Kalaulah Hadi Kunci Mulut


 

Definisi sedekah: Sedekah adalah memberi secara sukarela (tanpa kepentingan apapun) harta atau bahan makanan untuk memenuhi keperluan orang lain. Aturan dalam sedekah lebih bebas dibanding zakat atau infak. Sedekah bukanlah kewajiban tetapi perbuatan baik. Manfaat utama mensuci diri daripada dosa and mendapat pahala.
Definisi rasuah: Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang di mana seseorang mendapat kebebasan, kontrak, atau “favours” yakni keistimewaan daripada pihak tertentu selepas memberi wang atau hadiah kepada pihak tertentu itu.
Tempoh hari Umno Terengganu diwakili pengerusinya, Ahmad Said, memfail petisyen bagi kerusi Parlimen Marang, Kuala Terengganu, dan Kemaman; mendakwa wujud rasuah kepada pengundi di kawasan berkenaan semasa kempen PRU15 lalu. Beliau mendakwa berlakunya pengagihan wang secara berleluasa di ketiga-tiga kawasan itu, lalu memohon mahkamah membatalkan keputusan PRU15 di kawasan terbabit yang dimenangi calon PAS-Perikatan Nasional. Ahmad Said sendiri bertanding atas tiket BN tewas di Kemaman.
Kerusi berprofil tinggi Marang dimenangi sekali lagi Abdul Hadi Awang, presiden PAS. Beliau baru-baru ini, atas sebab yang hanya beliau sahaja yang tahu, memilih untuk memberi komen terhadap tuduhan Ahmad Said. Lantas Hadi menyifatkan pemberian wang tunai sewaktu kempen pilihan raya tidak menyalahi peraturan kerana ia hanyalah “sedekah” kepada pengundi oleh orang awam. Beliau tidak pula memberitahu siapa mahu pun bilangan “orang awam” yang beri wang kepada pengundi. Kenyataan Hadi beri peluang kepada Zahid Hamidi, presiden Umno, menyerang: “Kalau dia buat (dipanggil) ‘sedekah’ kalau kita buat dipanggil ‘rasuah’,” kata Zahid sambil menyambung: ”ulama ini janganlah tukar tukar hukum”.
Bagi saya kalaulah Hadi tidak mengulas dakwaan Umno Terengganu dan sebaliknya membiarkan proses mahkamah berjalan, tidaklah tercetus polemik hangat yang kini mendapat perhatian khalayak dan meletak PAS dalam keadaan tertekan. Oleh kerana Hadi melakukan apa yang beliau lakukan, beberapa lapisan kepemimpinan PAS terpaksa tampil mempertahan kenyataan presiden mereka dengan mengutarakan pelbagai hujah untuk menjustifikasikan tindakan Hadi.
Saya melihat kenyataan Ketua Penerangan PAS, Khairil Nizam Khiruddin, satu percubaaan mengalih pandangan umum, dengan taktik “menyerang adalah pertahan paling baik“ atau “attack is the best defense“. Lihat apa beliau katakan dan sila buat keputusan sama ada setuju atau tidak dengan pandangan saya. Dakwa Khairil, Umno lah yang terkenal dengan rasuah maka “pihak yang terkenal dengan amalan politik wang dalam pemilihan parti mahu pun pilihan raya tidak ada keabsahan moral membangkitkan perkara ini.”
Selain beliau ada lagi orang PAS yang masuk gelanggang menyerang Umno, yang bagi saya seakan tindakan “desperate” kerana memberi bayangan bahawa kata-kata Hadi menyusahkan atau paling tidak meletak PAS dalam situasi “susah”. Antaranya PAS Perak yang menyifatkan kenyataan Umno menyamakan budaya sedekah dengan amalan rasuah sebagai “kecelaruan yang boleh membahayakan negara”. Pesuruhjaya Razman Zakaria dipetik berkata ini kerana budaya pemberian derma yang menjadi tuntutan agama telah lama dihidupkan oleh PAS sejak sekian lama.
Sinar Harian semalam (24 Januari) melaporkan, sebagai contoh, Razman berkata PAS Perak sedang menggerakkan usaha membangunkan kompleks sendiri di atas tanah seluas 1.62 hektar hasil infak dan derma yang digerakkan melalui kutipan di kawasan kawasan dan PAS. Beliau turut berkata semua aktiviti PAS yang dijalankan adalah hasil derma ahli dan rakyat yang menyokong parti sehingga ia dikenali dengan nama “parti tin Milo”.
Ada lagi kata Razman kepada Sinar Harian: ”Suka saya tegaskan bahawa budaya derma telah menjadi darah daging dan sebati dalam perjuangan ahli PAS”. Tidak mahu saya pertikai itu semua tapi apa kena mengena itu semua dalam konteks tuduhan rasuah di Terengganu PRU15 lalu?. Saya kira beliau tersasar daripada apa yang dikatakan presiden parti beliau sendiri apatah reaksi presiden Umno.
Bukan sahaja PAS yang terkesan. Tentu Perikatan Nasional terasa bahang. Tampil Hamzah Zainudin, setiausaha agung PN, mempertahan atau sekurang-kurangnya cuba pertahan kata-kata Hadi. Kata Hamzah, perkara yang lebih utama yang perlu diambil berhubung pemberian wang tunai adalah niat di sebaliknya. “Saya tidak begitu pasti tentang (kenyataan Hadi) itu. Tetapi maksudnya di sini apabila kita bercakap tentang memberi wang, niat adalah lebih penting.”
Jika benar ada pemberian wang waktu pilihan raya bakal menjelma apa agaknya nawaitu pemberian itu? Bertanya pula Raja Bahrin Shah, pengerusi Pakatan Harapan Terengganu: ”Kenapakah ‘sedekah’ berlaku di luar musim buka sekolah dan sebelum musim banjir? Apakah ‘niat’ sebenar ‘sedekah’ diluar musim.”
Berbalik kepada Hamzah. Kata beliau lagi ada keadaan di mana orang ramai yang meminta wang daripada calon, misalnya untuk membaiki rumah. “Saya fikir kita perlu berhati-hati berkenaan niat wang diberikan dan juga orang yang meminta.”
Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyenaraikan empat kesalahan rasuah yang utama, antaranya meminta dan menerima rasuah. Pada hemat saya, akibat kenyataan Hadi, PAS seolah terhimpit ke dinding. “Its back on the wall”. Lebih banyak pemimpin parti dan sekutu bercakap, lebih banyak pertanyaan timbul.
Ketua SPRM, Azam Baki, sudah pun berkata pemimpin PAS boleh mentafsirkan tindakan pemberian wang tunai ketika kempen PRU15 mengikut cara mereka, namun perkara itu sedang disiasat. Kata beliau, SPRM sudah membuka kertas siasatan berhubung pemberian wang tunai di Terengganu seperti dilihat dalam satu video.
Jika Hadi senyap apabila tuduhan mula dilempar, adakah tuduhan itu akan turut senyap? Tidak. Tetapi sekurang-kurangnya tidaklah perlu kenyataan kalut oleh partinya dan sekutu dipertonton kepada umum seperti yang disaksikan.
Tak kira lah apa yang dikatakan Hadi, Hamzah, dan pemimpin PAS, kesimpulan semua seakan mengakui memang ada wang digunakan. Sedekah atau rasuah biar SPRM juga mahkamah putuskan. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/01/kalaulah-hadi-kunci-mulut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bn Akan Cabar Kemenangan Hadi Di Marang

Bn Akan Cabar Kemenangan Hadi Di Marang

papar berkaitan - pada 16/1/2023 - jumlah : 205 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Barisan Nasional akan mencabar kemenangan Presiden PAS Abdul Hadi Awang di kerusi Parlimen Marang dan keputusan dua lagi kerusi Parlimen di Terengganu dalam pilihan raya umum ke 15 Menurut laporan media petisyen u...
Perhaps Time For Kit Siang To Shed Gentleman Image By Just Suing Hadi

Perhaps Time For Kit Siang To Shed Gentleman Image By Just Suing Hadi

papar berkaitan - pada 17/1/2023 - jumlah : 197 hits
With the animosity of both septuagenarian octogenarian politicians having already scaled the peak of Mount Himalaya as evident in their back and forth anti Islam cum Islamophobia rants perhaps it s best that both veteran lawmakers settle th...
Mohamad Sabu Brands Pas And Abdul Hadi Awang As Biggest Liars In The World

Mohamad Sabu Brands Pas And Abdul Hadi Awang As Biggest Liars In The World

papar berkaitan - pada 13/1/2023 - jumlah : 136 hits
Parti Amanah Negara president Mohamad Sabu has called Pas and its president Tan Sri Abdul Hadi Awang as the biggest liars in the world BERNAMA PicALOR STAR Parti Amanah Negara president Mohamad Sabu has called Pas and its president Tan Sri ...
Pemerataan Infrastruktur Jadi Kunci Investasi Tak Lagi Jawa Sentris

Pemerataan Infrastruktur Jadi Kunci Investasi Tak Lagi Jawa Sentris

papar berkaitan - pada 1/2/2023 - jumlah : 64 hits
Presiden Joko Widodo senang pemasukan investasi Indonesia pada 2022 silam tak lagi Jawa sentris Sebab dari realisasi investasi tahun lalu melampaui target mencapai Rp 1 207 triliun mayoritas berada di luar Pulau Jawa
Apabila Penipu Pencuri Perompak Bersatu Haji Hadi

Apabila Penipu Pencuri Perompak Bersatu Haji Hadi

papar berkaitan - pada 18/1/2023 - jumlah : 161 hits
Sekiranya kumpulan pencuri bersatu padu nescaya mereka akan bertukar menjadi kumpulan perompak yang lebih berbahaya daripada pencuri Begitulah pula dilaksanakan perpaduan dalam skop yang lebih besar sehinggakan dalam konteks menubuhkan sebu...
Hadi Handouts Were Charity Not Against Ge15 Rules

Hadi Handouts Were Charity Not Against Ge15 Rules

papar berkaitan - pada 22/1/2023 - jumlah : 98 hits
PAS president Abdul Hadi Awang has defended the party s distribution of cash to voters during the 15th general election claiming that it was a charitable act and hence not prohibited by electoral law The Malaysian Insight quoted the Marang ...
Lirik Campak Bintang Faizal Tahir M Nasir

Backstabbing Drama In The Opposition Pas Sabotaging Bersatu By Attacking Chinese Vernacular Schools

Umno Explores Every Means Possible To Free Najib

Two In Five Malaysians Might Quit If Required To Work More In Office Randstad

100 Cawangan Kfc Tutup Dan Akur Kuasa Boikot

Lumira Di Eka Heights Kehidupan Bermakna Yang Dinantikan

Calon Bersatu Prk Kkb Tunggang Isu Kematian Teoh Beng Hock

Bonus R 5000 Jogue Ca A T Queis Onlin



Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia


Negara Paling Banyak Menang Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa

Duit Syiling Peringatan 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

Pulut Sambal

Plaza Premium Group Kembangkan Jenama Restoran Flight Club Di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

Apa Saja Yang Anda Berikan Tumpuan Dalam Fikiran Akhirnya Akan Jadi Kenyataan

Contact Lens Trial Experience The Difference Risk Free