Kami Menang Di Hati Amir Reda Keputusan Waris Jenazah Adik Amir Dikebumi Di Melaka
Pemergian kanak-kanak berusia 7 tahun yang ditemui dalam keadaan tragis dan dipercayai lemas dalam tong air beberapa hari lalu begitu membuatkan rakyat Malaysia bersedih. Ini kerana cara kematiannya benar-benar menyayat hati.
Walaupun baru kembali kepada ibu kandung tiga bulan lalu selepas dijaga oleh keluarga angkat ketika usianya dua bulan, adik Amir dipercayai di dera ibu kandung dan bapa tirinya kerana terdapat kesan kecederaan di kepala dan lebam pada beberapa anggota badan.
Waris tuntut jenazah adik Amir
Bagaimanapun, hasrat keluarga angkatnya yang ingin membawa pulang jenazah adik Amir pulang ke Rawang Selangor dan dikebumikan disana tidak kesampaian selepas jenazah diserahkan kepada waris.
Menurut kakak angkat allahyarham, jenazah akan dikebumikan di Jasin, Melaka selepas pihak keluarga kandungnya tidak memberi keizinan untuk dibawa ke Rawang.
Setakat ini, laporan daripada bedah siasat belum diperoleh dan pihak keluarga angkat memohon agar orang ramai dapat mendoakan urusan pengebumian dipermudahkan pada hari ini. Mereka juga menyerahkan segala urusan berkaitan kes kepada pihak polis.
Doakan umi kuat
Dalam pada itu, mereka juga berharap orang ramai sudi mendoakan kekuatan ibu mereka kerana wanita itu begitu sedih dengan keputusan tersebut berikutan hasrat membawa pulang jenazah Amir tidak kesampaian.
Hal ini kerana mereka tidak mempunyai sebarang hak walaupun telah mengasuh Amir sejak berusia dua bulan sebelum diminta kembali oleh ibu kandungnya pada tiga bulan yang lalu.
“Kami reda dengan keputusan waris adik”
Sumber: Tuhfah8
ARTIKEL BERKENAAN [“Umi Abah Paling Sedih Amir Pergi”. Serahkan Semula Pada Ibu Kandung, Ini Pengakhirannya]
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post “Kami Menang Di Hati Amir”. Reda Keputusan Waris, Jenazah Adik Amir Dikebumi Di Melaka appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/kami-menang-di-hati-amir-reda-keputusan-waris-jenazah-adik-amir-dikebumi-di-melaka/