Kalau Tahu Aku Bagi Kau Kahwin Dengan Dia Isteri Sedih Ibunya Selalu Hina Suami


Restu dari seorang ibu ayah sangat penting sebelum kita mendirikan rumah tangga. Doa mereka mengiringi sepanjang perjalanan rumah tangga kita. Jika yang baik-baik didoakan, bahagialah kita selamanya. Bukan mudah untuk menjadi menantu yang baik, tetapi usaha berterusan akan membuktikan keikhlasan kita.
Walaupun begitu, kadang-kadang ada juga ibu ayah yang sengaja mencari salah. Tak tahu di mana silapnya, semua benda serba tak kena. Seperti yang diceritakan oleh wanita ini tentang kisah ibunya yang selalu memandang rendah pada suaminya.
Ikuti perkongsiannya ini.
Assalamualaikum semua pembaca Pa&Ma. Pertama sekali, terima kasih admin kerana menyiarkan pengakuan saya ini. Saya buntu, tak tahu nak berkongsi cerita ini dengan sesiapa. Diharapkan selepas kalian membaca coretan ini, dapatlah membantu saya. Beri saya kekuatan untuk menghadapinya.
Saya kenalkan diri, nama saya Aishah. Saya sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki. Suami saya, Khairil, seorang yang sangat baik. Selama tiga tahun kami berkahwin, tak pernah sekalipun dia menyakiti hati saya. Dia selalu membantu dan peka dengan perasaan saya. Saya bersyukur dikurniakan seorang suami yang sangat bertimbang rasa.
Masalahnya, suami saya tidak disukai ibu saya. Memandangkan suami adalah menantu yang paling ‘sengkek’ bak kata ibu saya. Suami saya kerja biasa-biasa saja, tak seperti birasnya yang lain. Khairil bekerja di sebuah restoran pada waktu malam. Pada waktu siang pula, dia buat kerja-kerja kebun di sebuah sekolah.
Pendapatannya tidak seberapa tapi Khairil rajin berusaha. Bila hari minggu, dia akan minta saya buat kuih dan dijual di pasar minggu. Memandangkan saya suri rumah, saya tidak kisah untuk membuatnya. Saya tahu Khairil mencuba untuk menyediakan yang terbaik untuk keluarga kecil kami.
Yang saya tak sanggup, bila balik ke kampung. Walaupun tak banyak duit, tapi dia akan pastikan duit belanja untuk ibu dan ayah saya mesti ada. Biarpun cuma RM50 untuk setiap seorang. Tapi itulah yang selalu ibu saya ungkitkan.
“Suami kau yang selalu bagi paling sikit. Buat 2-3 kerja tapi kedekut. Kalau aku tahu lah dia macam tu, aku tak izinkan kau kahwin dengan dia dulu. Anak-anak aku yang lain semua senang, kau je yang hidup susah.”
Itulah yang ibu saya cakap. Depan Khairil pula tu. Memang kasihan tengok dia, terkulat-kulat. Tapi tetap dia senyum pada ibu, tak pernah buat muka. Kalau keluar, dia selalu belikan barang dapur untuk rumah ibu. Tapi itulah, bila part duit belanja, ibu saya selalu ungkit Khairil bagi sikit sangat.
“Takpe sayang. Ibu ni pembawa rahmat dalam hidup kita. Jangan sedih bila Mak hina-hina Abang. Dia dah tua, kita layankan je. Dia nak marah Abang ikutlah, janji dia selalu doakan kita.” Itulah yang suami saya selalu cakap setiap kali saya menangis mengenangkan sikap ibu saya yang selalu memalukan suami saya.
Ada sekali tu, waktu bulan puasa. Kami balik ke kampung dan suami punyalah excited nak hadiahkan ibu saya kain pasang. Dia yang pilih sendiri dan beli yang mahal untuk ibu saya. Bila dah bagi pada ibu, terperanjat saya dibuatnya.
Bayangkan depan adik-beradik saya yang lain, dia boleh kata dia tak mahu kain tu. Kain murah, gatal nanti kulit kalau dibuat baju. Ya Allah, sedihnya saya waktu tu hanya Tuhan yang tahu. Saya tengok muka Khairil menahan malu. Abang sulung saya terus tarik dia keluar. Saya tahu abang sulung pujuk Khairil. Terima kasih, Along!

Sebenarnya adik-beradik dan pasangan mereka tak adalah berperangai buruk. Semuanya baik-baik. Mereka layan Khairil pun elok. Tak pernah hina Khairil. Tak tahu lah kenapa ibu saya je yang benci sangat dengan Khairil. Ada saja yang tak kena.
Tolonglah, apa yang perlu saya buat? Saya nak ibu saya terima Khairil macam mana dia sayangkan menantunya yang lain. Walaupun Khairil berkecil hati dengan ibu, dia tetap benarkan saya pulang ke kampung. Dia sendiri yang selalunya teruja nak balik ke rumah ibu. Mungkin sebab dia anak yatim, ibunya dah lama meninggal dunia, jadi dia nak menumpang kasih.
Saya minta kalian yang membaca luahan saya ini dapat doakan supaya ibu saya berubah. Semoga ibu dapat terima Khairil suatu hari nanti. Saya nak sangat tengok ibu sayangkan Khairil seperti mana dia menantunya yang lain. Terima kasih semua sebab sudi baca coretan ini.
Sekiranya anda mahu berkongsi cerita atau pengalaman menarik, boleh klik KONGSI CERITA.
The post “Kalau Tahu, Aku Bagi Kau Kahwin Dengan Dia.” Isteri Sedih, Ibunya Selalu Hina Suami appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kalau-tahu-aku-bagi-kau-kahwin-dengan-dia-isteri-sedih-ibunya-selalu-hina-suami/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sehebat Mana Pun Kita Dah Kahwin Air Tangan Isteri Tetap Suami Nak Rasa Tunku Azizah

Sehebat Mana Pun Kita Dah Kahwin Air Tangan Isteri Tetap Suami Nak Rasa Tunku Azizah

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 333 hits
Ramai yang sedia maklum bahawa Tuanku Agong serta seluruh keluarga baginda kini menjalani kuarantin sehingga 9 April ini berikutan terdapat 16 orang staf istana disahkan positif Covid 19 Berikutan situasi ini hanya keluarga KDYMM Agong sert...
Harapanku Ini Bukanlah Lambaian Terakhir Suami Mohon Doakan Isteri Anaknya Terus Kuat

Harapanku Ini Bukanlah Lambaian Terakhir Suami Mohon Doakan Isteri Anaknya Terus Kuat

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 230 hits
Peritnya bila ahli keluarga sendiri disahkan positif Covid Itu yang dilalui oleh seorang suami apabila isteri dan anaknya kini sedang menerima rawatan di hospital dan perlu dikuarantinkan buat sementara waktu Lagi sedih bila isterinya yang ...
Isteri Kerja Ada Duit Sendiri Suami Tetap Wajib Bagi Nafkah Ikhlaskan Untuk Dia Belanja

Isteri Kerja Ada Duit Sendiri Suami Tetap Wajib Bagi Nafkah Ikhlaskan Untuk Dia Belanja

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 352 hits
Biarpun seorang isteri itu bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri seorang suami tetap wajib memberikan nafkah kepadanya Memetik artikel dari laman web yang dirujuk melalui penulisan Ustaz Muhammad Fathi Yusof mengenai bab nafkah dalam buk...
Suami Nak Isteri Senyum Mudah Je Tak Berkira Buat Kerja Rumah Boleh Jaga Anak

Suami Nak Isteri Senyum Mudah Je Tak Berkira Buat Kerja Rumah Boleh Jaga Anak

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 671 hits
Pernah tak kita sebagai wanita yang bergelar ibu terfikir kenapa emosi kita kadang kala tak stabil Mudah marah mudah tinggikan suara dan sesekali cepat naik tangan dengan anak Biasanya jawapan yang selalu diberikan kerana ibu atau isteri te...
Xray Dada Teruk Kami Syak Suami Puan Dijangkiti Covid 19 Isteri Hamil Terkelu Dengar Penjelasan Doktor

Xray Dada Teruk Kami Syak Suami Puan Dijangkiti Covid 19 Isteri Hamil Terkelu Dengar Penjelasan Doktor

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 228 hits
Walaupun pelbagai kempen yang dijalankan oleh pihak berkuasa mengenai isu bahaya merokok namun kempen kesedaran itu seperti tidak diendahkan oleh perokok Hanya memikirkan kepuasan kesihatan diri dan orang orang disekeliling tidak diendahkan...
Hargailah Dia Suami Menyesal Isteri Dah Tak Ada Baru Menangis Tak Sudah

Hargailah Dia Suami Menyesal Isteri Dah Tak Ada Baru Menangis Tak Sudah

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 844 hits
Sudah menjadi tanggung jawab seorang suami untuk menjaga dan menghargai isteri Berilah layanan terbaik kepadanya sesungguhnya banyak pengorbanan yang dia lakukan untuk kebahagiaan rumah tangga Jangan diabaikan perasaan seorang isteri kelak ...
Bila Suami Maafkan Iringi Doa Isteri Bersalin Jadi Mudah Lancar Je

Bila Suami Maafkan Iringi Doa Isteri Bersalin Jadi Mudah Lancar Je

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 349 hits
Saat menanti kelahiran bayi pasti mengujakan tapi pada masa yang sama kita berdebar juga kan Sebanyak mana si ibu risau tentang bayi yang bakal dilahirkan serta proses bersalin ayah juga sama Bahkan berganda rasa risaunya itu Maklum sajalah...
Terima Kasih Allah Walaupun Suami Meninggal Akibat Covid Isteri Syukur Akhirnya Sihat

Terima Kasih Allah Walaupun Suami Meninggal Akibat Covid Isteri Syukur Akhirnya Sihat

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 426 hits
Setelah berjuang hampir 14 hari tiada apa yang mampu diucapkan selain bersyukur apabila mendapat keputusan bebas Covid 19 pada hari Jumaat lalu Berita ini sesuatu yang ditunggu tunggu walaupun cuku terkesan kehilangan insan tercinta akibat ...
Bila Suami Isteri Beraksi Di Dapur

Bila Suami Isteri Beraksi Di Dapur

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 359 hits
PKP fasa 3 ni aku cuba rajinkan diri ke dapur pulak Kalau sebelum ni aku banyak habiskan masa berkebun tanam ulam ulaman aku nak cuba buat yang lain pulak Pelbagaikan aktiviti memenuhi masa lapang Petang tadi lepas aku habiskan kerja kerja ...
Kebanyakan Pemimpin Umno Memang Tak Boleh Dijadikan Contoh Tauladan

Lelaki Gagal Bakar Pejabat Kerana Asyik Tergelincir

Pelan Simpanan Jangka Masa Panjang Elite Edge Takaful Etiqa

Website Terbaik Untuk Buat Semakan Dan Permohonan

Estimated Assessments And Penalties On The Way For Non Filers

Head East For A Discrimination Free Life Young Man

Resipi Penuh Loaded Nachos Cheese Yang Viral Sedap Dan Mudah

Tunas Usahawan Belia Bumiputera Syarat Cara Mohon


echo '';
6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 4 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Resepi Soft Cookies Sukatan Cawan Paling Rangup dan Chewy Di Dalam

Biodata Sky Iskandar Pelakon Watak Megat Filem Kahar Kapla High Council


Huawei Unfold The Classic With Mate X6 For The Malaysian Market

Syria Gaza S Pura Batu Putih Putih Mata Tun M

Malaysia Launches The Lancet Countdown 2024 Report A Call To Action On Climate Change Food Security And Health

No Plans To Repatriate Malaysian Students In Syria Says Foreign Minister

10 New Trains For Ets To Meet High Demand Deputy Minister

It Is The Government Not Capitalists That Should Be Allowed Near The Malaysian Healthcare System