Kalau Undi Ph Tak Layak Duduk Di Yapeim



Belum reda isu dakwaan salah laku pengurusan, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) ditimpa pula dengan kontroversi terbaru.

Satu video beredar di media sosial semalam memaparkan ucapan seorang individu dipercayai pegawai kanan Yapeim ‘mengugut’ kakitangannya supaya ‘jangan undi Pakatan Harapan (PH)’.

Loading...
Video berdurasi hampir dua minit itu dipercayai dirakam sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Individu itu pada awalnya dengan nada bergurau berkata beliau akan memeriksa satu persatu undi setiap kakitangan Yapeim.

“Saya tahu di kalangan kita ni ada yang memilih Pakatan Harapan, saya tahu,” katanya di awal rakaman, disambut gelak tawa penonton.


Turut kedengaran ada penonton yang menjawab undi sebagai “rahsia”.

“Ya, rahsia, tapi saya akan periksa satu persatu. Saya akan periksa bersama SPR. Semua staf Yapeim ada 1401, saya akan periksa satu persatu di mana anda mengundi dan undi apa," jawab pegawai terbabit.

Ketawa daripada kakitangan Yaepim tidak lagi kedengaran apabila individu tersebut menyatakan dengan tegas bahawa penyokong PH tidak layak berkhidmat dalam yayasan tersebut.

“Kalau anda mengundi PH, anda tak layak duduk di Yapeim. Ya? Pergilah cari kerja dengan DAP,” katanya.

Video itu kemudiannya disunting ke bahagian seterusnya dalam ucapan sama, di mana lelaki itu memberi amaran Yapeim akan 'ditiadakan' jika kerajaan bertukar.

“(Yapeim) adalah sebahagian daripada sistem yang sedia ada sekarang ini. Kalau kerajaan bertukar, bermakna kita pun tidak ada. Percayalah.

“Saya dah pastikan, tidak ada kalau kerajaan bertukar. Ya? Yang ada di belakang, di depan anda ni semua, semua tidak ada.

“Balik kampung, tanam jagung. Ya? Balik kampung, tanam kangkung,” katanya lagi.

Video itu beredar semalam, pada hari yang sama Yapeim mengakui wujud kemungkinan salah laku dan kecuaian terhadap pihak pengurusan yayasan itu sejak beberapa tahun lepas.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah (LPA) Yapeim yang baru Dr Mohd Daud Bakar berkata pandangan itu diperoleh selepas meneliti laporan audit luar oleh firma PwC.

Yapeim sebelum itu berdepan dengan dakwaan penyalahgunaan RM1 juta daripada dana anak yatim yang diamanahkan kepadanya bagi membayar yuran guaman peguam yang juga pembantu kepada bekas perdana menteri Najib Razak pada tahun 2017.

Bagaimanapun, Yapeim menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan yuran guaman itu diambil daripada dana am dan bukannya dana amal jariah serta melibatkan jumlah yang jauh lebih kecil.

Selain itu, Yapeim turut dilaporkan mengalami kerugian RM12 juta menerusi skim gadaian emasnya melibatkan 1,000 pelanggan projek gadaian Islam Ar-Rahnu.

Kerugian tersebut dikatakan berlaku disebabkan Yapeim gagal membuat lelongan ke atas barang kemas tidak ditebus sebanyak 300 kg dengan nilai RM80 juta, dari 2012 hingga 2014.

-malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/05/kalau-undi-ph-tak-layak-duduk-di-yapeim.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengarah Yapeim Masih Boss Selepas Ugut Kakitangan Jangan Unndi Ph

Pengarah Yapeim Masih Boss Selepas Ugut Kakitangan Jangan Unndi Ph

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 467 hits
MASIH RAMAI KAKITANGAN KERAJAAN TERUTAMANYA DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN DI PPD DAN JUGA JPN ADAKAH PENYOKONG SENDIRI TIDAK MAMPU DUDUK DIKERUSI YANG ADA MEREKA DURI DALAM DAGING BAGI PH TAK KENA SIASAT KA DIA NI Tugas Ketua Pengarah kempen un...
Kebajikan Pelajar Sk Ulu Semenyih Tidak Diabaikan Yapeim

Kebajikan Pelajar Sk Ulu Semenyih Tidak Diabaikan Yapeim

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 830 hits
Jumlah bantuan tersebut membolehkan setiap pelajar yang terdiri daripada anak anak miskin yatim dan asnaf menerima tunai RM120 setiap seorang
Yapeim Man Still The Boss Despite Threatening Staff Who Vote For Ph

Yapeim Man Still The Boss Despite Threatening Staff Who Vote For Ph

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 470 hits
A top officer of the Islamic Economic Development Foundation who openly urged his staff not to vote for Pakatan Harapan in last year s general election is still helming the government agency Yapeim chairman Mohd Daud Bakar confirmed to FMT ...
3 Sekolah Di Terengganu Terima Bantuan Inspirasi Ramadhan Yapeim

3 Sekolah Di Terengganu Terima Bantuan Inspirasi Ramadhan Yapeim

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 445 hits
Sepanjang Ramadan ini pelbagai lokasi di 14 buah negeri di Malaysia dikunjungi oleh delegasi YaPEIM bagi menyerahkn sumbangan tunai RM120 setiap penerima yang layak
Pelajar Kurang Berkemampuan Terima Bantuan Inspirasi Yapeim 2019 1440h

Pelajar Kurang Berkemampuan Terima Bantuan Inspirasi Yapeim 2019 1440h

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 487 hits
Program amal jariah dan kebajikan YaPEIM ini disalurkan kepada penerima yg terdiri daripada pelajar miskin anak yatim dan golongan kurang berkemampuan
Bekas Menteri Nafi Terlibat Skandal Yapeim

Bekas Menteri Nafi Terlibat Skandal Yapeim

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 417 hits
Bekas Menteri Nafi Terlibat Skandal YAPEIM Di tengah tengah kehangatan dakwaan skandal Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Asyraf Wajdi Dusuki menafikan keterlibatannya dalam skand...
Yapeim Imarahkan Ramadhan Dengan Membantu Pelajar

Yapeim Imarahkan Ramadhan Dengan Membantu Pelajar

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 382 hits
Kalangan pelajar terpilih menerima bantuan YaPEIM sempena Program Inspirasi Ramadan itu tergolong dalam kelompok rakyat B40 yang serba memerlukan dan kali pertama merasainya
Pkr Minta Polis Siasat Video Tular Didakwa Pengarah Yapeim

Pkr Minta Polis Siasat Video Tular Didakwa Pengarah Yapeim

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 291 hits
M Fakhrull Halim Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil membuat laporan polis terhadap video individu dipercayai pegawai kanan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia mengugut kakitangannya supaya tidak mengundi Pakatan Harapan Kata Fahmi ...
Fuziah Lembaga Pengarah Tentukan Nasib Kp Yapeim

Fuziah Lembaga Pengarah Tentukan Nasib Kp Yapeim

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 336 hits
Sebarang tindakan terhadap Ketua Pengarah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia Abibullah Samsudin akan diputuskan oleh anggota lembaga pengarah yayasan berkenaan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berkata perkar...
Jbl Launches Tour One M3 Smart Tx Headphones With Lossless Audio Smart Transmitter And 70 Hour Battery Life

Siti Kasim Dares Madani Gov T To Imitate Pap S Mps Are Slaves Of The People Not Their Masters Benchmark

Malaysian Batik Takes The Spotlight As Official Attire For Asean Chairmanship 2025 Gala Dinner

Mano Maniam More Than Just Uncle Chan He Had A Dream For Malaysia

Nothing Personal About Zafrul S Party Switch

The Rise Of Virtual Concerts A New Era In Music Entertainment

Video Bas Laju Langgar Axia Di R R Jejantas Sungai Buloh Mangsa Harap Rakaman Video Bantu Siasatan

Pergi Semula Ke Kampung Nelayan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Celebrity Legs And Feet In Tights 2025 Pantyhose Queen Poll Quarterly Update 2

Ebook Drama Cinta Qazryll Asyfaa Oleh Rose Aleyna

Singgah Di Jeruk Madu Pak Ali Balik Pulau Beli Ole Ole

Tinted Lampu Belakang Gelap Gaya Over Bahaya Maksimum Saman Menanti

Data Kasihku Tetap Abadi Chord

Speed Read A Rally Style Royal Enfield Bear 650 By Fuel And More