Kalimah Allah Ummah Tuntut Penjelasan Menteri Agama


malaysiakini.com
Diterbitkan: May 15, 2023 4:48 PM
Gerakan Pembela Ummah (Ummah) menuntut Menteri Agama Mohd Na'im Mokhtar supaya memberi penjelasan berhubung keputusan kerajaan menarik balik rayuan terhadap keputusan mahkamah berhubung kes penggunaan nama Allah

Timbalan pengerusinya, Dr Kamaruzaman Yusoff berkata bahawa Ummah berasa terkejut dan terkilan dengan keputusan kerajaan untuk tidak meneruskan proses rayuan.

"Ummah menggesa agar menteri agama mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung keputusan drastik Kerajaan Madani.

“Hal ini kerana isu ini adalah isu yang berkait rapat dengan portfolio di bawah menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Menteri Agama Mohd Na'im Mokhtar."Sekiranya tiada penegasan daripada pihak berautoriti, dibimbangi akan ada kelompok yang akan bertindak ekstrem dan boleh mewujudkan perasaan tidak senang, tidak selamat, dan menggugat keharmonian serta kesejahteraan hubungan antara kaum," katanya pada satu kenyataan hari ini.

Dia berkata demikian ketika mengulas laporan hari ini bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) menarik balik rayuan dalam kes yang membenarkan seorang wanita Kristian Sarawak Jill Ireland menggunakan kalimah Allah.

Notis tidak meneruskan kes itu difailkan di Mahkamah Rayuan pada 18 April lepas.

"Keputusan yang dibuat secara unilateral ini seolah-olah menjatuhkan kredibiliti pihak-pihak berkepentingan yang bertanggungjawab dalam urusan hal ehwal Islam seperti Majlis Raja-Raja Melayu, Majlis Agama Islam negeri-negeri dan pelbagai institusi lain dalam negara ini.
Timbalan Pengerusi Gerakan Pembela Ummah Dr Kamaruzaman Yusoff."Ummah mendesak supaya pihak berwajib memikirkan semula tindakan ini dan meneruskan proses rayuan seperti sepatutnya," kata Kamaruzaman.

Katanya, Ummah juga akan mengadakan suatu sidang meja bulat bersama-sama NGO Islam serta pelbagai pihak lain dalam masa terdekat.

Pada 10 Mac 2021, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan semakan kehakiman Ireland yang mahu mendapatkan pengisytiharan bahawa dia mempunyai hak menggunakan kalimah Allah untuk tujuan agama dan pendidikan.

Mahkamah Tinggi juga memutuskan bahawa arahan Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 1986 yang melarang orang bukan Islam menggunakan kalimah “Allah”, “Baitullah”, “Kaabah” dan “solat” sebagai menyalahi undang-undang dan bertentangan dengan perlembagaan.

KDN dan kerajaan kemudiannya memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan pada 15 Mac tahun yang sama.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata keputusan kementeriannya yang membawa kepada penarikan balik rayuan terhadap keputusan mahkamah yang membenarkan seorang wanita Kristian Sarawak Jill Ireland menggunakan kalimah Allah.
Saifuddin dilaporkan berkata dia menyerahkan nota untuk memaklumkan pendirian Kementerian Dalam Negeri (KDN) kepada kabinet beberapa bulan lalu.

“Dalam hal ini, kalau tak silap saya, ia pendirian KDN dan saya perlu maklumkan kepada Jemaah Menteri, yang saya lakukan beberapa bulan lalu,” katanya seperti dipetik Free Malaysia Today.

Laporan itu menyatakan Saifuddin tidak mengulas panjang mengenai perkara itu namun berkata akan memberi lebih banyak maklumat pada sidang media akan datang.

Untuk rekod, pada 11 Mei 2008, cakera padat (CD) berjudul 'Cara Hidup Dalam Kerajaan Allah', 'Hidup Benar Dalam Kerajaan Allah' dan 'Ibadah Yang Benar Dalam Kerajaan Allah', telah dirampas daripada Jill Ireland sebaik dia tiba di Terminal Tambang Murah (LCCT) di Sepang.

Wanita Melanau itu kemudian memfailkan permohonan semakan kehakiman pada 20 Ogos 2008 untuk menuntut pemulangan CD yang dirampas itu serta bayaran ganti rugi.

Mahkamah Rayuan pada 23 Jun 2015, mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur supaya CD itu dipulangkan kepada Ireland.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/05/kalimah-allah-ummah-tuntut-penjelasan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Kalimah Allah Libat Teknikal Perundangan Menteri Agama Seru Elak Sentimen Tak Berasas

Isu Kalimah Allah Libat Teknikal Perundangan Menteri Agama Seru Elak Sentimen Tak Berasas

papar berkaitan - pada 17/5/2023 - jumlah : 145 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Orang ramai dinasihatkan bertenang dan berhati hati dalam mengeluarkan kenyataan berhubung isu kalimah Allah kerana ia melibatkan isu teknikal perundangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohd Na im Mokhtar dala...
Mp Pkr Persoal Kerajaan Membenarkan Kalimah Allah Untuk Agama Lain Hmmmm

Mp Pkr Persoal Kerajaan Membenarkan Kalimah Allah Untuk Agama Lain Hmmmm

papar berkaitan - pada 16/5/2023 - jumlah : 176 hits
Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim mempersoalkan rasional kerajaan menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah ALLAH Baitullah Kaabah dan solat dalam penerbitan bahan agama Kristian...
Fakta Isu Kalimah Allah Penjelasan Untuk Mudah Difaham

Fakta Isu Kalimah Allah Penjelasan Untuk Mudah Difaham

papar berkaitan - pada 18/5/2023 - jumlah : 310 hits
Isu yg dinyatakan oleh YBM Menteri KDN YBM Saifuddin Nasution hanya merujuk kpd kes Jill Ireland vs Kastam Bukan isu penggunaan kalimah Allah secara keseluruhan tapi isu kastam rampas CD milik Jill Ireland Pertama kita pahami kronologi KES ...
Agong Perkenan Jemaah Menteri Sembah Cadangan Berkait Kalimah Allah

Agong Perkenan Jemaah Menteri Sembah Cadangan Berkait Kalimah Allah

papar berkaitan - pada 18/5/2023 - jumlah : 241 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Jemaah Menteri mendapat perkenan Yang di Pertuan Agong untuk mempersembahkan cadangan berhubung penggunaan kalimah Allah kepada Majlis Raja Raja kata Anwar Ibrahim Perdana menteri dalam kenyataan berkata keputusan...
Anthony Loke Kalimah Allah Jemaah Menteri Dr M Putus Selesai Kes Luar Mahkamah

Anthony Loke Kalimah Allah Jemaah Menteri Dr M Putus Selesai Kes Luar Mahkamah

papar berkaitan - pada 19/5/2023 - jumlah : 176 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook menegaskan penyelesaian kes kalimah Allah di luar mahkamah berdasarkan keputusan Jemaah Menteri ketika Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri dan bukan atas permintaan part...
Kalimah Allah Isu Sensitif

Kalimah Allah Isu Sensitif

papar berkaitan - pada 17/5/2023 - jumlah : 178 hits
BARU JE BERTAKBIR HARI RAYA TENTANG TENTERA AHZABORANG YANG MENJAGA URUSAN AGAMA SUNYI SEPI KALIMAH ALLAH BUKAN ISU NEGERI TAPI NEGARA MALAH ISU INTERNASIONALISU KALIMAH YANG TERDAPAT DI DALAM KITAB ORANG ISLAN IAITU AL QURAN ITULAH ISU POK...
Tarik Rayuan Kalimah Allah Akan Mengikis Lagi Sokongan Pengundi Melayu Kepada Ph Bn Dalam Enam Prn

Tarik Rayuan Kalimah Allah Akan Mengikis Lagi Sokongan Pengundi Melayu Kepada Ph Bn Dalam Enam Prn

papar berkaitan - pada 17/5/2023 - jumlah : 255 hits
Semua kita tahu PN adalah blok pembangkang yang sentiasa menggunakan sentimen kaum dan agama dalam perjuangan dan untuk mereka meraih undi ketika pilihan raya Bersatu dan Pas dua parti yang kini mampu mendominasi sokongan pengundi Melayu da...
Hari Pekerja 2024 Sejarah Tema Sambutan

Optimizing Your Twitter Feed Strategies For Positive Content Filtering

Adapting To Consumer Behavior

Rm232mil Road Project Awarded To Nepturis Witness Tells Wan Saiful Trial

There Is An Awakening

App Inarah

Masih Beraya

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot



5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Racun Rihanna Slot Samarinda TV3


Pesanan Buat Sang Suami

Lfl Should Defend The Victims Too

1 500 Berarak Ke Dataran Merdeka Tuntut Hak Pekerja

More Than Pools Patios Eric Curtis Landscape Architecture Designs For Life

Dua Lelaki Didakwa Tebang Pokok Robin Hood

Anwar Announces Over 13 Pay Hike For Govt Servants Largest In History