Kalkulator Pencen Jpa Kira Pencen Bulanan Ganjaran Perkhidmatan


Bagi pekerja kerajaan yang ingin mengetahui jumlah pencen mereka setelah bersara nanti, terdapat kalkulator pencen yang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang dapat membantu penjawat awam kira jumlah pencen bulanan mereka melalui pautan rasmi https://pencen.jpa.gov.my/kalkulator-persaraan-wajib.html
Berikut dikongsikan kalkulator pencen untuk makluman bersama.
Kalkulator Pencen Tarikh Lahir Tarikh Mula Berkhidmat Gaji Akhir (Hakiki) Imbuhan Tetap Gantian Cuti Rehat (max 180 hari) Cuti Tanpa Gaji Umur Persaraan 55 56 58 60 Kira Tarikh Persaraan:
Tempoh Perkhidmatan:
Pencen Sebulan: RM
Ganjaran: RM
Gantian Cuti Rehat: RM
Pengenalan Skim Pencen & Kalkulator Pencen JPA Skim Pencen Perkhidmatan Awam merupakan salah satu skim yang ditawarkan kepada Pegawai Perkhidmatan Awam.
Antara faedah persaraan yang ditawarkan adalah pencen perkhidmatan, ganjaran perkhidmatan dan Gantian Cuti Rehat (GCR). 
Skim Pencen ini diwujudkan sebagai satu pengiktirafan dan penghargaan terhadap perkhidmatan pegawai perkhidmatan awam dengan penuh dedikasi, taat setia dan amanah.
Selain itu, skim pencen adalah satu jaminan saraan hidup kepada anggota-anggota yang telah bersara dari perkhidmatan Kerajaan selain pampasan kepada pegawai yang dikehendaki bersara atas sebab-sebab tertentu atau yang telah meninggal dunia.
Kalkulator pencen ialah alat pengiraan yang digunakan untuk menganggarkan jumlah pencen yang akan diterima selepas bersara, berdasarkan gaji pokok, tempoh perkhidmatan, dan skim pencen yang digunakan.
Dengan Kalkulator Persaraan Wajib, bakal pesara boleh merancang kewangan lebih awal, tahu anggaran pendapatan selepas bersara, dan bersedia untuk sebarang keperluan tambahan.
Anda juga boleh mengetahui berapa pencen yang akan diterima sekiranya memilih untuk bersara lebih awal dengan menggunakan Kalkulator Persaraan Pilihan.
Terdapat juga pilihan untuk menggunakan Kalkulator Persaraan Atas Sebab Kesihatan bagi penjawat awam yang terpaksa bersara awal atas faktor kesihatan.
Kalkulator ini boleh diakses melalui laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui pautan https://pencen.jpa.gov.my/kalkulator-persaraan-wajib.html
Cara Guna Kalkulator Pencen JPA Untuk memudahkan penjawat awam kira berapa pencen bulanan dan berapa ganjaran perkhidmatan yang bakal mereka dapat ketika bersara nanti. Penjawat awam juga boleh buat pengiraan jika memilih untuk bersara pilihan apabila berumur 40 tahun.
Caranya mudah. Anda hanya perlu ikut langkah berikut:
Buka kalkulator: https://pencen.jpa.gov.my/kalkulator-persaraan-wajib.html Masukkan gaji pokok dan elaun tetap Masukkan tarikh bersara tetap, biasanya ikut tarikh lahir.
*Bagi yang bersara awal, bayaran pencen akan dibayar pada umur 55 tahun.
Tetapi ganjaran perkhidmatan akan dapat terus seminggu dua selepas bersara awal. Atau boleh gunakan kalkulator pencen yang kami sediakan di bawah:
Kalkulator Pencen Tarikh Lahir Tarikh Mula Berkhidmat Gaji Akhir (Hakiki) Imbuhan Tetap Gantian Cuti Rehat (max 180 hari) Cuti Tanpa Gaji Umur Persaraan 55 56 58 60 Kira Tarikh Persaraan:
Tempoh Perkhidmatan:
Pencen Sebulan: RM
Ganjaran: RM
Gantian Cuti Rehat: RM
Penyelarasan Pencen Pesara Fasa 1 & 2 Dalam ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam MAPPA 2024 yang lalu, beliau berkata pelarasan kadar pencen dibuat berdasarkan gaji akhir pesara.
“Tidak dilupakan akan pengorbanan dan khidmat bakti anggota tentera Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Bagi Veteran ATM Tidak Berpencen, Bantuan Sara Hidup (BSH) akan ditambah daripada RM300 kepada RM500 sebulan bagi yang layak.
“Pertimbangan ini dibuat bagi membantu meringankan beban kos sara hidup veteran ATM yang terlibat,” katanya.
Selaras dengan pengumuman YAB Perdana Menteri semasa Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-19 Tahun 2024, pesara dan penerima pencen terbitan akan menerima penyelarasan pencen sama kenaikan peratusannya seperti penjawat awam yang sedang berkhidmat melalui 2 (dua) Fasa.
Justeru, bagi mendapatkan ‘gaji akhir bersamaan terbaharu’, penyelarasan dibuat dengan menambah peratus kenaikan berkenaan ke atas gaji akhir atau *gaji akhir bersamaan pesara. (*gaji akhir bersamaan adalah gaji akhir terkini yang telah dibuat penyelarasan pada tahun 2012 khususnya bagi pesara yang telah bersara sebelum tahun 2012)
@ecentral.my Senang je nak kira kenaikan pencen 2026 penjawat awam. Pastikan anda tahu gaji akhir dan kira guna kira Kalkulator Pencen JPA je. #pencen #pesarapenjawatawam #pesarakerajaan #pesarakerajaanberpencen #penjawatawam #penjawatawammalaysia #pencenterbitan
♬ original sound – eCentral – eCentral 𝗦𝗲𝗵𝘂𝗯𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗶𝘁𝘂, 𝗮𝗺𝗮𝘂𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗰𝗲𝗻 𝗯𝗮𝗵𝗮𝗿𝘂 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁𝗶 𝘀𝗲𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗲𝗹𝗮𝗿𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗴𝗮𝗷𝗶 𝗮𝗸𝗵𝗶𝗿 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗴𝗮𝗷𝗶 𝗮𝗸𝗵𝗶𝗿 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗳𝗼𝗿𝗺𝘂𝗹𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗶𝗸𝘂𝘁:
i) Bagi tempoh perkhidmatan kurang 360 bulan : – 1/600 x jumlah genap bulan perkhidmatan yang boleh dimasuk kira x Gaji Akhir Bersamaan (terbaharu) ii) Bagi tempoh perkhidmatan genap 360 bulan atau lebih : – 3/5 x Gaji Akhir Bersamaan (terbaharu) YAB Perdana Menteri turut memaklumkan melalui Pembentangan Belanjawan 2025, amaun PKKP yang telah diterima pesara dan penerima pencen terbitan akan diteruskan untuk tahun 2025.
Sumber: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Tarikh Bayaran Pencen 2025 Tarikh bayaran pencen bagi tahun 2025 adalah seperti berikut:
Januari: 17.01.2025 (Jumaat) Februari: 19.02.2025 (Rabu) Mac: 21.03.2025 (Jumaat) April: 18.04.2025 (Jumaat) Mei: 21.05.2025 (Rabu) Jun: 20.06.2025 (Jumaat) Julai: 18.07.2025 (Jumaat) Ogos: 20.08.2025 (Rabu) September: 19.09.2025 (Jumaat) Oktober: 15.10.2025 (Rabu) November: 19.11.2025 (Rabu) Disember: 17.12.2025 (Rabu) Semakan Penyata Bayaran Pencen Kerajaan Malaysia sebenarnya sudah menyediakan satu kemudahan untuk semakan penyata pencen ini melalui sebuah aplikasi dalam talian.
Untuk menggunakannya, sila ikuti langkah-langkah berikut:
Layari portal Penyatan Bayaran Pencen di pautan https://portalmypesara.kwap.my Masukkan No. Kad Pengenalan Masukkan No. Akaun Pencen Pilih pilihan Tahun Tandakan pada kotak pengesahan Captcha Klik pada butang Hantar Penyata wang persaraan anda akan dipaparkan sekiranya kesemua maklumat yang dimasukkan adalah betul Bagi memastikan penyatan ini telah dikemaskini, seeloknya anda membuat semakan penyata ini beberapa hari selepas tarikh wang persaraan dimasukkan bagi memastikan transaksi tersebut telah dikemaskini.
Maklumat Lanjut Kalkulator Pencen JPA Apa itu kalkulator pencen? Kalkulator pencen ialah alat pengiraan yang digunakan untuk menganggarkan jumlah pencen yang akan diterima selepas bersara, berdasarkan gaji pokok, tempoh perkhidmatan, dan skim pencen yang digunakan.
Kalkulator ini boleh diakses melalui laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui pautan https://pencen.jpa.gov.my/kalkulator-persaraan-wajib.html
Siapa yang boleh guna kalkulator pencen? Kalkulator pencen boleh digunakan oleh penjawat awam, pesara kerajaan, atau bakal pesara yang ingin mengetahui anggaran jumlah pencen mereka.
Bagaimana cara guna kalkulator pencen? Pengguna hanya perlu masukkan maklumat asas seperti:
Gaji pokok akhir sebelum bersara
Jumlah tahun perkhidmatan
Umur persaraan
Elaun tetap (jika berkaitan)
Kemudian kalkulator akan mengira jumlah pencen bulanan yang layak diterima.
Adakah hasil pengiraan kalkulator pencen tepat? Kalkulator pencen hanya memberi anggaran. Jumlah sebenar akan ditentukan oleh pihak berkuasa seperti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Adakah kalkulator pencen percuma? Ya, kalkulator pencen online JPA ini boleh digunakan secara percuma tanpa pendaftaran.
Kenapa penting guna kalkulator pencen? Dengan kalkulator pencen, bakal pesara boleh merancang kewangan lebih awal, tahu anggaran pendapatan selepas bersara, dan bersedia untuk sebarang keperluan tambahan.
Untuk mendapat info mengenai pembayaran pencen pesara dan bakal pesara, sila ikuti saluran berikut:
Portal Rasmi Bahagian Pencen JPA: https://www.jpapencen.gov.my/ Facebook Rasmi Bahagian Pencen JPA : Bahagian Pencen JPA Laman web rasmi SSPA : https://sspa.jpa.gov.my/ Baca juga: Barangan MyKasih: Senarai Barang Diluluskan Bantuan SARA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/kalkulator-pencen-jpa/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kalkulator-pencen-jpa

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kad Kredit Terbaik Untuk Ganjaran Cashback Isi Minyak

Kad Kredit Terbaik Untuk Ganjaran Cashback Isi Minyak

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 2271 hits
Kad Kredit Terbaik untuk Ganjaran Cashback Isi Minyak 2025 Mengisi minyak kenderaan kini menjadi salah satu perbelanjaan bulanan terbesar lebih lebih lagi dengan kenaikan harga petrol Nasib baik ada banyak kad kredit terbaik untuk isi minya...
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2024

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2024

papar berkaitan - pada 12/9/2025 - jumlah : 1645 hits
Terjawab akhirnya dengan pemakluman pada 13 Mac 2025 dan surat rasmi telah aku terima pada bulan Jun 2025 Selepas sedekad detik ini hadir kembali cuma kali ini di tempat yang berbeza Jika dahulu ia berlaku di tempat lama hingga membawa aku ...
Beberapa Perkhidmatan Maybank Dipercayai Tergendala

Beberapa Perkhidmatan Maybank Dipercayai Tergendala

papar berkaitan - pada 8/9/2025 - jumlah : 953 hits
Beberapa Perkhidmatan Maybank Dipercayai Tergendala Orang awam kecoh di media sosial apabila beberapa perkhidmatan perbankan Maybank dipercayai tergendala Menerusi tangkap layar yang tular aplikasi perbankan Maybank memaklumkan bahawa sebah...
Mappa Xx Anwar Umum Pelbagai Inisiatif Perkukuh Perkhidmatan Awam

Mappa Xx Anwar Umum Pelbagai Inisiatif Perkukuh Perkhidmatan Awam

papar berkaitan - pada 31/8/2025 - jumlah : 971 hits
KUALA LUMPUR 15 Ogos Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelbagai langkah baharu untuk meningkatkan kecekapan profesionalisme dan kebajikan penjawat awam Ia termasuk penambahbaikan skim Angkatan Tentera Malaysia pemberian H...
Restoran Kakatoo Lancar Kad Ganjaran Wow Sempena Ulang Tahun Ke 12

Restoran Kakatoo Lancar Kad Ganjaran Wow Sempena Ulang Tahun Ke 12

papar berkaitan - pada 3/9/2025 - jumlah : 2811 hits
Restoran Kakatoo Lancar Kad Ganjaran WOW Sempena Ulang Tahun Ke 12 Selamat ulang tahun yang ke 12 buat Restoran Kakatoo Sungguh istimewa sambutannya kali ini apabila Restoran Kakatoo bukan sahaja meraikan pencapaian 12 tahun dalam industri ...
Mfm Cap Ros Bagi Ganjaran Makanan Percuma Let S Serbu

Mfm Cap Ros Bagi Ganjaran Makanan Percuma Let S Serbu

papar berkaitan - pada 4/9/2025 - jumlah : 1943 hits
Nak menang hadiah sambil shopping dan makan makan Ini masa terbaik untuk singgah ke outlet pilihan anda sebab tepung gandum serbaguna MFM Cap Ros akan mengadakan aktiviti hebat khas untuk anda Belanja Menang Bermula 1 Ogos hingga 30 Septemb...
Tak Sesuai Askar Dan Polis Pencen Jadi Warden Asrama

Tak Sesuai Askar Dan Polis Pencen Jadi Warden Asrama

papar berkaitan - pada 5/9/2025 - jumlah : 1784 hits
Asrama bukan kem tentera Asrama bukan balai polis Asrama adalah rumah kedua anak anak kita tempat mereka tidur belajar membesar dengan jiwa dan akhlak Kebelakangan ini ada cadangan supaya askar dan polis pencen dilantik jadi warden asrama B...
Anak Terkejut Ibu Kena Tipu Lebih Rm600 000 Duit Pencen Hilang Sekelip Mata

Anak Terkejut Ibu Kena Tipu Lebih Rm600 000 Duit Pencen Hilang Sekelip Mata

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 5031 hits
Duit simpanan sepatutnya jadi pelindung keluarga di hari tua Namun dengan satu panggilan telefon dan kepercayaan yang diberikan kepada orang asing wang hasil titik peluh boleh lesap sekelip mata Itulah yang menimpa seorang kerani insurans b...
Pemimpin Sejati Tolak Penindasan Perjuang Hak Manusia Tanpa Kira Latar Belakang Pm Anwar

Pemimpin Sejati Tolak Penindasan Perjuang Hak Manusia Tanpa Kira Latar Belakang Pm Anwar

papar berkaitan - pada 16/9/2025 - jumlah : 817 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pemimpin sejati sepatutnya menolak penindasan serta memperjuangkan hak dan maruah manusia tanpa mengira latar belakang Menurut laporan Buletin TV3 beliau berkata dalam menghadapi cabaran g...
Polis Siasat Kematian Murid Tahun 4 Di Sekolah

As Mca Mulls Bn Exit Pas Comes Knocking With Mooncakes

Bon App Tit Your Majesty Betul Betul Berbaloi Ke Tengok

Edisi Terhad Insta360 Ace Pro 2 Kini Tersedia Pada Harga Rm2 229

Tentera Israel Pintas Kapal Bantuan Global Sumud Flotilla Peserta Malaysia Antara Ditahan

Budi95 Subsidi Petrol Ron95 Baharu Untuk Rakyat Malaysia

K1gt 12 K1gt Top 52 By Selena

Klia Transport App Furore Is This A Case Of Barking Up The Wrong Tree


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sungguh Allah Mengampuni Seluruh Dosa

Bulan Baru Cerita Baru

Restoran Konda Kondi Ipoh

Lirik Lagu Sampaikan Rindu Ippo Hafiz

Kek Butter Lembap Padat Gebu Resipi Mudah Confirm Jadi

Penutupan Kerajaan As Siapa Yang Harus Dipersalahkan Dan Apa Langkah Seterusnya