Kalau Pas Berkuasa Sukan Jadi Ibadah Ini 5 Perkara



Bagaimana polisi Islam dalam sukan?KETIKA sesi dialog dalam satu majlis, ada soalan mengenai bagaimana polisi Islam dalam hal ehwal kesukanan? Kalau PAS diberi kuasa pemerintahan kelak, adakah sukan akan diharamkan?Bagi menjawab persoalan ini, perlu diketahui  bahawa sukan juga sebenarnya adalah salah satu ibadah.Selain ibadah khusus seperti solat, menunaikan haji, membaca Al-Quran dan lain-lain, sukan juga adalah ibadah yang termasuk dalam kategori ibadah umum.Ya! Sukan adalah ibadah!Maka, tiada apa-apa yang salah pada aktiviti sukan. Yang menentukan sukan itu dibolehkan atau tidak ialah bagaimana sukan itu dianjurkan dan dimainkan oleh pemain.Untuk menjadikan aktiviti sukan itu menjadi satu ibadah, ada lima syarat yang perlu dipatuhi:Syarat 1: NiatNiat atau tujuan bersukan (riyadhah) mestilah untuk menjadikan tubuh badan kita sihat. Tubuh yang sihat adalah merupakan tuntutan Islam.Bahkan, ia menjadi sebahagian daripada maqasid al-syariah, iaitu memelihara nyawa. Nyawa dipelihara melalui jasad fizikal yang sihat.Maknanya, bersukan adalah merupakan sebahagian daripada tuntutan syariat. Melaksanakan tuntutan syariat, dapat pahala. Dapat keredhaan Allah.Syarat 2: Peraturan (syarat) mesti bertepatan dengan syariatYa, semua peraturan dan syarat-syarat untuk sesuatu aktiviti sukan tersebut, mestilah bertepatan dengan syariat.Umpamanya, bayaran wang penyertaan dan hadiah-hadiah untuk pemenang. Untuk menyertai sesuatu pertandingan, biasanya ada yuran dikenakan. Jika pasukan/individu tersebut kalah, maka yuran tersebut hangus dan pasukan/individu tersebut balik dengan tangan kosong, tak dapat apa-apa.Hal seperti ini dianggap umpama satu perjudian, berdasarkan KitabFiqh Al-Manhaji dalam bab 'musabaqah' (pertandingan).Kenapa dianggap berjudi? Kerana ada modal dikeluarkan oleh semua pihak (wang penyertaan). Tapi bila kalah, hanya yang menang sahaja dapat habuan. Yang kalah tak dapat apa-apa. Sama macam berjudi.Maka, untuk mengelakkan unsur perjudian, pihak penganjur juga perlu turut sediakan hadiah saguhati untuk individu/pasukan yang kalah. Jadi, semua pasukan yang bayar yuran penyertaan akan dapat hadiah. Bezanya, yang menang dapat hadiah utama. Yang kalah dapat hadiah saguhati.Begitu juga peraturan-peraturan yang lain seperti etika pakaian, peraturan perlawanan, peralatan yang digunakan dan lain-lain, ianya mestilah bertepatan dengan syariat.Syarat 3: Pelaksanaan yang menepati syariatSelain aspek peraturan seperti syarat yang kedua di atas, bagaimana sesuatu aktiviti sukan itu dilaksanakan juga mestilah menepati syariat.Contohnya, aktiviti sukan yang melibatkan percampuran lelaki dan wanita tanpa ada batasan had dan penjagaan aurat.Misalnya sukan renang berirama. Sukan seperti itu mestilah diadakan di tempat tertutup, hanya melibatkan wanita sahaja. Penontonnya wanita, pengadilnya wanita, perenangnya wanita, semua kru dan penganjurnya mestilah wanita.Begitu juga dengan pertandingan bina badan, pesertanya mestilah menutup aurat. Kerajaan Negeri Kelantan telah menunjukkan contohnya dalam kejohanan Mr Awang Selamat pada tahun 2018.Khairul Idham Pawi juga pernah menunjukkan contoh yang selari dengan syarat ketiga ini. Ketika berada di podium untuk menerima pingat, beliau melarikan diri mengelak daripada disembur dengan arak oleh pemenang di sebelahnya. Tindakan beliau sangat besar mesejnya kepada dunia sukan permotoran!Basikal lajak? Macam mana pulak? Kalau basikal tersebut ditunggang dengan cara melulu, merbahaya, mengganggu pengguna jalan raya yang lain, ia tidak menepati syarat ketiga ini.Naiklah basikal lajak setara manapun, asalkan ianya selamat, tidak memudharatkan diri dan orang lain, serta tidak menggangu pengguna jalan raya dan makhluk Allah yang lain. Yang tu ok, boleh lajak.Syarat 4: Hasilnya mesti menepati syariatApa-apa aktiviti sukan atau permainan, hasil atau natijahnya mestilah menepati kehendak syariat.Dalam bahasa mudahnya, dengan bersukan itu, menjadikan seseorang itu makin baik akhlaknya, makin mulia pekertinya, makin dekat hubungannya dengan Tuhan.Jika dengan aktiviti sukan itu menjadikan perangainya semakin jahat, makin bengis, makin bangga diri (sebab menang dan terkenal), makinlagha, makin hanyut jauh daripada Tuhan, maka aktiviti sukan tersebut tidak dianggap sebagai ibadah.Syarat 5: Tidak meninggalkan perkara yang wajibKetika aktiviti sukan tersebut dilaksanakan, perkara-perkara yang wajib hendaklah ditunaikan.Misalnya, menutup aurat, memelihara solat, memelihara maruah diri, tidak menzalimi makhluk yang lain (haiwan yang digunakan untuk bersukan) dan lain-lain perkara yang wajib di dalam syariat.Jika Ruqaya Al-Ghasara (johan pelari pecut) dari negara Bahrain boleh mendapat pingat emas beberapa kali dengan berpakaian menutup aurat, mengapa tidak para atlet wanita kita dalam aktiviti-aktiviti sukan seumpamanya?KesimpulanSebagai rumusannya, sukan adalah satu aktiviti dan bidang profesional yang diiktiraf oleh Islam. Sukan mampu menjadikan manusia semakin dekat hubungannya dengan Tuhan, asalkan syarat-syarat di atas dapat dipatuhi.Dalam realiti hari ini, pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) boleh mewujudkan panel penasihat syariah yang melibatkan tokoh-tokoh ilmuwan dan pakar yang berkaitan, untuk menggubal garis panduan sukan yang patuh syariah.Usaha ini didapati telah dimulakan oleh Kerajaan Negeri Terengganu dengan melantik Sohibus Somahah Mufti Terengganu sebagai Ahli Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT).Selain itu, sukan juga merupakan satu kaedah bersosial yang mampu mengharmonikan hubungan dalam masyarakat.Ramai ahli politik berkelahi di atas pentas, namun mereka boleh duduk bersama di dalam sukan, lebih-lebih lagi jika mereka menyokong pasukan yang sama seperti Liverpool.AFNAN HAMIMI TAIB AZAMUDDEN
Yang tiba-tiba semangat untuk bersukan! - HARAKAHDAILY 6/9/2019
(Tulisan ini adalah olahan penulis berdasarkan rujukan di dalam buku Prinsip Pembangunan Berteraskan Islam, oleh Prof Muhammad Syukri Salleh, ketika pengajian peringkat sarjana di dalam bidang Pengurusan Pembangunan Islam di Universiti Sains Malaysia)https://www.facebook.com/100000386434949/posts/2541343992555124?sfns=mo
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Beruntungnya kalau wujud negara Islam, segala kegiatan negara jadi ibadat, seperti sukan, nyanyian, cari harta, bahkan seluruh kegiatan hidup di dunia. 

Berpahala di dunia dan akhirat. Tidak ada sebab mengapa mesti tolak PAS? Bukan Islam, atau yang tidak percaya hari Akhirat pun tidak ada ruginya bernaung di bawah kerajaan Islam di dunia...

Lihat lagi..Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)Hanya 30 Hari, Dapat Kerja Dan Boleh Jadi Usahawan...(2)Pembelanjaran Gunting Rambut Secara Ringkas..(3)Dari Ambil Alih Kedai Gunting Bapa, Kini Jadi Juta...(4)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/09/kalau-pas-berkuasa-sukan-jadi-ibadah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tampil Dengan Semangat Yang Berbeza 6 Pemain E Sukan Dipilih Sertai Omg

Tampil Dengan Semangat Yang Berbeza 6 Pemain E Sukan Dipilih Sertai Omg

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 335 hits
SEREMBAN Jumaat lalu merupakan detik yang bersejarah buat Oh Media apabila mereka memperkenalkan pasukan esports yang digelar sebagai Oh Media Gaming Esports OMG Esports telah membuka ruang kepada 6 pemain terpilih dan fokus diberikan kepad...
Pertandingan Senamrobik Peringkat Zon Dalam Sukan Pra Si Cilik 2019

Pertandingan Senamrobik Peringkat Zon Dalam Sukan Pra Si Cilik 2019

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 492 hits
Hye Happy weekend moms and super woman sekalian Actually it s just a quick update for today Ianya tentang abam Naufal yang menyertai sukan Prasekolah Peringkat Zon dan I nak abadikan this moment here Haha memang tak disangka rupanya anak te...
Wan Kuzain Hanya Akan Mewakili Malaysia Di Sukan Sea

Wan Kuzain Hanya Akan Mewakili Malaysia Di Sukan Sea

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 474 hits
Dia cuma berminat untuk bermain dengan Malaysia B23 di Sukan Sea lagipun MLS sedang berehat ketika itu WAN KUZAIN MAIN SUKAN SEA SAHAJA KERANA IMPIANNYA ADALAH BERMAIN DI PIALA DUNIA Bapa kepada Wan Kuzain Wan Kamal menjelaskan anaknya hany...
Harimau Malaya Pengulas Sukan Bolasepak

Harimau Malaya Pengulas Sukan Bolasepak

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 374 hits
Kisah malam tadi Skuad Harimau Malaya berjaya bangkit mencatat kemenangan ke atas Indonesia dalam Kelayakan Piala Dunia 2022 Piala Asia 2023 Mohamadou Sumareh telah menyelamatkan Malaysia dari berakhir seri 2 2 malam tadi Walau penyokong tu...
Sukan Medium Ukhuwah Dan Dakwah

Sukan Medium Ukhuwah Dan Dakwah

papar berkaitan - pada 9/9/2019 - jumlah : 252 hits
Oleh Pyang Mamat KEMAMAN Sukan merupakan salah satu medium atau kaedah yang boleh menyatukan berbagai golongan masyarakat dan juga menonjolkan syariat Islam Penolong Setiausaha Pemuda PAS Dewan Undangan Negeri Kijal Mohd Roslan Abd Rahman b...
Ahli Sukan Ternama Dunia Dari Rusia Jadi Imam Solat

Ahli Sukan Ternama Dunia Dari Rusia Jadi Imam Solat

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 522 hits
Foto Khabib Nurmagomedov mengimamkan solat dikongsi oleh pengembara Islam Dr Waleed Hakim di akaun Facebook peribadi beliau SUKANTIDAK hanya tangkas di gelanggang apabila bertemu musuhnya bahkan atlet seni bela diri campuran Khabib Nurmagom...
Royalti K Tan Tersangkut Di Lge K Kewangan Lebih Berkuasa Dari Pm

Royalti K Tan Tersangkut Di Lge K Kewangan Lebih Berkuasa Dari Pm

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 261 hits
Royalti Tersangkut di Kementerian KewanganKOTA BHARU Tersangkut di Kementerian Kewangan sedangkan Perdana Menteri kata akan bayar royalti Malah dalam mesyuarat Majlis Kewangan Negara pun sudah disahkan perkara itu Jadi apa lagi masalahnya s...
Intel Akan Menggunakan Teknologi Penjejakan 3d Untuk Menganalisa Atlit Sewaktu Sukan Olimpik 2020

Intel Akan Menggunakan Teknologi Penjejakan 3d Untuk Menganalisa Atlit Sewaktu Sukan Olimpik 2020

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 247 hits
Acara sukan Olimpik 2020 yang bakal berlangsung di Tokyo nampaknya bakal hadir dengan pelbagai teknologi moden yang baru dan tidak dilihat dimana mana lagi sebelum ini Selain daripada penggunaan pelbagai jenis kenderaan elektrik dan swapand...
Sukan Patuh Syariah T Ganu Baru Sasar 60 70

Sukan Patuh Syariah T Ganu Baru Sasar 60 70

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 257 hits
SUKANKUALA NERUS 10 September Kerajaan negeri meletakkan sasaran antara 60 hingga 70 peratus aktiviti sukan patuh syariah di negeri Terengganu di masa akan datang Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan Badan Bukan Keraj...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025