Kalimah Allah Sekarang Terpaksa Buat Damage Control Keluarlah Idea Dangkal Hassan



Isu kalimah Allah mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Harapan 1.0 berkaitan Statut Rome dan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd). (Malaysia Gazette) – Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim sekali lagi menegur kerajaan berkaitan menarik rayuan kes melibatkan kalimah Allah.
Dalam teguran berbentuk puisi, Hassan yang merupakan Ahli Parlimen Pakatan Harapan menggesa kerajaan supaya tidak mengambil mudah menyelesaikan isu tersebut.
Ini kerana, menurut beliau, kecuaian dalam mengendalikan isu berkenaan boleh mengundang padah.
Katanya, isu kalimah Allah mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Harapan 1.0 berkaitan Statut Rome dan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd).
“Aduhai, kalian senang-senang melakukan kesalahan yang sama. Lima tahun lalu berlaku mimpi ngeri Icerd dan Statute Rome.
“Kini hal yang sama berulang lagi. Takkanlah kalian lupa itu semua Kealpaan yang sama. Mengundang bencana yang sama,” coret beliau dalam nada kesal.
Hassan turut mempersoalkan dalang di sebalik keputusan menarikan balik rayuan terhadap keputusan mahkamah yang membenarkan seorang wanita Kristian Sarawak, Jill Ireland menggunakan kalimah Allah.
Beliau tidak mahu menunding jari kepada sesiapa namun Kerajaan seolah-alah sengaja mencari masalah seperti peribahasa ‘tiada beban, batu digalas’.
Hassan dalam puisi tersebut mengambarkan beliau berhak untuk bersuara kerana dia turut terlibat dalam membangunkan kerajaan yang ada.
“Penat kami di bawah ini mendukung kerajaan ini, Tapi kini, kembali de jevu berulang tayang.
“Nah, sekarang kalian terpaksa lakukan damage control. Kalian bekejar ke sana sini usahakan mitigasi. Supaya kerosakan ini boleh diperbaiki
“Lalu keluarlah pemikiran after thought yang dangkal, merapu dan mengarut,” katanya.
Di akhir puisi, Hassan menuntut kerajaan untuk bermuhasabah dan jangan mengambil mudah isu kalimah Allah.
“Jadi, ingatlah, jangan ambil mudah kalimah Allah. Kalian yang buat salah, Kalian dituntut bermuhasabah, bacalah Astagfirullah,” tegas beliau.
Dalam mengendurkan isu tersebut, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kabinet mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah untuk mempersembahkan cadangan bagi mengukuhkan penguatkuasaan dasar berhubung kalimah ‘Allah’ kepada Majlis Raja-Raja.
Perdana Menteri juga memaklumkan, mesyuarat Jemaah Menteri turut membincangkan mengenai keputusan Peguam Negara untuk menarik balik rayuan terhadap kes seorang wanita beragama Kristian, Jill Ireland Lawrence Bill berhubung bahan penerbitan yang mengandungi kalimah ‘Allah’.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2023/05/18/kalimah-allah-sekarang-terpaksa-buat-damage-control-keluarlah-idea-dangkal-hassan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalimah Allah Isu Sensitif

Kalimah Allah Isu Sensitif

papar berkaitan - pada 17/5/2023 - jumlah : 259 hits
BARU JE BERTAKBIR HARI RAYA TENTANG TENTERA AHZABORANG YANG MENJAGA URUSAN AGAMA SUNYI SEPI KALIMAH ALLAH BUKAN ISU NEGERI TAPI NEGARA MALAH ISU INTERNASIONALISU KALIMAH YANG TERDAPAT DI DALAM KITAB ORANG ISLAN IAITU AL QURAN ITULAH ISU POK...
Agong Perkenan Jemaah Menteri Sembah Cadangan Berkait Kalimah Allah

Agong Perkenan Jemaah Menteri Sembah Cadangan Berkait Kalimah Allah

papar berkaitan - pada 18/5/2023 - jumlah : 296 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Jemaah Menteri mendapat perkenan Yang di Pertuan Agong untuk mempersembahkan cadangan berhubung penggunaan kalimah Allah kepada Majlis Raja Raja kata Anwar Ibrahim Perdana menteri dalam kenyataan berkata keputusan...
Kalimah Allah Kesal Kecewa Dengan Keputusan Kerajaan Ph Bn

Kalimah Allah Kesal Kecewa Dengan Keputusan Kerajaan Ph Bn

papar berkaitan - pada 18/5/2023 - jumlah : 211 hits
SEBAGAI bekas menteri dalam negeri yang bertanggungjawab secara langsung mempertahankan kesucian kalimah Allah dalam kes saya merasa teramat kesal ter
Tarik Rayuan Kalimah Allah Akan Mengikis Lagi Sokongan Pengundi Melayu Kepada Ph Bn Dalam Enam Prn

Tarik Rayuan Kalimah Allah Akan Mengikis Lagi Sokongan Pengundi Melayu Kepada Ph Bn Dalam Enam Prn

papar berkaitan - pada 17/5/2023 - jumlah : 311 hits
Semua kita tahu PN adalah blok pembangkang yang sentiasa menggunakan sentimen kaum dan agama dalam perjuangan dan untuk mereka meraih undi ketika pilihan raya Bersatu dan Pas dua parti yang kini mampu mendominasi sokongan pengundi Melayu da...
Pmx Kalimah Allah Keputusan Kes Jill Ireland Hanya Terpakai Di Sarawak

Pmx Kalimah Allah Keputusan Kes Jill Ireland Hanya Terpakai Di Sarawak

papar berkaitan - pada 17/5/2023 - jumlah : 376 hits
MalaysiakiniPerdana Menteri Anwar Ibrahim berkata keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kes penggunaan kalimah Allah melibatkan seorang penganut Kristian hanya terpakai di Sarawak Ini khusus dalam kes Sarawak Sarawak tak terikat deng...
Kalimah Allah Ummah Tuntut Penjelasan Menteri Agama

Kalimah Allah Ummah Tuntut Penjelasan Menteri Agama

papar berkaitan - pada 16/5/2023 - jumlah : 304 hits
malaysiakini comDiterbitkan May 15 2023 4 48 PMGerakan Pembela Ummah menuntut Menteri Agama Mohd Na im Mokhtar supaya memberi penjelasan berhubung keputusan kerajaan menarik balik rayuan terhadap keputusan mahkamah berhubung kes penggunaan ...
Pondok Abuya Lakonan Faizal Hussein Vanidah Imran

The Hachi Skyscape A Floating Sanctuary In The Heart Of Bangkok

Kebakaran Saluran Gas Kebarangkalian Letupan Susulan Rendah

Menteri Besar Pahang Kalau Abang Belon Nak Berniaga Di Kuantan Dia Boleh Cuba Buat Permohonan

It Takes More Than Just A Badge To Instil Patriotism

Ibu Terjun Ke Laut Bersama 2 Anak Di Sabah Anak Lelaki 5 Tahun Tenggelam Anak Perempuan 6 Tahun Masih Hilang

Benteng Melayu Terakhir Dengan Menara Kl Sejak Bila Menara Kl Mahu Bertukar P

Gen Z Can Help To Future Proof Workplace By Bridging Fobo


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Joker123th 100

Dior188

Turning Your Startup Dream To Reality

Tarikh Masa Dan Lokasi Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025 Peringkat Selangor Bersama Pm

Ayah Jangan Nangis

Pasaran Memerlukan Bukti