Kami Tak Sampai Hati Nak Gugurkan Pasangan Nekad Jaga Kandungan Biarpun Isteri Jalani Rawatan Kimoterapi



Pasangan suami isteri tidak sanggup menggugurkan kandung anak pertama (tiga bulan) walaupun sudah dinasihatkan doktor akan risiko si ibu menjalani rawatan kimoterapi barah paru-paru tahap dua, selain mengalami masalah jantung berlubang. 
Difahamkan, Nur Khairunissaq Yazid, 28, hamil bayi kembar. Namun salah seorang bayinya gugur kerana menjalani rawatan tersebut. 
"Kami tidak sampai hati gugurkan kandungan walaupun satu janin kembar sudah keguguran selepas rawatan kimoterapi. Kami sedar risikonya, tetapi ini anak sulung kami," kata Mohd Araffi Mad Rodzi, suami kepada Nur Khairunissaq. 
Pasangan itu yang menetap di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pudu Ulu itu berkata, tetap bernekad mahu bayi itu dilahirkan dan menganggap itu semua adalah ujian Allah SWT dan mereka perlu kuat menghadapi semua itu. 
Menurut Mohd Araffi, isterinya tidak mengetahui dirinya hamil dan hanya menyedari perkara itu selepas menjalani rawatan kimoterapi kali ketiga. Walaupun tugas menjaga isterinya agak sukar, dia tetap meneruskan dan tidak menganggap perkara itu sebagai bebanan, sebaliknya amanah yang perlu ditunaikan sebagai suami. 
Dia juga pasti, isterinya yang menghidap penyakit jantung berlubang sejak lahir itu kuat dan tabah menghadapi dugaan yang mendatang dan sebagai suami, dia akan terus memberi sokongan kepada pasangannya itu. 
"Isteri saya perlu menjalani pembedahan kerana jantungnya sudah membengkak. Doktor menasihatkan supaya menjalani pembedahan bagi injap jantung dengan anggaran kos RM98,000 yang dijangka pada Mei nanti. 
"Saya risau kerana isteri kerap demam yang mungkin akan menjejaskan bayi dalam kandungan. Pendapatan saya sekitar RM1,300 sebagai pemandu am tidak mampu menampung kos rawatan itu," katanya

Sementara itu, Nur Khairunissaq berkata, dia reda dengan penyakit yang dihidapi dan akan sedaya upaya melawan barah paru-paru yang dikesan sejak 2013. 
"Selepas menjalani pembedahan pada 2016, barah ini sudah sembuh bagaimanapun, ia dikesan merebak semula pada Ogos tahun lalu. Saya terpaksa berulang alik dari rumah ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk mendapatkan rawatan selepas disahkan mengidap barah paru-paru tahap dua," katanya

Meskipun dengan penyakit yang dihidapi, pasangan ini nekad mahu menjaga kandungan itu kerana ia merupakan anak sulung mereka sejak berkahwin tahun lalu. 
Sementara itu, Ketua Skuad Kelab Kebajikan dan Sukarelawan Sosial (KELSS) Kuala Lumpur, Azlina Arbain berkata, pihaknya sudah merujuk perkara itu kepada Baitulmal Kuala Lumpur bagi mendapatkan bantuan membiayai kos rawatan Nur Khairunissaq

"KELSS tampil membantu kerana simpati dengan nasib wanita berkenaan. Selain bantuan Baitumal yang akan diproses nanti, kami akan melancarkan tabung membantunya," katanya

Sumber: Harian Metro

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://penlawak.blogspot.com/2019/01/kami-tak-sampai-hati-nak-gugurkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Ambil Hati Isteri Yang Suami Jarang Buat Rileks Media

Cara Ambil Hati Isteri Yang Suami Jarang Buat Rileks Media

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 730 hits
1 Selalu menghargai usaha dan penat lelah isteri terutama isteri yg berkerja dan sama2 terpaksa menanggung hutang suami 2 Bila isteri bercakap pandanglah mukanya dan buka telinga luas2 Biar apa yg dikatakannya masuk telinga kanan tapi tak k...
Jangan Buat Main Bila Isteri Dah Tawar Hati

Jangan Buat Main Bila Isteri Dah Tawar Hati

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 508 hits
2387 SHARES Masalah komunikasi merupakan antara salah satu punca pergaduhan antara suami isteri sehingga boleh berlaku penceraian Suami harus pandai memainkan peranan dalam memahami apa yang tersirat dalam hati isteri agar tiada salah faham...
Nak Berniaga Hati Kena Kental

Nak Berniaga Hati Kena Kental

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 676 hits
Berniaga bukan mudah Tapi kak nad tetapkan dengan perniagaan untuk mencari rezeki yang halal Kak nad niaga Dianz Contact Lens Cross Stitch Nak focus 1 bisnes tak boleh jugak kalau rezeki tersurat macam ni Kak nad kena bersyukur Setakat ni u...
Jodoh Tak Disangka Kisah Pertemuan Pasangan Ini Mencuit Hati Suamiku Kapten Bas

Jodoh Tak Disangka Kisah Pertemuan Pasangan Ini Mencuit Hati Suamiku Kapten Bas

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 973 hits
Jodoh Tak Disangka Kisah Pertemuan Pasangan Ini Mencuit Hati Suamiku Kapten Bas Daripada sebuah pertemuan yang tak disengajakan akhirnya membawa kepada sebuah ikatan perkahwinan Umpama drama TV kisah cinta seorang wanita yang berjaya mencur...
Doa Lembutkan Hati Suami Dan Isteri Jom Amalkan

Doa Lembutkan Hati Suami Dan Isteri Jom Amalkan

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 582 hits
Jika kamu sebagai seorang isteri atau suami mahukan pasangan yang sentiasa menyayangi kamu mengasihi malah menghormati kamu sila amalkan ayat Yusuf ini yang berbunyi Idz qola Yusufu li abihi ya abati inni roaitu ahadaasyaro kaukabaw wasy sy...
Nak Tinggal Bersama Teman Lelaki Isteri Racun Suami Sampai Mati

Nak Tinggal Bersama Teman Lelaki Isteri Racun Suami Sampai Mati

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 739 hits
Nak tinggal bersama teman lelaki isteri racun suami sampai matiSeorang lelaki berusia 45 tahun maut selepas minum minuman bercampur dengan racun yang diberi oleh isterinya dalam kejadian 16 Disember lalu lapor Tribun News Dalam kejadian di ...
Nak Bagi Ke Pangkuan Mak Dia Pun Senang Hati Datin Seri Nur Shahida Sedia Nak Serah Qayyum Pada Ibu Kandung

Nak Bagi Ke Pangkuan Mak Dia Pun Senang Hati Datin Seri Nur Shahida Sedia Nak Serah Qayyum Pada Ibu Kandung

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 680 hits
Selepas menderita demam akibat seluruh badannya diserang campak hingga terpaksa bermalam di hospital kini Qayyum sudah dibenarkan pulang Berita tersebut dimaklumkan penjaga kenapa kanak kanak berkenaan Datin Sei Nur Shahida yang juga merupa...
Hati Hati Bila Nak Beli Kereta Secondhand Kereta Dah Total Lost Tapi Dijual Di Mudah Siap Claim Free Accident

Hati Hati Bila Nak Beli Kereta Secondhand Kereta Dah Total Lost Tapi Dijual Di Mudah Siap Claim Free Accident

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 1079 hits
Hati hati bila nak beli kereta secondhand Kereta dah total lost tapi dijual di Mudah siap claim free accident Bagi mereka yang berminat untuk membeli kenderaan terpakai anda dinasihatkan untuk memeriksa latar belakang kenderaan itu terlebih...
Masih Ramai Yang Tidak Tahu Inilah Sihir Yang Paling Ditakuti Oleh Semua Pasangan Suami Isteri

Masih Ramai Yang Tidak Tahu Inilah Sihir Yang Paling Ditakuti Oleh Semua Pasangan Suami Isteri

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 598 hits
Masih Ramai Yang Tidak Tahu Inilah Sihir Yang Paling Ditakuti oleh Semua Pasangan Suami IsteriKredit Foto Sihir pemisah adalah sihir yang paling ditakuti pasangan suami isteri Sihir ini adalah sihir yang digunakan bertujuan untuk memisahkan...
Khutbah Jumaat Bulan Rejab Bulan Penuh Hikmah

1mdb Court Finds Najib Guilty On Cbt Charges

Perlawanan Separuh Akhir Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025 Siapa Yang Akan Melangkah Ke Pentas Akhir

High Court To Announce Verdict In Najib Razak S 1mdb Trial

Blogger Adam Dan Hawa Diberikah Hadiah Komentartor Teratas Anda Telah Terpilih

Ideas Recipes Healthy Desserts And Snacks

Peranan Liga Persatuan Palang Merah Antarabangsa

Kes 1mdb Najib Razak Didapati Bersalah


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Inverness Castle Dan Reindeer Farm Day 3

Najib Guilty In 1mdb Case Major Milestone In Fight Against High Level Corruption

Carta Kedudukan Akhir Kumpulan B Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025

As Tingkatkan Tekanan Ke Atas Venezuela Operasi Ketiga Menjadi Perhatian Dunia

Perbicaraan 1mdb Pihak Pendakwaan Cadang 80 Tahun Penjara Denda Rm11 4 Bilion Terhadap Najib

Krismas Hidup Dalam Jiwa Saya Tiada Siapa Mampu Merampasnya Deanna Yusof Jelaskan Sebab Masih Raikan Hari Natal