Kerana ingin menyelesaikan pertikaian mengenai ketinggian Gunung Everest, lapan pendaki dari China telah berjaya tiba di puncak bagi ‘mengukur’ semula ketinggian gunung tersebut, lapor Daily Mail.
Gambar: Daily Mail
Mereka tiba di puncak Gunung Everest pada jam 11 pagi waktu tempatan semalam setelah mendaki selama sembilan jam, lapr media negara China.
Gambar: Daily Mail
Rakaman kamera video teleskop yang dikeluarkan oleh saluran CCTV pada Rabu semalam menyaksikan detik-detik luar biasa kesemua pendaki yang sampai ke puncak yang dilitupi salji tebal.
Gambar: Daily Mail
Memetik laporan Daily Mail, sejak tahun 2005, China telah menyatakan bahawa ketinggian tepat Gunung Everest adalah 8, 844 meter atau 29, 017 kaki iaitu empat meter lebih rendah dari Nepal.
Gambar: Daily Mail
Pasukan yang terdiri daripada 53 orang dari Kementerian Sumber Nasional China telah melakukan kerja ilmiah di Everest sejak awal Mac lalu.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |