Kali Pertama Gunakan Tampon
Bacaan wanita sahaja
Bangun pagi hari Isnin masa nak pergi bercuti Mersing awal bulan hari tu..
Tengok tengok menses.
Aiyokkk..
Macam mana nak mandi laut
Macam mana nak gi pulau
Ahh...jammed
Sepanjang jalan asyik fikir fikir macam mana nak mandi laut kalau menses
Last choice yang ada ... Tampon
Sampai bandar Mersing,Pusing pusing cari Watson nak beli tampon
Ngam ngam tinggal sekotak je lagi tampon kat Watson Mersing tu
Petang tu nak pergi mandi laut,sebelum nak guna tampon tu,Search la kat internet"Cara cara pakai tampon""How to use tampon""Kesan buruk penggunaan tampon"
Ye la kan.
Kali pertama nak guna.
Bukan main risau lagi rasa hati..
Macam macam terbayang..
Selesa ke nanti.
Kalau tak boleh keluar nanti macam mana? Hahaha.
Yang bukan bukan aje yang difikir.
Ni ha..bersusun macam peluru benda alahnya
Cara buka plastiknya senang aje,Twist aje plastik tu
Tapi ni untuk jenama ni la..
Lain jenama,lain cara bungkus agaknya
Sekotak ni harganya RN25.90 kalau tak silap
Kali pertama nak pakai je takut takut..
Bila dah pakai,Tampon tu dah berada di tempatnya..
Sebenarnya tak rasa apa apa pun..
Selesa je..
Gasakla nak mandi laut, Mandi kolam,Snorkeling, terjun tiruk,Kuak lentang,Silap silap sampai terlupa tengah datang bulan
Tapi jangan sampai terlupa la pulak ye.
Sebab tak boleh berada di dalam saluran kewanitaan tu lebih dari 8 jam.
pakai antara 4 hingga 6 jam aje..
Masa nak keluarkan kali pertama cuak la juga..
Boleh pula terbayang kalau tali tu putus camne
Tapi..
Senang je sebenarnya..
Jangan la rentap aje tali tu ..
Tarik nafas...relax.. tenang..
Pastu gerak gerak je tali tu ke depan ke belakang..
Then tarik perlahan lahan ke bawah.
Dah keluar..
MY tetap cuci sebelum buang ke dalam tong sampah..
Sebab takde masalah catuan air pun kan... cuci je la
Lainlah kita ni tinggal di gurun sahara tu nak kena jimat air.
Risiko nak hilang termasuk dalam badan tu,sangat mustahil ya,Sangat sangat tak logik.
Pintu rahim tu sangat kecil berbanding dengan saiz tampon
Jadi kalau tiba tiba nak keluarkan tapi talinya dah hilang.
Tu sama ada dah keluarkan tapi lupa,ataupun tali yang putus,Tampon masih di dalam
Kalau tali putus,Sila ke hospital ya.
Jangan korek sendiri pakai chopstick pulak
kalau ada yang tertanya tanya.
anak dara boleh pakai tak
jangan tanya Mama Yan... Anak MY dah enam orang..
MY bukan orang yang sesuai untuk tanya soalan tu ok
Ada banyak lagi lebih dalam kotak tu. Tak tau la bila pula nak pakai...heheKau dalam keadaan biasa... MY masih menggunakan sanitary pad Bio Seleza keluaran Hai-O.
Tunggu ada masa mandi laut lagi la agaknya...haha
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aziankhalil.com/2022/06/kali-pertama-gunakan-tampon.html