Hargailah Dia Suami Menyesal Isteri Dah Tak Ada Baru Menangis Tak Sudah


Sudah menjadi tanggung jawab seorang suami, untuk menjaga dan menghargai isteri. Berilah layanan terbaik kepadanya, sesungguhnya banyak pengorbanan yang dia lakukan untuk kebahagiaan rumah tangga. Jangan diabaikan perasaan seorang isteri, kelak sesal di kemudian hari.
Seperti yang dikongsikan lelaki ini, dia menyesal kerana mengabaikan perasaan si isteri. Akhirnya dia sesal kerana berlaku sesuatu yang tak mungkin dia lupakan sehingga bila-bila.
Isteri Cantik, Orangnya Baik Saya Azhar, berusia 36 tahun. Saya seorang suami dan mempunyai dua orang anak yang comel. Tapi itu dulu, sekarang saya seorang duda. Dan saya menyesali perkara itu. Kerana saya tidak bersabar dan mengikut nafsu, saya kehilangan isteri tercinta dan anak-anak.
Isteri saya (saya gelarkan sebagai Aliya), dia seorang yang baik. Cukup sempurna. Semasa awal perkenalan kami, dia seorang yang langsing. Mukanya cerah, manis dengan senyuman. Sangat cantik pada pandangan mata saya. Waktu itu, bukan saya seorang yang mahukan perhatian Aliya. Ada beberapa orang lain yang sukakan dia, tapi dia memilih saya. Sungguh, saya bersyukur.
Apabila cukup duit, saya ajak Aliya berkahwin. Selepas tiga tahun kami bercinta, rasanya elok saya halalkan perhubungan kami. Alhamdulillah, Aliya bersetuju. Keluarganya juga memberi restu. Majlis perkahwinan kami langsungkan dengan meriah. Di hari pernikahan kami, Aliya cukup cantik. Tak ada wanita lain yang dapat menandinginya.
Selepas empat bulan berkahwin, Aliya disahkan mengandung anak sulung kami. Saya sangat bahagia. Aliya pun bukan main berseri-seri. Semakin cantik semasa mengandungkan anak kami. Kehamilan dia pun dipermudahkan, tak ada sebarang masalah.
Lepas Bersalin, Tak Cantik Macam Dulu Selepas bersalin, saya lihat ada perubahan pada Aliya. Entah kenapa dia sudah hilang serinya. Wajahnya kusam. Perutnya menggeleber. Sudah saya nasihatkan, waktu berpantang jagalah elok-elok. Saya terlupa, saya bekerja mengikut syif. Memang jarang dapat bantu Aliya.
Ibu Aliya sudah lama meninggal dunia, jadi tiada siapa yang dapat menjaganya ketika berpantang. Ibu saya pula tidak boleh membantu kerana terpaksa menjaga anak-anak asuhannya. Jadi Aliya terpaksa berpantang sendiri. Pernah dia suarakan untuk mengupah confinement lady (CL), tapi saya tak benarkan. Ya, salah saya. Saya bodoh!
Anak belum pun setahun, Aliya mengandung semula. Waktu tu, saya gembira. Tapi boleh tengok Aliya macam sedih. Dia tak bersedia lagi untuk hamil semula. Tapi saya marah dia, saya kata itu rezeki. Kenapa perlu dipertikaikan? Saya lupa, dia lah yang terpaksa menanggung segala kesusahan sepanjang berpantang. Waktu malam, dia juga yang bangun untuk susukan anak. Sedangkan saya, tidur tak bangun-bangun.
Cukup masa, Aliya melahirkan anak kedua kami. Terpaksa berpantang sendiri, dengan dua orang anak kecil memang memberi kesan kepada Aliya. Emosinya tak stabil dan dia selalu marah-marah. Waktu itu saya alpa, bila dia marah, saya tengking dia semula. Apa hak dia nak marah pada saya? Dia seorang isteri!
“Eh, awak kalau tak marah satu hari tak boleh ke? Saya bosanlah. Dengan bising anak-anak ni menangis. Rumah bersepah. Awak pulak asyik nak marah-marah. Cuba awak cermin diri tu. Dahlah makin gemuk, dah tak cantik. Gelilah saya dengan awak ni!.” Lepas saya cakap macam tu, saya keluar rumah. Langsung tak peduli apa perasaan Aliya.
Kalau Tak Kurus, Saya Ceraikan Awak! Lebih teruk lagi, saya bagi dia masa. Saya kata dalam tempoh dua bulan kalau dia tak kuruskan badan saya akan ceraikan dia. Entah apa yang merasuk saya waktu itu, tergamak ungkapkan kata-kata macam tu pada dia. Isteri yang dahulunya saya sayang, saya hina sampai macam tu.
Saya nampak usaha isteri saya untuk kurus. Dia mula tak makan. Kadang-kadang, bila hari minggu dia minta izin untuk keluar berjoging. Saya biarkan saja. Asalkan dia kurus, itu saja yang saya fikirkan.
Keluar Tak Balik-Balik Suatu hari itu, dia nak keluar beli barang dapur. Dia minta saya tengokkan anak-anak. Tapi saya tak mahu. Saya minta dia bawa mereka sekali. Saya nak rehat, hari minggu sajalah saya dapat tidur lama sedikit. Saya tahu Aliya sedih, tapi dia bawa keluar juga anak-anak kami bersama.
Selepas dua jam keluar, pelik juga Aliya masih tak balik. Selalunya tak lama sangat Aliya keluar kalau bawa anak-anak bersama. Saya hubungi dia, tapi tak berangkat. Selepas dua tiga kali saya call isteri, baru ada yang menjawabnya.
“Eh, awak ke mana? Dah lama sangat keluar?”. Saya ingat lagi, itulah yang saya tanyakan pada dia. Tapi waktu itu, bukan dia yang jawab panggilan saya. orang lain yang angkat phone, memberitahu yang Aliya kemalangan.
Bergegas saya ke hospital. Waktu saya sampai, saya diberitahu pihak polis yang anak-anak saya meninggal dunia di tempat kejadian. Isteri saya pula mengalami kecederaan parah. Selepas dua jam berada di dalam OT, doktor mengatakan isteri saya tidak dapat diselamatkan.

Dah Tak Ada, Baru Nak Menyesal Kini sudah enam bulan isteri dan anak-anak meninggalkan saya. Menurut laporan dari pihak polis, sebuah treler melanggar kereta arwah isteri saya kerana tidak sempat brek. Tidak sempat mengelak kerana treler tersebut datang dari belakang.
Benarlah kata orang, bila ada depan mata kita tak hargai. Dah tak ada, baru nak meratap kesedihan. Satu per satu saya terbayangkan layanan buruk saya padanya. Tambah ralat, saya tak sempat nak minta maaf. Inilah hukuman yang harus saya terima, kerana saya tidak menjaga amanah dari Allah SWT ni dengan baik. Tak pedulikan dia, sesuka hati menyakitkan hatinya.
Untuk para suami, tolonglah hargai isteri anda. Jangan sampai dah jadi macam saya, baru nak menyesal. Tak ada gunanya lagi. Betapa saya rasa bersalah, tapi tak mampu nak buat apa dah. Sekarang, saya hanya banyakkan berdoa untuk arwah Aliya dan anak-anak kami. Ya Allah, ampunilah kekhilafan hamba-Mu ini.
Sekiranya anda mahu berkongsi sebarang cerita dan pengalaman menarik, klik di KONGSI CERITA.
The post “Hargailah Dia.” Suami Menyesal, Isteri Dah Tak Ada Baru Menangis Tak Sudah! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/hargailah-dia-suami-menyesal-isteri-dah-tak-ada-baru-menangis-tak-sudah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Terpisah Dengan Tingkap Hospital Suami Isteri Amp Anak Positif Covid 19

Video Terpisah Dengan Tingkap Hospital Suami Isteri Amp Anak Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 321 hits
Beberapa hari yang lepas telah tular di media sosial mengenai sebuah keluarga yang sedang menjalani proses kuarantin setelah disahkan positif wabak Covid 19 Terbaru satu keluarga terdiri daripada pasangan suami isteri dan seorang anak lelak...
Apa Yang Suami Cakap Isteri Ambil Serius Jadi Jagalah Kata Kata

Apa Yang Suami Cakap Isteri Ambil Serius Jadi Jagalah Kata Kata

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 184 hits
Hati seorang perempuan senipis sehelai tisu Mudah terasa jika dipersoalkan atau ketika di tegur dengan kasar terutamanya oleh insan tersayang Sebagai suami yang bertimbang rasa dan romantis biasanya mereka lebih peka dengan perasaan si iste...
Isteri Kerja Ada Duit Sendiri Suami Tetap Wajib Bagi Nafkah Ikhlaskan Untuk Dia Belanja

Isteri Kerja Ada Duit Sendiri Suami Tetap Wajib Bagi Nafkah Ikhlaskan Untuk Dia Belanja

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 356 hits
Biarpun seorang isteri itu bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri seorang suami tetap wajib memberikan nafkah kepadanya Memetik artikel dari laman web yang dirujuk melalui penulisan Ustaz Muhammad Fathi Yusof mengenai bab nafkah dalam buk...
Isteri Baru Lahirkan Anak Sulung Penyanyi Glenn Fredly Meninggal Dunia

Isteri Baru Lahirkan Anak Sulung Penyanyi Glenn Fredly Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 323 hits
Hari ini kita mendengar khadar duka dari Jakarta apabila salah seorang penyanyi popular negara jiran ini Glenn Fredly meninggal dunia pada hari ini Glenn Fredly Deviano Latuihamallo atau lebih dikenali sebagai Glenn Fredly meninggal dunia p...
Harapanku Ini Bukanlah Lambaian Terakhir Suami Mohon Doakan Isteri Anaknya Terus Kuat

Harapanku Ini Bukanlah Lambaian Terakhir Suami Mohon Doakan Isteri Anaknya Terus Kuat

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 230 hits
Peritnya bila ahli keluarga sendiri disahkan positif Covid Itu yang dilalui oleh seorang suami apabila isteri dan anaknya kini sedang menerima rawatan di hospital dan perlu dikuarantinkan buat sementara waktu Lagi sedih bila isterinya yang ...
Sehebat Mana Pun Kita Dah Kahwin Air Tangan Isteri Tetap Suami Nak Rasa Tunku Azizah

Sehebat Mana Pun Kita Dah Kahwin Air Tangan Isteri Tetap Suami Nak Rasa Tunku Azizah

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 335 hits
Ramai yang sedia maklum bahawa Tuanku Agong serta seluruh keluarga baginda kini menjalani kuarantin sehingga 9 April ini berikutan terdapat 16 orang staf istana disahkan positif Covid 19 Berikutan situasi ini hanya keluarga KDYMM Agong sert...
Sekejap Adik Beradik Sekejap Suami Isteri

Sekejap Adik Beradik Sekejap Suami Isteri

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 179 hits
Provided by Harian Metro ANTARA sekatan jalan raya yang diadakan di seluruh negara FOTO Arkib NSTPam hmetro com myHELAH pasangan kekasih bersama rakan lelaki daripada ditahan polis tidak menjadi apabila masing masing dikenakan kompaun RM1 0...
Xray Dada Teruk Kami Syak Suami Puan Dijangkiti Covid 19 Isteri Hamil Terkelu Dengar Penjelasan Doktor

Xray Dada Teruk Kami Syak Suami Puan Dijangkiti Covid 19 Isteri Hamil Terkelu Dengar Penjelasan Doktor

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 232 hits
Walaupun pelbagai kempen yang dijalankan oleh pihak berkuasa mengenai isu bahaya merokok namun kempen kesedaran itu seperti tidak diendahkan oleh perokok Hanya memikirkan kepuasan kesihatan diri dan orang orang disekeliling tidak diendahkan...
8 Tahun Tunggu Zuriat Nampak Suami Solat Malam Menangis Berdoa Supaya Saya Mengandung

8 Tahun Tunggu Zuriat Nampak Suami Solat Malam Menangis Berdoa Supaya Saya Mengandung

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 435 hits
Sesungguhnya sesebuah perkahwinan itu akan bertambah serinya apabila dikurniakan cahaya mata Anak adalah anugerah terindah dan tidak boleh ditukar ganti dengan wang ringgit Selepas beberapa tempoh berkahwin tetapi masih tiada rezeki mempuny...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut