Kami Terkejut Lihat Dia Kurus Simpati Pekerja Asing Tak Cukup Makan Chef Cilik Masak Sendiri Untuk Beri Sumbangan
Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semakin kerap kita dengar kisah pekerja warga asing yang kehilangan punca pendapatan. Disebabkan mereka bukan warganegara, mereka juga tidak layak menerima bantuan kerajaan.
Oleh itu, ada antara rakyat Malaysia yang prihatin dengan nasib sebahagian mereka yang terpaksa mengikat perut akibat kelaparan.
Baru-baru ini, chef selebriti cilik, Danish Harraz berkongsi di laman Twitter miliknya mengenai kisah Abang Raheem, seorang pekerja asing yang terpaksa mengikat perut kerana tiada wang.
Menurut Danish, mereka terkejut melihat perubahan pekerja itu yang kurus. Katanya, Abang Raheem memberitahu dia dan rakan-rakannya terpaksa mengikat perut setelah dua bulan tidak dibayar gaji.
Last few days Abang Raheem datang. Dia pekerja asing yg buat berbagai kerja diperumahan disini. My Dad mahu minta dia tolong something. Kami terkejut lihat dia kurus. Katanya sudah 2 bulan dia & yg lain tak dibayar gaji jadi mereka terpaksa ikat perut. pic.twitter.com/rB68TSgcxt
— Danish Harraz (@Danish_Harraz) April 26, 2020
Tambah Danish, Raheem merupakan seorang yang baik hati dan tidak suka meminta upah. Justeru, chef cilik ini telah membekalkan mee goreng ayam buat Raheem dan rakannya yang berpuasa di rumah kongsi mereka.
Abg Raheem memang baik. Dia tak suka minta upah tapi we akan tetap beri dia duit. Ada 60 orang yg berpuasa dirumah kongsi mereka jadi Danish buat Mee Goreng Ayam & minta my Dad hantar.
Nanti Danish akan hantar bekalan makanan pada mereka supaya dapat mereka masak seperti biasa🤗 pic.twitter.com/NADXd8Tuko
— Danish Harraz (@Danish_Harraz) April 26, 2020
NuMee hantar stock NuMee lagi bila tahu Danish mahu masak dan berikan kepada yang memerlukan😍
To NuMee Gardenia, terima kasih kerana support kerja amal Danish🤗❤ #KitaJagaKita #DanishsLoveAndSupportCrew pic.twitter.com/nWhkaLgLRt
— Danish Harraz (@Danish_Harraz) April 26, 2020
Ujarnya, Raheem sebelum ini pernah tinggal bersebelahan rumahnya serta menawarkan khidmat memotong rumput untuk mencari pendapatan.
“Danish diajar berbuat baik sesama manusia, bukan ikut bangsa atau agama.”
Bila masak lebih, Danish akan hantar kerumahnya utk dia & kawan² nya share makan. Kami semua anggap dia seperti keluarga. Until end of last year kerja² mereka disini selesai, mereka pindah ke rumah kongsi.
Danish diajar berbuat baik sesama manusia. Bukan ikut bangsa atau agama.
— Danish Harraz (@Danish_Harraz) April 27, 2020
We treat him like a family kerana itu dia selalu tolak bayaran. But I swear to Allah, never once we didn’t pay him even my Dad akan bayar lebih dari apa dia charge cause we know how hard his life is😭
By the way this thread is about his hardship bukan berapa kami bayar upah dia!
— Danish Harraz (@Danish_Harraz) April 27, 2020
Layanan baik Danish dan keluarga kepada para pekerja asing itu turut mendapat penghargaan orang ramai yang memandang tinggi kepadanya.
Kredit: Twitter Danish Harraz
Kredit: Twitter Danish Harraz
Sumber: Danish Harraz
The post “Kami Terkejut Lihat Dia Kurus”, Simpati Pekerja Asing Tak Cukup Makan, Chef Cilik Masak Sendiri Untuk Beri Sumbangan appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2020/04/28/kami-terkejut-lihat-dia-kurus-simpati-pekerja-asing-tak-cukup-makan-chef-cilik-masak-sendiri-untuk-beri-sumbangan/