Kalau Tak Mahu Undi Melayu Pecah Sebaiknya Bubar Saja Pejuang


 Susulan ditolak permohonan untuk menyertai PN tanpa diberi sebarang alasan, Pejuang lantas menzahirkan kekecewaan yang amat sangat atas tindakan tersebut.
Setiausaha Agung Pejuang, Amiruddin Hamzah berkata, adalah amat mendukacitakan bahawa iltizam dan matlamat parti itu untuk tidak memecahkan undi orang-orang Melayu tidak disambut oleh pimpinan PN.
Sehubungan itu, Pejuang memaklumkan pihaknya akan terus menggerakkan jentera untuk bersiap sedia menghadapi PRN akan datang ini.
Soalnya siapa yang memecahkan undi Melayu dan sejauh mana kekuatan Pejuang yang hilang deposit semua kerusi ditandinginya pada PRU15 lalu pada ketika ini?
Kenapa Pejuang masih mahu bertanding dan mahu menggerakkan jentera bagi menghadapi PRN sedangkan dengan hilang deposit semua kerusi itu adalah petunjuk paling konkrit ia sebuah parti yang sangat lemah?
Jika benar Pejuang tidak mahu undi Melayu berpecah, tidak sudah menyelesaikannya kerana langkah terbaik ialah ia tidak bertanding sama sekali pada PRN akan datang ini.
Lebih terbaik, malah paling terpuji sekali jika Pejuang dengan kadar segera membubarkan terus parti itu.
Pejuang harus sedar, kekalahan yang teruk dialaminya pada PRU15 lalu adalah petanda ia tidak diterima dan ditolak sama sekali oleh pengundi Melayu.
Hanya dengan Pejuang tidak bertanding atau membubarkan partinya dan seterusnya sekelumit kecil orang Melayu yang ada dalam parti itu, termasuk pimpinan utamanya menyertai parti Melayu lain yang lebih besar dan diterima rakyat, maka dengan sendirinya undi Melayu tidak berpecah lagi.
Selagi Pejuang ada dan terus bertanding, berdasarkan keadaannya sekarang, ia akan tetap kalah dan hilang deposit lagi.
Kalau ketika Tun Mahathir Mohamad masih ada bersama Pejuang pun ia hilang deposit semua kerusi, sudah tentulah setelah beliau keluar parti dan kini hanya dipimpin oleh anaknya, Mukhriz bersama mereka yang tiada pengaruh, kekalahan yang bakal diterima akan lebih buruk lagi.
Jadi, eloklah sedar diri sebelum tersemban buat kali kedua.
Sebenarnya, dalam hal ditolak menyertai PN ini, Pejuang tidak perlu menyalahkan PN kononnya tidak bersama dengan matlamat mahu menyatukan undi Melayu.
Sebaliknya, Pejuang harus melihat cermin terlebih dahulu.
Semua orang tahu, hasrat Pejuang menyertai PN, tujuannya tidak lain ialah untuk memastikan empat kerusi DUN yang sekarang dimilikinya – dua di Kedah dan dua di Selangor – dapat terus dipertahankan melalui naungan mana-mana gabungan tersebut.
Tetapi, dengan hilang deposit semua kerusi pada PRU15 lalu, ia dengan sendirinya memberi gambaran Pejuang tiada kekuatan dan empat kerusi itu, jika PN bertanding dalam kedudukan sekarang, mereka sendiri boleh memenanginya.
Daripada diserahkan kembali kepada Pejuang untuk bertanding, lebih baik PN saja yang bertanding atas kekuatan mereka sendiri.
Bak kata pepatah – kalau boleh sakau sorang-sorang, buat apa nak berkongsi dengan orang lain?
Itu saja sebabnya PN tidak mahu menerima Pejuang, malah tidak perlu memberi apa-apa alasan.
Pejuang sepatutnya faham-faham sendirilah hal mudah seperti ini.
Sepatutnya, sebelum memohon menyertai PN untuk bernaung, Pejuang mesti membuktikan kekuatan mereka terlebih dahulu dan menyerlahkan ia sebuah parti mereka benar-benar ada nilai tambah.
Ini tidak, sudahlah tiada nilai tambah, datang pula hanya untuk menambah masalah dan tak pasal-pasal PN kena susun semula pembahagian kerusinya.
Mudah kata, kelemahan paling awal dalam hal ini ialah bila Pejuang sendiri memohon menyertai PN tanpa memperkuatkan partinya terlebih dahulu, bahkan mengharapkan PN untuk memberi kekuatan tambahan kepada mereka. – ShahbudinHusin 22/03/2023.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/03/kalau-tak-mahu-undi-melayu-pecah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pejuang Melayu Pilih Rm200 Juta Masuk Akaun Parti Kami Pilih Selesakan Rakyat

Pejuang Melayu Pilih Rm200 Juta Masuk Akaun Parti Kami Pilih Selesakan Rakyat

papar berkaitan - pada 18/3/2023 - jumlah : 160 hits
Kerajaan Perpaduan ditentang dari segenap sudut oleh pembangkang yang kononnya pejuang Melayu tulen Namun bagi Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim pejuang Melayu bukanlah satu slogan tetapi perlu pembuktian kata kata Anehnya kata bel...
T16d12 Pecah Rekod Peribadi 7 41 Kilometer

T16d12 Pecah Rekod Peribadi 7 41 Kilometer

papar berkaitan - pada 27/3/2023 - jumlah : 176 hits
Alhamdulillah dapat pecah rekod jarak terjauh peribadi 7 41 kilometer Ambil masa 1 jam 8 minit 43 saat untuk habiskan jarak tersebut Penat tak boleh nak katalah terasa jauh yang amat 7 41 kilometer tu Purata masa yang diambil pula jauh dari...
Pengkhianatan Terbesar Politik Melayu Bila Umno Dap Sekatil

Pengkhianatan Terbesar Politik Melayu Bila Umno Dap Sekatil

papar berkaitan - pada 12/3/2023 - jumlah : 257 hits
agendaily com11 03 2023Ketua Armada Bersatu Malaysia Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal Ketua Armada Bersatu Malaysia Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal melabelkan kerjasama antara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional membentuk Kerajaan Perse...
Cara Mengirim Foto Di Wa Lewat Dokumen Agar Gambar Tak Pecah Berikut Langkahnya

Cara Mengirim Foto Di Wa Lewat Dokumen Agar Gambar Tak Pecah Berikut Langkahnya

papar berkaitan - pada 27/3/2023 - jumlah : 152 hits
Berikut adalah cara mudah mengirim foto di WA lewat dokumen agar gambar tak pecah Simak langkah langkah mudahnya
Akhirnya Kamal Adli Tampil Buat Kenyataan Selepas Kejadian Dipvkul Sampai Pecah Kepala

Akhirnya Kamal Adli Tampil Buat Kenyataan Selepas Kejadian Dipvkul Sampai Pecah Kepala

papar berkaitan - pada 15/3/2023 - jumlah : 259 hits
Pelakon Kamal Adli kini semakin stabil namun masih dalam proses rawatan Khabar itu dikongsikan Kamal menerusi hantaran di Instagramnya sebentar tadi
Sebabkan Ira Kaza Sekor Habis Pecah Belah Orang Syamsul Yusof Tegur Caprice Aaron Aziz Amp Farid Kamil

Sebabkan Ira Kaza Sekor Habis Pecah Belah Orang Syamsul Yusof Tegur Caprice Aaron Aziz Amp Farid Kamil

papar berkaitan - pada 24/3/2023 - jumlah : 176 hits
Konflik rumah tangga pengarah Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana nampaknya semakin panas dan kecoh dibicarakan netizen di media sosial Selepas sidang media dibuat oleh Syamsul Yusof semalam aplikasi TikTok dipenuhi dengan video video tem...
Iphone Habis Waranti Skrin Pecah Pula Ini Cara Claim Walaupun Dah Waranti Dah Habis

Iphone Habis Waranti Skrin Pecah Pula Ini Cara Claim Walaupun Dah Waranti Dah Habis

papar berkaitan - pada 27/3/2023 - jumlah : 137 hits
Iphone habis waranti Skrin pecah pula Ini cara claim walaupun dah waranti dah habis Sebelum ini pada sekitar Oktober ramai pengguna iPhone 13 Pro melalui situasi yang sama di mana peranti mereka secara tiba tiba rosak dan berubah menjadi wh...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik

Comment On Pengalaman Menginap Di Teluk Bayu Floating Chalet Kota Kuala Muda Kedah By Munirah

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul