jangan Menangis Wahai Ibu

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 260 hits
KATA MP Pagi ini saya sepatutnya ada mesyuarat penting dengan saudara Lim Guan Eng tapi last minute saya terima makluman ada sebuah keluarga di Bukit Mertajam kena halau dari rumah sewa sebab ibu mereka tidak mampu bayar sewa Saya terus per...
Video Ibu Reb4h Anak Buat Kejutan Belikan Rumah

Video Ibu Reb4h Anak Buat Kejutan Belikan Rumah

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 218 hits
Di Twitter seorang lelaki yang dikenali sebagai Iskandar Arifin berkongsi sebuah video mengenai kegigihan seorang anak untuk membahagiakan ibunya Menurut Iskandar wanita yang dikenali sebagai Puan Juzailah itu berjaya memb4kar semangatnya u...
Tak Hanya Soal Suara Suami Suara Tuhan Keinginan Atta Punya Anak 15 Juga Dikecam Komnas Perempuan

Tak Hanya Soal Suara Suami Suara Tuhan Keinginan Atta Punya Anak 15 Juga Dikecam Komnas Perempuan

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 236 hits
Meski baru hanya keinginan Komnas Perempuan mengingatkan Atta kalau wanita bukanlah pabrik anak
Resipi Ayam Goreng Hatyai Rasa Pedas Pedas Manis Rangup Buat Makan Bertambah

Resipi Ayam Goreng Hatyai Rasa Pedas Pedas Manis Rangup Buat Makan Bertambah

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 412 hits
Selera dari negara Thai ternyata amat memberi kepuasan berganda lebih lebih lagi ketika menikmatinya bersama keluarga Tidak hairanlah restoran berasaskan makanan Thai ini sentiasa penuh sesak dengan pelanggan Selain Sup Ayam Ala Thai dan To...
Hanya Makan Minum Tiada Muafakat Umno Pas Di Terengganu Ahmad Said

Hanya Makan Minum Tiada Muafakat Umno Pas Di Terengganu Ahmad Said

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 326 hits
Adam Abu BakarKUALA LUMPUR Pengerusi Umno Terengganu Ahmad Said mendakwa tiada istilah muafakat di negeri berkenaan antara partinya dengan PAS walaupun di peringkat pusat kedua dua parti Melayu Islam itu secara rasmi menjalinkan kerjasama m...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Morning View Kundasang

Jamrud Telat 3 Bulan Chord

Cara Masak Mee Calong Terengganu Sedap Dimakan Panas Panas

Langkawi Cruise Pilihan Pakej Cara Tempah

The Bamboo Flute En Ber Ttelse Om K Rlek F Rlust Och Musikens Makt Fr N 8 E Rhundradets Iran

Panas Express Di Lalaport